Saturday 7 January 2012

Isteri Tak Kisah Kalau ....



Eh ! ni apehal lak gambar manusia berambut cendawan ni?
Dan apehal lak payung sepah-sepah kat blog aku ni?
Kalau payung Pink takpelah jugak..
Ni warna emas .. seganlah nak bawak jalan pergi Pavi ~ tak uptodate lah!

Petang tadi kebetulan mood jogging aku slow sikit,
Jadi aku banyak relaxlah.
Lepastu jumpe plak geng pakcik-pakcik ni,
Join sekaki la borak-borak dengan diorang.

Masa aku datang, ada 3 orang pakcik ni sedang borak,
Tema soalan SPM yang bincangkan mereka ialah ...
 " buka cawangan lagi 1 "

Alkisahnya, sorang pakcik ni ..
Umur dalam lingkungan kubur kata mari, rumah kata pergi ..
Jadi, dia minta pendapat rakan-rakan .

Katanya, ISTERI DIA TAK KISAH  kalau nak kawin lagi..
Dalam kepala aku fikir, mesti isteri dia nak dapatkan payung kat atas tu.
Untunglerrrrrr pakcik.....
 " BAIKNYA ORANG PEREMPUAN " 



Cuba pulak si isteri yang cakap pada suami,
" Bang, ayang 'rasa' macam nak kawin lagi satu la " ..
Tak laki tu senyum n serta-merta ceraikan isteri (sebab boleh terus jadi bujang) .
Ataupun, pada hari itu si isteri boleh merasa air tangan suami ..
Time sayang, suami kasi cop halal , tapi bila marah, suami kasi cop bodyglove kat muka isteri tu.
" Jadi ,wan nak pesan pada cik dan puan-puan di rumah agar jangan mencuba resipi di atas yer "

Tapi ...
Bila sebut pasal nak kahwin lagi satu,
Ada laki yang kena tidur atas lantai,
Ada juga tak boleh tidur sebilik , meskipun bilik air ..
Dan paling extreme, isteri bertukar profesion menjadi tok mudim . *sia-sia je walaupun suami nak buka 4 cawangan*
Semuanya gara-gara sebut pasal kahwin lagi satu.


Kebetulan, Encik Ram ketua bagi team senamrobik kat Stadium Tun Fatimah,
Jadi, banyaklah kawan perempuan untuk dijadikan calon.
Dan cadangan yang Encik Ram ni kasi terbaekkk je ..
Kira apa yang dicakap tu macam dah kire jadik la tu .

Demm .. aku budak bawah umur dah layan skali cite kawin.
Dalam gelak² dan saling bertukar-tukar tips,
Tiba-tiba datang isteri kepada si pakcik yang nak kawin lagi satu ni ..

Ceh~ suami automatik control air muka dan terus tukar topic ,
Isteri dia datang, hulurkan handset kepada suami dia suruh dengar ..
Glupppp ...
Terus pakcik nak kawin lagi satu ni cakap "Eh ni suara Encik Ram ni"
KAMI terdiam ...

Kali ni isteri dia pulak bercakap *dengan muka sedih yang dicover-cover bagai tak sedih*

" I hear all your conversation "
" nak tambah cawangan ? "
" tak cukup kuat? "

bla bla bla .. memang masak ler orang tua tu kene bebel ..

*lalu si isteri berlalu pergi sambil hujan renyai-renyai turun di dalam hati*

Terus sang suami terdiam ..
Kami pula tergelak ..
Adoi ..
Katanya " Isteri Tak Kisah ... "

35 comments:

Karya Hati said...

x kisah le sgt...huhu..xmo...ni dh kali ke berapa dok ckp psl madu ni..adoiii

..cik hana.. said...

mana ada perempuan yg sanggup kena share suami...tapi Hana x kisah kot kalau bakal suami nak kahwin more than 1 tp kena sain agreement dulu la.. :P

nur_za said...

belakg je berani..depan cuak..taw takut

nur_za said...

belakg je berani..depan cuak..taw takut

aSLaN said...

Yeaaayyy !!!
dah berjaya bawa readers dan commentator yang beremosi mcam Mimie_za..

apepon mmg suka sangat kat mimie za.bkn sbb cun.. tapi sbb komen die ...geram i baca:-)
hahahaha ..

