Showing posts with label nasihat. Show all posts
Showing posts with label nasihat. Show all posts

Thursday, 17 November 2011

Jalur Gemilang VERSI Indon ..

Petang tadi, aku sempat la tengok² TV3 Siaran Langsung Sukan SEA XXVI ..
Dan kebetulan masa tengok tu, pengacara pon kata penganjuran oleh Indonesia dikira OK ..dan bukannya nak cari kesalahan tapi pihak penganjur ni memang amnesia aku rasa ....
Sebabnya , PATUTKAH terjadi apabila bendera Malaysia hilang satu jalur ?
Ataupun 1 Jalur yang hilang tu adalah untuk menunjukkan 1 negeri kat Malaysia dah keluar dari Malaysia?
Pelik sungguh ..
Contoh la kalau bendera Malaysia yang hilang 1 jalur akan jadi pelik begini ..


Bendera ni sangat sensitif yang mana ia adalah simbol negara ..
Takkanlah mat indon tu main buat je bendera Malaysia ikut suka dia?
Benda ni nampak kecik je , tapi sebenarnya kesan dia besar ..
Jangan buat loklak  benda camni ...

Orang Malaysia ni cukup bertoleransi kalau dibandingkan dengan Indonesia ..
Kalau diorang, baru dengar khabar angin pasal Malaysia .. dah serbu kedutaan Malaysia, g lempar taik la ..
Tapi kita, walaupun orang buat macam² tapi masih boleh bersabar ..
Apepon setengah jam je lagi yop pasukan bolasepak Malaysia lawan Indon !!
Kite layan BELANDA CELUP !!!

Monday, 14 November 2011

Cemburu pada status FB korang

Kata orang tua² zaman dulu kala ..
Cemburu tu tanda sayang ..
Tapi aku tak rasa pon ..
Sebabnya aku cemburu kot tengok status facebook kawan² ..
Sebabnya ............
Bila tak puas hati, tulis facebook .. marah tulis kat facebook... gembira apetah lagi ..
Bergasak nak update status ...
Dan kalau aku pulak , kala update status, tak berapa minit kemudian mesti remove balik ..
Ntah .. kadang² bila datang kepala gile tu post la ape yg aku fikir ..
Then berapa minit kemudian, baca balik status tu rasa macam bodoh n tak matang lak ..

Ada gak bila update status tu, sembang nak top saje ..
Asik² cerita pasal pakwe atau makwe ..
Padahal sekolah pon tak abis ..
Malulah sikit nak bercerita pasal benda camni dekat umum .. dah ler haram pastu nak bangga² lg .. buduh tol


Bagi mereka yang suka update status facebook untuk tujuan luah perasaan , sila tengok gambar di bawah ni !!!



Apepon memang betul ... facebook sekarang selalu diguna untuk aibkan orang ..
Kalaulah seseorang tu baik, dia takkan mengaibkan orang lain ... Inikan pula ramai boleh membacanya ..
Jadi, kalau korang tengok sesiap suka memburuk²kan orang dengan tujuan nak malukan orang ..
Maka dengan tanpa segan silu kau patut cakap " lu busuk punya olang .. sambil berak boleh makan "

Last skali ...
Terbaek Ustaz Azhar ! .. ustaz mmg uptodate ... :-)


Saturday, 22 October 2011

Jenis-jenis manusia

Mana topeng yang korang pakai setiap hari?

Nombor 1 : Orang yang rasa hidup dia sentiasa susah dan sedih. Mereka lebih emo dan fikir macam².   Kadang² kita jadi serba salah bila nak bercakap dengan dia. Bagi kawan kepada orang yang macam ni, kenalah pandai pilih perkataan yang sesuai dan cara bercakap kena betul agar tak buatkan dia salah faham. Tapi bagi orang macam ni, kenalah pandai bawa diri juga. Tak boleh terlalu ikutkan perasaan dan menunjukkan diri tengah ada masalah. Kadang² masalah tu tak besar dan tak penting pon. Tapi dia yg menjadikan benda itu bermasalah. Bagi orang macam ni, ingat²lah berat mana masalah pon , byk² ingat pada DIA. Kita tak boleh terlalu sedih bila hadapi kesusahan kerana mungkin selepas itu akan datangnya perkara-perkara yang menggembirakan dalam hidup korang.

