Showing posts with label gurau-senda. Show all posts
Showing posts with label gurau-senda. Show all posts

Monday, 12 December 2011

SEO TIPS - meningkatkan bilangan pelawat dan ranking blog anda

Bagi blogger yang dah penat blogwalking ,
Sememangnya sukar untuk menarik bilangan pelawat tegar untuk ke blog anda ..
Dan sekaligus dapat menaikkan ranking blog anda di Alexa.com 
Terdapat banyak cara dan mungkin korang dah melakukannya.
Tapi kali ini aku nak bincangkan berkaitan SEO Words ..

Alexa telah menyenaraikan banyak keyword versi English yang mana ia dikenalpasti mampu meningkatkan jumlah trafik ke website/blog .

Tapi malangnya ia tidak disenaraikan dalam Bahasa Melayu *sedey*
Jadi, ranking blog orang rendah laa.


Atas dasar keprihatinan terhadap blogger yang menggunakan Bahasa Melayu,
Di sini aku nak share SEO Words Mengikut Negeri. 

Kelantan   
1. Tubik
2. Nate Beruk
3. Kuba Balau
4. Serabut Peruk
5. Comel Lotey

Terengganu
1.Berderak
2.Kekgi
3.Nawok
4.Natang
5. Katok


Kedah
1.Ketegaq
2.Lapaq Ayaq
3.Me-ghelap
4.Mengketedarah
5.Loglaq

Negeri Sembilan
1.Masak lomak cili api
2.Apokono eh jang
3.Apo nak dikato
4.Ayam den lopeh
5.Batu kikir jambatan bosi


Kalau korang guna keyword kat atas ni, aku yakin trafik blog korang akan sesak macam kat bawah ni


p/s : Pekerja Alexa mesti menangis dan terharu bila torai baca keyword tu :-)

Tuesday, 6 December 2011

1Malaysia Ditipu


Mentang-mentang dah nak pilihanraya , korang fikir aku terpaksa buat entry pasal politik ke?
Sampaikan 1Malaysia percaya ..
Entah² PM Najib Tun Razak pon percaya benda ni ..

Ni bukan cerita berkisar politik walaupun ada logo 1Malaysia ..
Juga bukan pasal cerita gosip atlet Malaysia dengan skandal dia ..
Bahkan ini bukan pasal orang asik nak buat movie pasal gangster kat Malaysia
Tapi ini cerita berkaitan KITA semua yang telah tertipu ...

Blog Buruk aku ni mendapat kunjungan hormat di shotbox daripada saudara seangkatan aku yang pengotor iaitu Blog Sampah . Nak dijadikan cerita, aku pon blogwalking la blog dia balik.

Dalam perjalanan tu, tetiba aku ternampak satu update yang boleh dikatakan hot . Siap ada video lagi . Jadi aku pon jerit "OPEN" sebab pc aku ni canggih sikit. Bila aku tengok video tu dan kandungan video tu la menjadi entry untuk kali ini.  

Jadi, kredit kepada saudara seblog aku tu . Walaupun blog aku buruk, aku tak plagiat blog kau tapi aku letak refrence kot supaya lecturer senang nak semak esaimen nanti.  

Setelah berkira-kira pakai sampoa dan mesin taip, aku bercadang untuk pinjam dan tulis entry ni. Bagi aku kisahnya cukup famous walaupun ia ditulis di blog buruk yang tak famous. Dan tak keterlaluan jika aku kata cerita ini dah jadi cerita turun-temurun daripada Tok Anjang korang kepada korang . Kisahnya ialah berkaitan
 Ustaz Haron Din Memindahkan Jin Menggunakan Bas.

Antara versi cerita pasal Ustaz Haron Din alihkan jin :

i. jin tu asal daripada UKM Bangi
ii. dipindahkan naik BAS Transnasional yang berhenti kat bustop UKM.
iii. dihantar ke UUM Sintok
iv. tambahan versi cerita yang korang penah dengar

Nak dijadikan cerita, ada orang yang mengaku penah bawak salah sebuah daripada bas tersebut ..
Dia mengatakan bas tu berat dan macam tak boleh nak jalan. 
Memang aku percaya doh sebab bas takde kaki 
Sebab tu tak boleh jalan. 

 " Tah-tah orang yang mengaku driver bas tu sebenarnya pencacai taik ke apetah " . 

Oops.. teremosi plak .. Maaf .. aku ni mengalahkan Uncle Seekers plak
Apepon layan la dulu video ni beb ~


Dah tengok habis video ni?
Ape perasaan anda? 
Kalau lepasni ada orang cakap Ustaz Haron Din buang jin atau nak buang jin lagi ..
Baik kau siap sedia untuk tarik selimut ........
Dan belit kat muka orang yang cerita tu sambil jentik buku lali dia .. 
Sengal betul lah aku ditipu hidup² selama 24 tahun.

Aku dulu study UUM tak abis kot. 
Siap extend 5 sem sebab takut jin tu kacau aku. (padahal repeat paper Titas) 
Seriously aku pernah masuk hutan Sintok pukul 2/3 pagi ikut kawan² dengan niat untuk mencari hantu . Selamatlah tuan guru memang tak pernah hantar ke situ, so alhamdulillah takde lah jumpa :-)

Apepon aku tak sangka,
Cerita yg dikhabarkan kepada kita sejak turun-temurun ..
Ibarat sajian istana di zaman silam.. (slogan iklan Adabi ni)
sebenarnya cerita bohong..