@Chacha .. ni cite kawin la.. tak pnh pon cite pasal kawin lagi

@Cik hana : agreement ape u nak? PTPTN ker?

nur_za said...

haha..u germ bce..eh..suka pulk dia

aSLaN said...

memang ah..
masa post Blogger Pempuan.. yg kes blog pink..awk kan ada gak komen:-)
so cari la sape yg kaki comment utk dtg sini lg:-)

nur_za said...

sebelum awk blogwalking kata entry baru tu..kita xbace pun...tengok kat post entry je..sje jela nak bace..hehe..suport rakan blogger awk kan follower kita ke 100..hehhe

Kotak Mancis said...

hahahhahahaaa... ada hati lagi nak pasang payung baru... gtau pakcik tu... balik umah gilap payung lama lagi bagus...

aSLaN said...

@mimie za : u still remind everything about me? about 100 stories ? eeee :blusshing : bertuah i ... ada org ingat kite dpat awk.. huk3:-)

Zehan Ilyana said...

tamola payung2 ni..:P
haha, isteri jadi tok mudim?
memang haru..:p

aSLaN said...

@teenager housemaid

ok ape payung..leh guna time panas dan ujan.. hahaha kalau isteri jadi tok mudim, sia2 je suami kawin baru..tak kira la kawin 1 lg ke..3 lagi ke..tak berfunction.hahaha

naiemah_ramli said...

huhu..sian pakcik tu..tu la..gatai sngt...heeeeee..*opss,terlebih sudah :)*

Unknown said...

Erk.. payung emas la pulak..
tapi siapa yang nal eh? tk mo.. tk mo..

Eein Azryn said...

dah tua tua pun nak bukak cawangan 1 lagi. hehe.

Lieza Nordin said...

alaa.. apa ni >.< uhh.. xnak la.. >.< huhuhuhuhuhu..

Cikgu Jaja™ said...

dh byk dh jumpa laki mcm tu..ego terlampau dan bodoh sombong.

knp jaja kata ego terlampau dan bodoh sombong, krn lelaki begitu tak menggunakan kuasa ego yg Allah berikan secara fitrah kpdnya utk menjadi lelaki sejati pelindung kpd maruah wanita, malah sengaja mencipta onar berkahwin byk hanya kerana tuntutan nafsu semata, bukan kerana agama.

knp pulak bodoh sombong, krn sudah la bodoh sumbung pulak, tak mahu mengkaji lebih dlm apa sbb poligami, apa erti poligami..yg lelaki tu tahu sekadar mahu memenuhkan kuotanya yang 4.

wanita ni lemah. mana lg mahu disandarkan harapan tempat begantung kasih dan harapan kalau bkn kpd suami sendiri..

sah2 syurganya juga ditelapak kaki suami..

namun, siapa kita mahu menidakkan syariat..sudah Allah membenarkan..kita wajib akur..

ya lelaki boleh kawin 4. kahwinlah..kalau itu yg dia mahu..

namun sesungguhnya jika si isteri teraniaya disebabkan oleh sikap ego yg xbertempat dan kekal dgn buduh sumbungnyer..percayalah, kamu TAKKAN bahagia di dunia juga di akhirat..

dan ingatlah.. doa org yang teraniaya itu makbul.. ingatttt... jgn sampai akhirnya hidup kamu, sukar dan menyukarkan org lain

pheuw..sori terbuat entry di sini

Ribena lalalaaa~ said...

wuwuwuw....

xmo share2.... xsukaaa....

hee..

http://sangae-ribena.blogspot.com/

Rare and Collectables said...

ha..ha..ha..

fie-lieyya dreams said...

huh... aslan x mo wat cm hairstyle dr rozmey tuh ker?? gerenti cute kowt..
ahahahaa :P

icahShafie said...

aah.. mmg "tak kisah".. hurm
ceit..

kalau dah smpai tahap kubur kata mari, rumah kata pergi tu.. mmg dah parah laa...

ha.. tawu senyap payung lama dtg. sembang nak kencang.. haha

aSLaN said...

@naiemah : kamu terlebih, pakcik tu melebih :-) hahaha

@DianaAzis : payung emas slalu org wat kawin jer.. huhuhu.. tp ni payung emas special pon awak tanak gak? klu saya nak sangattttt

@Eein Azryn : dia nak besarkan cawangan, dalam bisnes baru boleh kaya maaa.:-)

@Dunia fantasyku .. kamu kecik2 lagi pon kata taknak..adoii... masalah tol .