Nombor 2 : Orang yang rasa hidup dia sentiasa senang dan gembira. Hidup enjoy sentiasa and gelak jer kan .. Orang camni pon nampak seronok jer. Bagi orang macam ni pula, tak bolehlah terlalu gembira takut² nanti diri tu tak ready untuk menghadapi kesusahan. Gembiranya hidup dia sampai kadang² orang pelik bila tengok dia sentiasa happy go jer , apa rahsianya . Tapi jangan lak korang fikir orang happy go ni takde masalah. Mesti ada masalah punya, tapi pandai manage masalah dia. TAPI .. ada juga orang yang happy ni, sebenarnya dia simpan lebih banyak beban kat kepala dia daripada orang lain. Orang yang buat orang lain gembira tu selalu hidupnya lebih sedih daripada orang lain. Bagi orang macam ni, dia akan rasa gembira kalau dapat buat orang ketawa dan gembira. Kepada korang yang ada kawan² camni, hargailah dia sebab dia orang yang akan selalu menceriakan kau.

Nombor 3 : Orang yang hidupnya mendatar je. Ni orang kata macam takde perasaan pon ada. Relax jer dan muka dia tak boleh ekspresikan apa² perasaan. Yang nampak sikit riak muka dia kalau time tengah bingung. Mungkin sbb dia tak tau apa nak buat bila dah bingung, jadi muka pon jadi pelik . Bab marah ke, gembira ke, dia cool jer. Kadang² orang hidup mendatar ni sempoi gak kan . Dia tak serabut kepala fikir macam² dan idup macam biasa.. Hidup dia ibarat keretapi atas landasan . Ikut je landasan tu tak payah nak lap kiri kanan macam motor.


KORANG PULAK TERLETAK PADA KATEGORI YANG MANA?

Sunday, 16 October 2011

sORry kepada penipu dan juga yang ditipu

Pagi2 buta camni aku buat post yang tak seronok macam ni ..
Untuk diri sendiri dan orang sekeliling :-)
Betul kata orang, kalau menipu tu lambat laun akan terbongkar juga ,
Pada yang ditipu plak , memang sakit ati la ..

Aku tak marah kau menipu,
Mungkin ada sebab kau menipu,
Tapi aku juga pernah beri kau peluang untuk beritahu dengan jujur,
Tapi kenapa still pilih jalan untuk menipu.
Bila dah kantoi camni, kan tak sedap ..

Aku tak marah pon,
Tapi agak terasa laa ..
Sebab aku memang tak penah tipu kau
Apa aku cakap tak pernah keluar dari kepala,
Tapi terus dari lidah

Apakah daya kita, kat dunia ni tak semua orang jujur .
Takpelah, tak perlu salahkan sesiapa ..
Salahkan diri sendiri ..
Sebab percaya sangat kat orang buat apa kan..
Kan dah sedih :-) ahaha

Then, bagi penipu pula .. kalau dah tipu, mana nak sorok kan ?
Lain ar perut kau macam aku, boleh simpan rahsia ...
Yang kurus² ni nak simpan kat mana kan?
Contoh dia kat gambar bawah ni

Pinocchio

Huhuhu .. Bila dah tipu, idung jadi panjang, takleh nak letak kat mana dah ;-)
Takpelah .. aku ucapkan selamat kepada mereka yang menipu dan juga ditipu ..
Assalamualaikum :-)

"kalau tak reti menipu, baik jangan jadi penipu"
"kalau taknak ditipu, baik jadi penipu "




Tuesday, 11 October 2011

Para Pencari Tuhan


Ini kira cerita sinetron Indonesia yang paling aku suka la ..
Aku start layan cerita ni time bulan puasa ..di TV AL-Hijrah .. time tu season 1 .. cerita ni pon ada tema dia .. macam bulan puasa haritu , cerita dia pon berkisar tentang puasa . Then..pejam celik sekarang ni cerita ni dah sampai Season 5  ..
Tapi apepon cerita ni memang style sebab dia banyak memberi pengajaran sambil menyindir golongan yang tertentu .. sebab watak² tambahan dalam cerita ini kebanyakannya mempunyai masalah tersendiri dan akan sering timbul konflik . Dan paling best cerita ni dapat menyampaikan banyak mesej dan sangat berkesan untuk para penonton ..  
Antara watak dalam cerita ni tak jauh beza dengan cerita Kiamat Sudah Dekat ..

