Showing posts with label TentangSaya. Show all posts
Showing posts with label TentangSaya. Show all posts

Thursday, 22 March 2012

Everything about Infant Jesus Convent


Akhirnya .. tamat sudah tempoh kerja aku di IJC ..
Seriously, banyak yang aku dapat di situ
1st skali .. aku bukan saja jadi cikgu yang mengajar , malah aku juga belajar daripada diorang ..
Belajar English , belajar cara untuk handle perempuan ..
Maklumlah , kalau sekolah ada student lelaki, marah je boleh la hentam sorang .

Tapi sekolah ni student semuanya  perempuan, 
Jadi tak boleh ada bodycontact (dah macam bolasepak dah) ,
Juga tak boleh cakap lebih-lebih .. kalau tak memang parents mengadu lah ..
Ada sekali tu, aku TERmarah seorang pelajar sebab bising .. 
Menangis terus .. (ceh takut juga dia dengan aslan yang comel ni )
Tapi .. aku pon cuak juga time tu, 
Tapi berbekalkan wajah yg tak berapa hensem dan keyakinan diri , 
Aku gagahkan juga hati ini untuk belagak macho dan tak takut..

Belum lagi cerita pasal aku bertekak dengan pelajar,
Seriously, memang bertekak tapi langsung takde perasaan marah ..
Rasa funny giler .. sebab aku ni masuk je kepala dengan mana-mana student, 
Tapi dia plak boleh tak puas hati dengan aku.
Spoil :-)

Pastu, satu contoh yang terbaik aku dapat dari student ..
Yang boleh dikatakan tak pernah aku jumpa..
Try tengok gambar bawah ni

P/S : patutlah anak Cina ramai yang berjaya .. rajin betul Yan Lin!


Disebabkan pelajar dah rajin .. guru pon kenalah rajin
So i prove it with this picture :-)
HuhU . tak tido malam tanda semua buku untuk dihantar kepada HEP .


Then .. Bukan itu sajer yang ingin ditonjolkan ...
Kali ni aku tunjukkan kehebatan aku ..


Tengok? Nicole Ann David pon aku ajar ..
Pandai gak budaknyer ...
Tapi , masih ada lagi satu kejutan ...
Nicole Ann David terkenal kat Malaysia je ..
Tapi orang ni, sebut nama je .. satu dunia kenal ...


Nampak?
Anak Batman tau aku ajar ...
Tapi ni abang kepada Batman .. namanya Bateman
Ok dah lah pasal batman tu..

Then, kali ni juga aku tunjukkan kepakaran aku lah erk!
Kali ni memasak ..
Tapi, bukan masak biasa-biasa beb !
Try tengok skit ...




Ni la hasilnya ... peewit ..  :-) 
Rasa macam funny kot ..
Buat chocolate kasi pada orang ..
But i choose to give it to budak poyo .. lalala

Lastly ...
Tak lupa kepada geng-geng tingkatan 3 yang tak berapa centre ;-) ..
Then pada kelas yang saya tak ajar
Walaupun saya tak ajar awak pon awak leh join venture beli hadiah erk?
Siap melibatkan form 1 lagi ..
Hehehe ..
 ..
TQ yer ...
Untuk pengikat perut yang kome belikan saya :-)
Agar saya semakin selim dan diminati



Sumpah terharu :-)


I WILL MISS ALL ABOUT IJC
TQ :-)

Wednesday, 15 February 2012

New LiFe ..

Assalamualaikum Wbt ..
Lately, busy giler kerja diplus-plus dengan tiada mood untuk berinternet , aku pon jarang online ..
Rutin harian aku iaitu berjogging pon terganggu disebabkan dah start bekerja ..
Tapi macam biasa, kerja kontrak² je .. tak lama pon ..
Jadilah untuk anak bini makan kira ok lah tu :-)

Muka cikgu yang suci ..