@Ribena : sharing is caring tau.. biar sama-sama merasa..suami bahagia, isteri dapat payung emas..:-)


@D'nur Suffi Shopalista : wahh ini cabaran ke cadangan ni? huhuh.. saya nak sikat rambut gitu, tapi rambut saya, takmahu jadi camtular....... hhuhuhuhu


@|cah : hahahaha terBAEKK laa.. PAYUNG LAMA a.k.a payung kubur mari, terus diam . hahaha angin kencang yang hot terus jadi dingin membeku ;-) ahhahah ...


TQ yang comment:-) dan yang baca :-)

HUDAJMAL said...

hahaha . tak kesah konon .

alifah said...

Suka statement ni "Kalau payung Pink takpelah jugak..
Ni warna emas .. seganlah nak bawak jalan pergi Pavi ~ tak uptodate lah!"

Bila poligami dilihat sebagai trend dan bukan dinilai pada sunnahnya.

Jz my opinion, bukanke bila berpoligami amanah pada lelaki bertambah,bebannya juga bertambah..tetapi payung emasnya isteri pula yang dapat..
Hakikat yang pahit untuk diterima..Madu itu manis..
..

Ingin menjadi isteri seperti khadijah, tapi diri tak seindah disangka, ingin mengikut sunnah rasulullah, tapi sukar taati perintah allah..

oh madu..
mahu dapat manisnya,
trpaksa kena sengatnya..

woha!

alifah said...

Suka statement ni "Kalau payung Pink takpelah jugak..
Ni warna emas .. seganlah nak bawak jalan pergi Pavi ~ tak uptodate lah!"

Bila poligami dilihat sebagai trend dan bukan dinilai pada sunnahnya.

Jz my opinion, bukanke bila berpoligami amanah pada lelaki bertambah,bebannya juga bertambah..tetapi payung emasnya isteri pula yang dapat..
Hakikat yang pahit untuk diterima..Madu itu manis..
..

Ingin menjadi isteri seperti khadijah, tapi diri tak seindah disangka, ingin mengikut sunnah rasulullah, tapi sukar taati perintah allah..

oh madu..
mahu dapat manisnya,
trpaksa kena sengatnya..

woha!

aSLaN said...

@Alifah Ahmad :

BANYAK-BANYAK ORANG KOMEN, KAMULAH PALING SAYA SAYANG .. KOMEN MEMBINA DAN SERIOUS +SEMPOI ... hhihih.. rasanya kalau saya pon takmo la madu2 ni... tak larat la nak jaga banyak2 hati orang ni :-)
bkn mudah ...tanggungjawab tu sangat berat.. pk cinta jer, sampai mati pon tak abis..

Jahirah said...

xkisah le sgt....depan bini pijak semut pun semut tu gelak balik kot...belakang bini tanduk dua tumbuh...jadi kes gak...

EmpayarUtama said...

Aku nak tulis apa yea?

zareliqa afiqa said...

hahaha~ kan dah tak memasal isteri tu jadi tok mudim.hekhek,

aSLaN said...

@Aishah Jahirah : hahah aler jgnler marah..laki, kawin jelah dia nak.. kang org laki giler nak mekap,susah plak..

@zareliqa : hahaha isteri jadi tok mudim tu mmg mengecewakan bagi seluruh lelaki di dunia ni kot.. huhuh..jgn dlu ada satu kes, da la isteri jadi tok mudim, pastu...diikatnyer laki tu punye yg disembelih tu pada layang2...pastu dia lepaskan layang2 tu..huuuu kejammmmmmmmmm

aSLaN said...

@Cikgu Jaja : sorry tak perasan laa comment kamu, baru je approve.. sbb masuk kat spam.. btw, tq:-) tak kisah ler buat entry ker, karangan ker.. karen awak yang bayar kan.. kat blog ni takpayah rules..senang

Anonymous said...

lau kak kan lan.....bg j....yg pnting kak no 1...heheheheh...maybe ad hikmah...n suma laki ad hak tu...tpulang pada dia mampu ke x....tp ad syarat la ...dia nak kwin tu bia janda or pon1 yg lmbat kwin....llki ni lagi larang lagi dia nak wat...so skrg sapa yg mgalami masalah tu...suruh j kwin ckup 4....senang.....

aSLaN said...

haaa.tgk... da ada sorang yang sanggup bermadu... huu... contoh baik ni.. majulah sukan untuk negara yer cik ramlah.

hunny bunny said...

untunglar dpat isteri cam tuh..bler ag nak kmpul pyung emas..??hehe

aSLaN said...

@hunny bunny..yup betul tu.. awk tanak ker? huhuhuuhhuh:-) eh org melaka erk?