Tapi takpe ..
Kau bawak bersabar ..
Pergi depan cermin..
dan kata ...
WAKENABEBel


Saturday, 3 December 2011

Blog Orang Perempuan

Kalau bercerita pasal apepon, semuanya perempuan je nak menang.
Mesti diorang menang kalau nak dibandingkan dengan laki yang semakin kurang ni.

Contoh yang ketara ialah kat Universiti. Memang ramai girl. Tu yang aku asik kene usyar je .. lepastu tengoklah dekat pusat kecantikan, memang pempuan je ramai .. ada juga laki kat situ, tapi semuanya bercita-cita nak jadi pompuan.. then tengok kat wad bersalin, sah-sah ler pempuan je conquer. Takkan laki plak nak lepak situ kan . Dah kalau macam tu laki-laki nak conquer tempat mana? Hmmm...

JANGAN SENYUM LA KAUM WANITA . Anda belum menang lagi !
Masih ada lagi tempat yang dapat dipertahankan oleh hero-hero Malaya dari dulu hingga kini.

Ada beberapa tempat sahaja yang orang lelaki lebih ramai dan takkan kalah pada wanita .

1. Pusat Serenti
2. Wad orang lelaki .  kalau ada perempuan , tu pon nurse lebih kurang 3/4 org . selebihnya semua lelaki.
3. Tandas lelaki . tapi kat situ pon ada perempuan yang cuba nak takeover tempat tu. (makcik cleaner)

Lain-lain, tak dinafikan memang ramai pempuan
Kau sebut jelah, pasar borong ke, pasar mini ke, mini market , semua pompuan conquer dol. Sampai train pon ada bahagian khas untuk orang perempuan. Tengoklah betapa istimewanya perempuan.

Btw aku bukan nak cite benda alah ni pon..

Saje provok sikit dalam mukadimah :-))

Nak cite pasal blog la !

Aku ada la terusyar sesuatu ..
Ni usyar benda baik la ..

Iaitu apa yang ada kat blog orang perempuan ni.

Dan kesimpulan yang aku nampak la :

1 . PINK KALER itu WAJIB

HeHeheHe .. owner blog ni jangan marah yer ..
sorry blom dapatkan permission.dah pukul 1.25 pagi msti kamu dah tido dah

Korang cakap jelah apepon .. template, tulisan , shoutbox, renda-renda, cursor ? jangan cakaplah.. semua nak pink.
Orang perempuan ni memang tak dapat lari dari kaler pink. Pink ni dah kira warna wajib dah dalam kehidupan orang perempuan .. kalau takde pink tak tercipta kat dunia ni, agaknya korang pilih warna apa yer? btw, tanpa pink .. adakah nanti blog korang jadi macam blog orang jantan plak?


2. ♩ ♪ ♫ ♬ ♭ ♮ ♯  Mesti ada LAGU  ♩ ♪ ♫ ♬ ♭ ♮ ♯

Kalau aku terblogwalking kat blog pompuan, mesti ada je lagu .
Bagi pencinta kedamaian seperti aku ni, suasana sunyi, suram memang aku dambakan
Pendek kata, nak suasana macam kat kubo ..
Jadi, bila baca post korang, boleh la aku tekun sikit ..
Bukan ape, senang sikit aku nak kutuk-kutuk . hehehehe :-)

Lagipon, aku terblogwalking kat blog kau pon bukan sebab nak dengar lagu ..
Tapi nak stalk jer apa yang ada..
Kalau aku nak dengar lagu, pc buruk ni pon ada speaker dan lagu dah :-)


3. 한국어/조선말, 

Korang faham tak apa maksud perkataan kat atas tu?
K.O.R.E.A ..
Itulah benda yang kebiasaannya ada kat blog budak perempuan bawah 20 tahun.
Selalunya, benda yang berkaitan korea yang dia letak ialah gambar pelakon cerita Korea .
Pada pendapat aku la kan, remaja Malaysia ni banyak sangat BERKHAYAL.
Asal tengok cerita Full House, Wonderful life ke, Secret Garden ke, semuanya cerita yang menunjukkan dunia Korea ni INDAH semata-mata.
Sampai semua orang Malaysia tak kira la yang makan budu ke, pekasam ke, belacan ke, petai ke .. semua jadi gila kat Korea.

Tapi takpe, blog kau suka hati kau lah kan ..
Dan ni blog aku, suka hati aku la apepon aku nak cerita :-)
Jangan marah pula, gurau jer :-)
Cuma nak kasi tahu, ni sekadar gurauan.
Jangan ada yang emo-emo marah kat aku siap nak santau atau guna-guna aku kasi suka kat korang.

Btw, tu jelah yang aku perasan setakat hari ni :-)
Sekiranya ada readers perempuan yang nak tulis mengenai apa yang ada di blog orang lelaki, tolong tag skali link aku ni . jadi kita boleh saling kene-mengena :-))

Assalammualaikum :-)


++++ TAMBAHAN ++++

pEHHHH.. setelah aku melihat blogwalker yang comment kat blog aku, aku terjumpa lagi satu benda iaitu :

4 . ♥♥♥ AYAT-AYAT CINTA ♥♥♥

ehem-ehem .. part ni memang aku yakin ramai yang kantoi ..
hampir semua orang akan bercerita pasal cinta kat blog dia
tak kira la ayat-ayat jiwang ke, tips-tips cinta , luah perasaan , atau ape-ape jerlah yang berkaitan dengan cinta .. hee~~ yess kali ni nak tengok apa lagi korang nak kata :-))