Sekarang ni aku jadi cikgu di SMK Infant Jesus Convent di Melaka ..
Sekul budak pempuan tuu ....
Awek bersepah :-) cakap je nak Melayu, Cina, India, Serani pon ada sehh ...
Apepon seronok juga di sekolah tu walaupun cikgu lelaki Melayu ada la 5 orang ( semua da 40+)


Pengalaman yang paling tak seronok bila aku masuk form 3 ..
Ada sorang minah ni, dia masuk lambat .. so tak taulah aku ni bukan jenis serius..
So, nak dijadikan cerita ... dia tetiba emosional bila aku mengata kelas dia tak OK.
Sampai bertekak dengan dia .. So start daripada tu, asal siapa degil je aku ugut nak demerit ..
Dan-dan time tu jugak budak ni jadi baik.

Anak-anak buah :-)

So, bila dah bekerja ni.. jadual jadi pack ..
Letih giler...
Tapi aku try juga spend time untuk jogging ..
Sesekali free, boleh la nak blogging juga .. 
Tapi seriously macam tak sempat jer..
So, update benda yang berkisar dengan life seharian jelah untuk release stress :-)

Bila duduk sekolah yang penuh dengan perempuan..
Teruk jugak aku kene usik ..
Soalan basic , "ada awek"
Gasaknyer itu soalan untuk aku ..
Awek takde , mencari pon tak .. 
Aku ni ...
Hanya menunggu saje mana yang sudi ... :-)


Tuesday, 3 January 2012

Cikgu Aslan

Akhirnya ..
Sekolah dibuka kembali .
Takdelah aku tengok budak-budak bawah umur ni online 24jam.
Lepastu pm facebook aku untuk minta chips poker. * tak reti berjudi tanyalah cikgu cara berjudi *
Itu je keje diorang.

Tapi ,
Disebabkan budak bawah umur jugaklah ..
Aku main blog :-)
Student aku jugalah yang membuka pintu tandas untuk aku main blog ni:-)
Credit to Nazatul Haniz

Nak citer ni,
Sebenarnya ..
Aku pernah jadi cikgu, tapi sekarang dah pencen.. :-(
Seronok sangat ..
Mengajar kat sekolah menengah ..
Amali Solat , Pendidikan Seni , Pendidikan Jasmani .. dan paling penting, Sivik dan bukannya Syirik :-)


mr aslan blog, aslan blog, aslanmy, mohd aslan, aslan ,aslan blog
Inilah hasil aku mengajar seni pada budak-budak :-)

Kadang-kadang sakit kepala gak ..
Suruh diam taknak , time exam tak boleh buat ..
Penah sekali masa jaga exam Tingkatan 2,
Dengan niat murni dan penuh dedikasi..
Aku pon cakaplah "siapa tak faham angkat tangan"
Apa yang terjadi?
Hampir satu kelas angkat tangan..
Bedebah tol , korang semua memang nak mintak pelempang.

Masa mengajar pulak,
Kalau aku ada kencing manis,
Rasanya dah lama kene kerat kaki ni ..
Mana taknya , korang tengok sendirilah bahasa diorang .
Memang sakit hati je kalau nak beri markah.

mr aslan blog, aslan blog, aslanmy, mohd aslan, aslan ,aslan blog
Mengajak kawan "usya" awek

Mengingat kembali saat-saat jadi cikgu ,
Gugup ada, cuak ada ..
Budak perempuan sekarang berani beb ~.. jerit-jerit minta nombor telefon  *serius tak tipu*
Masa 1st perhimpunan , kena pulak duduk depan ..
Segan gilerrr sebab budak-budak ni semua pandang..maklumlah orang tak ensem
Lama-kelamaan,
Budak-budak ni semua sayor jer. :-)

Bila tengok budak degil, ponteng dan tak buat kerja,
Aku gelak jer ..
Dulu aku camni gak , tapi alhamdulillah masuk U jugak -)
Ramai tak percaya sampaikan cikgu aku pon cakap aku tak layak masuk U. hak3.