Orang penting cerita ni  :

Bang Jack - Deddy Mizwar
AYA - Zaskia Adya Mecca
Azzam - Agus Kuncoro

Btw .. try dulu layan cerita ni .. seronok ~

Thursday, 11 August 2011

'Exam' Agama ISLAM di GEREJA

SaLam . minggu ni ada baca di surat khabar pasal JAIS serbu gereja di Selangor . Then aku try la usyar² then jumpalah kertas kuiz yang dikatakan diberi kepada mereka yang datang di gereja tu.

So ni lah ' paper exam '  tu ..






Senang cite camni jelah .. Ikut logik la.. Bagaimana orang yang tak belajar mengenai Islam nak menjawab soalan mengenai Islam. Umpama kamu belajar Bahasa Inggeris tapi nak jawab soalan peperiksaan Bahasa Thai. Jangan kata kau pakai dadu , mmg kau pakai tikam jer . Pelik betul si mangkuk ni . Kalau dapat soalan bocor pon tak guna sebab kau tak percaya apa yang kami percaya . Jadi macam mana kau nak menerimanya .

Kalaulah di Malaysia ni siap boleh kasi peluang siasat² lagi. Tapi kalau macam kes di Uighur, China .. kau siap jelah kalung bunga untuk diri kau . Kat China, orang Islam nak puasa pon tak boleh .. ape la masalah dia ni ... pendek kata , APEPON TAK BOLEH

Web asal :
http://www.harian-metro-online.com/kuiz-islam-ditemui-dalam-gereja
http://www.harian-metro-online.com/umat-islam-dilarang-puasa-di-xinjiang-china






Thursday, 14 July 2011

Respect a.k.a Hormat

                                            Aku tak minta korang respect aku 

Aku percaya respect ni bukan datang secara paksa tetapi dijana melalui perasaan rendah diri . Maksudnya ianya dijana apabila orang melihat kita dengan rasa rendah diri, ketika itulah datangnya perasaan hormat orang kepada kita. Ia selalunya akan bertahan lama sehingalah berlaku satu peristiwa yang mungkin akan mencalarkan sedikit perasaan hormat tu. Dan pada aku, bukan muda je kena hormat yg tua..yang tua pon kene hormat yang muda. Tapi pada aku, cara aku hormat budak yang lagi muda daripada aku ialah dengan menjadi rakan kepada diorang . Kata orang pon "kamcing" ..

Then , biasalah setiap orang ada angin(mood) dia .. tapi kita perlu ingat, jangan sesekali kita hilang hormat kepada orang disebabkan kegagalan kita untuk mengawal emosi kita. Bukannya apa, setiap orang ada egonya, bahkan mungkin lebih besar lagi daripada yang kamu ada .. Bak kata pepatah " terlajak perahu boleh diundur , terlajak kata badan binasa" . Atas sebab tu lah aku buat post ni ..

Kalau ikutkan, aku pon kurang ajar gak.. tapi kurang ajar aku takde la sampai tahap apa yg aku lalui harini .. budak yang aku pernah ajar, bahasakan diri dia "aku" n bla bla bla  . hmm..OMG.. kurma itu memang manis .. tapi sayangnya ayat dia tu tak manis.. mmg kurang sopan sangat². Bukannya aku nak buruk² dia, tapi sekadar kasi dia rasa itu akibat dia kene tanggung apabila dia tak mampu kawal emosi . Niat aku bukanlah nak malukan sapa² dan aku pon tak perlulah postkan setiap kata² dia. Cuma aku agak terperanjat la camni punya orang pon ada. Kalau lelaki aku tak kisah lagi kau nak kurang ajar ke, terlingkup ker.. ape ker... Ini perempuan .. tu yang aku agak emosional ni ..

Adakah aku yang salah? aku marah dia utk dia sedar sikit .. sebab dia budak lagi . Kalau orang dah buat masalah dengan aku, seriously aku mmg malas amik port dah .. tapi pk kan kau ada cakap maaf..  saya maafkan awak .. apa saya kata tu bukan dari ati saya pon..


P/S : - Kalau kau tengok aku kasar kat kau, tu tanda aku boleh rapat dan kamcing dengan kau ... tapi kalau kau tengok aku borak secara formal dengan kau, maknanya kita ni takde kimia .