Lastly masa tamat kontrak,
Sedih dan terharu siot
Sebab budak-budak ni bodek aku
Diorang buat benda ni untuk aku

mr aslan blog, aslan blog, aslanmy, mohd aslan, aslan ,aslan blog

P/S : So kepada orang yang tak suka jadi cikgu , try dulu baru tahu rasanya.

Friday, 23 December 2011

Jangan Banyak Cakap ...

Pantang bagi orang sakit ni bila ada orang kuat bertanya ..
Jadi, maaflah pada mereka yang bertanya sepanjang aku sakit ..
Aku tahu, kau pon sakit hati sebab aku buat tak layan jer..

Mood takde ..

Sebabnya aku dah melalui 4 minggu yang 'menyakitkan' sejak balik dari KL haritu ..
Dah makan ubat tapi tak baik² jugak ..
Dugaan .........................



Sebenarnya .. 
Aku tak sukalah nak susahkan doktor ..
Diorang kan busy, banyak kerja ..
Mana nak tolong para ibu bersalin push baby diorang .. 
Pastu cucuk botox pada pesakit plak.
Fuuhhh .. 
Nasib baik aku tak kena :-)  

Thursday, 15 December 2011

when ...

When I cry at night, the only thing I can think to myself is...how can I seem so perfectly fine in the morning.  Why do I smile like nothing is wrong?  And how does not one single person notice that I'm not okay?

Wednesday, 14 December 2011

Blogger buat cerita pasal MOHD ASLAN !

Apa perasaan kau sekiranya ..
Ada blogger yang langsung tak penah bertentang mata dengan kau
menulis satu entry ..
Yang menceritakan pasal diri kau? 
huh~!
Marah tak?

Inilah yang aku alami sekarang ..
Tapi aku langsung tak marah *cool konon*
Blogger ni ( Mawar Berduri ) mereka-reka cerita ..
Kemudian, NAMA aku juga terlibat .. *watak utama pulak tu *

Apesal lah dia tulis pasal aku?
Aku bukannya top sangat macam Najwa Latiff pon ..
Kalau setakat cam Johnny Depp tu ..
Adalah iras-iras sikit *seriously aku bukannya kenal pon muka johnny depp*


Nak tahu apa yang dia tulis pasal aku ?
Korang baca sendirilah ..
Entry terbaru Mawar Berduri .. *:blusshing:*

http://sejadahkasih.blogspot.com/2011/12/pengorbanan.html

p/s : Mawar ni memang nak kene sekeh kat kepala lutut ni ~

Wednesday, 7 December 2011

Daftar Mengundi


Assalamualaikum Wbt.

Mentang-mentanglah entry lepas pasal 1 Malaysia,
Kali ni cerita pasal mengundi la pulak .
Barulah nampak chemistrynyer..

Petang ni aku takde kerja, jadi pergilah jalan² ..
Tiba-tiba datang gedik .. 
Dan merasakan diri aku ni semakin matang ..

Terus ... 
Aku masuk pejabat pos dan jumpe sedara aku yang kerja kat situ ..
Tergelak dia dengar aku datang pejabat pos semata-mata nak daftar mengundi
Padahal dia tak tahu,
1 undi daripada aku tu membawa kesan yang besar kepada negara. 
Huh .. 
Stoplah cite pasal politik.
Ini bukan blog politik tapi ini ialah ...
Blog buruk yang tidak famous

Then ..
Siap daftar, aku balik rumah
Dalam perjalanan balik ..
Aku tengok jalan sesak/jem/traffic jam ..
Selamat aku naik motor
Dalam otak aku kata ... 
" Biasalah ..Orang buat jalan ........." (sangka baik tu bagus)
Lepas 2,3 minit kemudian ...
Aku terfikir ....
" Puih !!! bila nak pilihanraya baru buat jalan " (bila baik sangat kita dipijak)
Kalau tak, jalan raya serupa longkang .
Lopak air banyak sangat  ..

Sampaikan jiran aku ..
Hidup mewah ..
Boleh pakai Mazda Rx8 
Sorang lagi pakai Porshe Cayenne
Semua tu hasil titik peluh ..
Diorang bela ikan dalam sangkar dan ternak tiram ..
Kat dalam lopak air tu

Apepon ..
Sebagai warganegara yang bertanggungjawab
serta
Saya telah mendaftar sebagai  pengundi ..
Anda pula , bagaimana ?



Monday, 28 November 2011

Pulau Besar , Melaka

Makam Sultan Ariffin (gambar lama)


Pulau Besar adalah merupakan sebuah tempat yang banyak dikaitkan dengan kisah mistik dan lagendanya. Ianya merupakan satu tempat yang bersejarah khususnya dengan kisah awal penyebaran Agama Islam dinusantara. Ianya menjadi daya tarikan pelancong dalam dan luar negara. Kini, Kerajaan Negeri Melaka sedang membina sebuah muzium yang memaparkan kisah-kisah awal dan lagenda Pulau Besar. Muzium Pulau Besar ini dijangka akan dibuka pada penghujung tahun ini. Perbadanan Muzium Negeri Melaka (PERZIM )juga telah mengambil alih dan membaik pulih beberapa buah makam di pulau ini. 



Aku merupakan salah seorang yang boleh dikira sebagai sukarelawan yang bertugas menjaga kubur panjang di Pulau Besar ini. Kira bekerja di bawah MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA lah .. Rata-rata pengunjung yang datang ke pulau ini bukan sekadar mereka yang beragama Islam malahan dari pelbagai lapisan masyarakat termasuk Cina dan India juga selalu menziarahi tempat ini. Pernah tak korang melihat orang Cina atau India datang berdoa ke kubur orang Islam ? Di pulau ini, korang boleh lihat bermacam bangsa yang datang dan bukan setakat pengunjung dari Malaysia, malahan dari Indonesia, Singapore, India, Pakistan dan bermacam-macam lagi yang datang semata-mata untuk menziarahi makam Sultanul Ariffin Sheikh Ismail.

Sultanul Ariffin Sheikh Ismail

Nama sebenar Sultanul Aarifeen ialah Sheikh Ismail Abdul Qadir (qaddasallahu sirrahu). Beliau adalah keturunan yang ke 18 Rasullullah (S.A.W) dari nasab keturunan Saidina Hassan (r.a). Beliau juga adalah merupakan cicit kepada Sultanul Aulia Sheikh Abdul Qadir Jailani. Sultanul Ariffin adalah nama yang digelarkan oleh orang ramai terhadap Sheikh Ismail Abdul Qadir. Gelaran tersebut membawa maksud 'Penghulu Orang-Orang Yang Arif'. Sheikh Ismail Abdul Qadir telah dilahirkan pada 17 Rabiul Awal tahun 867H di Baghdad. Bapanya bernama Sheikh Abdul Qadir dan ibunya bernama As Sayyidah Fatimah.
Beliau mempunyai ilmu yang tinggi dalam islam. Menurut riwayat sewaktu beliau ke Madinah menziarah makam Nabi, beliau telah didatangi satu suara yang menyuruh beliau mengembangkan ilmu Islam di kepulauan Jawa. Sebagai seorang yang taat kepada agama beliau menunaikannya dan beliau telah mengembara dan akhirnya tiba di Pulau Besar bersama-sama dengan 43 orang ahli dalam kumpulannya. Di antara orang yang penting dalam kumpulan itu ialah gurunya Sheikh Yusuf Siddiq dan saudaranya Sheikh Ibrahim Abdul Qadir.
Di Pulau Besar ilmunya telah berkembang luas dan beliau mempunyai pengikut yang sangat ramai. Sultanul Ariffin telah meninggal dunia pada 17 Rabiul Awal tahun 925H ketika beliau berusia 58 tahun. Selain dari beliau, di situ juga termakam antara 41 hingga 43 orang pengikut-pengikut beliau yang lain. Beliau mempunyai seorang anak lelaki dan 2 orang anak perempuan.
Sehingga kini makam Sultanul Ariffin terus menjadi tumpuan dan diziarahi oleh orang ramai.


Makam Sultan Ariffin (gambar baru)


Pengalaman 

Sepanjang pengalaman aku bekerja membuka dan menutup pintu makam ini, berbagai pengalaman yang aku lalui. Paling ketara yang aku lihat adalah perkara yang berkaitan dengan KHURAFAT . Mana tidaknya , kebanyakan orang yang datang ke sini ada nazar masing-masing. Tak kurang juga yang menurun ilmu . Kalau yang meminta nombor ekor pon ada juga . Yang mencuri pasir kubur untuk dijadikan ubat pon ada . Yang masuk kawasan makam sehingga taknak keluar pon ada .. yang nak sembahyang menghadap kubur pon ada juga. Ini baru sebahagian perkara pelik yang aku lalui sepanjang bekerja kat sini . Asalkan mereka dapat lakukan mereka nak lakukan, apepon mereka sanggup. Tapi, apa yang paling menyedihkan ialah kebanyakan khurafat ini berlaku di kalangan orang-orang Islam. Apabila ditegur, mereka mempertikaikan kita . Tahulah mereka belajar agama tinggi . tapi kalau dah sampai sembah kubur ape kes ? Sometimes aku jadi fobia nak tegur mereka-mereka yang kelihatan seperti orang-orang alim. Kerja sebagai penjaga makam ini sememangnya mencabar kerana aku akan berhadapan dengan orang yang mempunyai ilmu yang tinggi , orang yang fanatik terhadap amalan khurafat dan ilmu perbomohan. Silap-silap hari bulan , dengan aku sekali dibuaatnya.

Kemuncak kepada kesabaran aku berlaku pada petang tadi sekitar pukul 4 apabila aku diarahkan mengunci pintu makam dan tiba-tiba datangnya puak-puak yang mempunyai ketua yang digelar 'SYEIKH' memohon agar aku membenarkan mereka masuk ke dalam. Sedangkan pada ketika itu aku harus prepare untuk solat Asar . Aku berikan mereka peluang untuk menziarahi makam tersebut namun seperti yang dijangka, mereka tak mahu keluar . 

Dan apabila aku berkali-kali memohon mereka keluar dengan menyentuh bahu salah seorang daripada pengunjung tu, terus dia macam tak sedarkan diri dan nak serang aku. Wahhh.. time tu terkejut juga aku . Tapi aku memang dah tahu kerja aku kat situ adalah untuk BERTEKAK dan bersedia untuk BERTUMBUK sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini . Namun, orang tu tetap tak mahu mengikut arahan dan membuatkan aku naik angin laa .. Then, tetiba member aku lak jeritkan dia dan dia terus terperanjat dan tak jadi serang aku. Sempat juga orang tu cakap " YOU SYAITON " pada aku . Pehhh geram beb..Ikutkan hati aku nak gak lepuk . Tapi kebetulan kawan-kawan dia ada kat situ minta maaf sebab kawannya itu terlalu taksub bila dapat masuk menziarahi makam ini .. 


Apepon, inilah cerita aku .. inilah kerja aku .. :-) 



Monday, 23 May 2011

Egokah apabila sukar menunjukkan perasaan sebenar?

Bagi korang , korang suka orang yang suka menunjukkan perasaan dia ataupun yg menyembunyikan perasaan diorang ? Sometimes , kalau terlalu menunjukkan perasaan kita pon, nanti orang tengok pon macam meluat ..then bila menyembunyikan pula, nampak jer macam cool ala² pakwe dalam cite Korea .. tapi last² melepas ..

Tak salah kalau kau nak tunjukkan perasan tu, tapi janganlah melampau². Sampai lupa pada batas²nya .. Terutamanya bila tengok budak perempuan yang tergedik² usyar budak laki .. Nama je beragama Islam tapi tak tahu malu. Malu tanda iman. kalau tak malu maka tak ........ Tak tahulah kan, sebab kita ini hidup ni mesti ada rasa malu .. dengan adanya rasa malu, akan lahirnya maruah dan penghormatan.

Yang aku takleh blah bile sorang member girl aku cakap aku ni ego .. ex-roomate aku lagi lah . dia clash ngan awek, nangis² sampai bengkak mata, aku gak pujuk dia kat tepi hutan uum kol 2,3  pagi..  bila aku lak clash, dia lak suh aku nangis kat dia.. argggghhh mana boleh... orang tertentu jer leh dengar aku nangis. hehhehe ... tidak ku terima kata² mereka☻ yelah .. sebab aku fikir ada beberapa perkara aku perlu amik kira bila nak bagitau tentang perasaan ni .. bukan boleh main redah jer .. asal rasa sedih je nak nangis terus, asal suka sikit cakap terus suka .. tapi diri sendiri tak tau betul ker suka, n suka yang macam mana .. kadang² suka biasa-biasa jer.. maklumla .. mata ni dah terpandang yang tu jer kan ...

Pada aku kalau aku suka kat someone , biarlah orang tu wat aku rasa senang .. Bila suka dia, aku tak berubah jadi orang lain dan still jadi diri aku ..kalau berubah jadi lebih baik tu lebih bagus arr kan .. Sebab aku lagi suka la "perasaan bersahaja" dan tidak terlalu formal or yg terlalu serius. sebab aku lagi suka bergurau dari serius . bergurau tu bukan maksud main²kan hati orang la .. tapi maksud aku mengusik orang jer.. aku lagi suka, kalau aku suka orang tu then dia tu kelihatan macam member aku .. sonok gile camtu ... Tapi walaupun camtu , aku tetap risau la kalau aku tunjukkan perasaan sebenar aku pada orang .. kalau dia terima oklah ..kalau dia tolak , maybe jadi segan² kat dia .. then takut gak jadi renggang .. hooO mmg banyak kena ambil kira .. sebab tu aku lagi suka ambil pendekatan tunggu dan lihat jer ☻

Sunday, 6 December 2009

Biodata Jiran Saya Punya Saudara Angkat

Ni la gambar aku dari kecik , besar skit dan besar banyak


Name : mR. aSLaN

Location : Melaka , Malaysia

Race Haram : Melayu Kacuk Portugis. Christiano Ronaldo yang main power main konda-kondi tu adalah sedara belah bapak aku.

Highest Education : Tadika Permata , 
(daftar SPM untuk amik kat Germany tapi ditolak)

About me : Seorang yang patriotik, cintakan alam sekitar , poyo , sopan-santun , gila talak ,penyabar dan ciri² ini amat disukai oleh semua ibu² di seluruh Myanmar dan Yugoslavia 

Hobby : Membonceng motosikal dengan perlahan sekitar 20km/10jam di jalan Highway Utara Selatan.   
                  Hanya akan membonceng motosikal dengan laju apabila lampu isyarat berubah dari warna kuning nak jadi warna merah.

Favourite Quote : Berat sama dipikul , ringan sama menganjing "

Apepon, sembang dulu baru kenal




Disclaimer 
Blog ni adalah milik aku !
Ingat tu !
Tapi ..
Komputer, laptop , karen, letrik, unifi , stimix , p1wimax semuanya korang punya ..
Dan bukan aku yang bayar
Jadi ..
Suka hati korang lah nak buat apepon
Sebab
Ini Blog Buruk Yang Tak Famous

Kalau nak komen
Terpulanglah nak kutuk ke, maki ke
Suka hati koranglah
Memang aku tak kenal dan tak nampak korang
Tapi ..
Allah nampak dan Dia maha mengetahui.

Pastu berkaitan nak copy & sharing
Terus-terang aku katakan
" TAK PERLU MINTA IZIN DARIPADA AKU "
Aku tak register bawah  hak cipta pon blog ni kat KDNKK
Sebab
Ini Blog Buruk Yang Tak Famous
Dan
Hakcipta itu adalah milik Allah s.w.t