Showing posts with label enjoy². Show all posts
Showing posts with label enjoy². Show all posts

Saturday, 18 February 2012

Birthday Almie & Siti Aishah




Tuesday, 6 December 2011

1Malaysia Ditipu


Mentang-mentang dah nak pilihanraya , korang fikir aku terpaksa buat entry pasal politik ke?
Sampaikan 1Malaysia percaya ..
Entah² PM Najib Tun Razak pon percaya benda ni ..

Ni bukan cerita berkisar politik walaupun ada logo 1Malaysia ..
Juga bukan pasal cerita gosip atlet Malaysia dengan skandal dia ..
Bahkan ini bukan pasal orang asik nak buat movie pasal gangster kat Malaysia
Tapi ini cerita berkaitan KITA semua yang telah tertipu ...

Blog Buruk aku ni mendapat kunjungan hormat di shotbox daripada saudara seangkatan aku yang pengotor iaitu Blog Sampah . Nak dijadikan cerita, aku pon blogwalking la blog dia balik.

Dalam perjalanan tu, tetiba aku ternampak satu update yang boleh dikatakan hot . Siap ada video lagi . Jadi aku pon jerit "OPEN" sebab pc aku ni canggih sikit. Bila aku tengok video tu dan kandungan video tu la menjadi entry untuk kali ini.  

Jadi, kredit kepada saudara seblog aku tu . Walaupun blog aku buruk, aku tak plagiat blog kau tapi aku letak refrence kot supaya lecturer senang nak semak esaimen nanti.  

Setelah berkira-kira pakai sampoa dan mesin taip, aku bercadang untuk pinjam dan tulis entry ni. Bagi aku kisahnya cukup famous walaupun ia ditulis di blog buruk yang tak famous. Dan tak keterlaluan jika aku kata cerita ini dah jadi cerita turun-temurun daripada Tok Anjang korang kepada korang . Kisahnya ialah berkaitan
 Ustaz Haron Din Memindahkan Jin Menggunakan Bas.

Antara versi cerita pasal Ustaz Haron Din alihkan jin :

i. jin tu asal daripada UKM Bangi
ii. dipindahkan naik BAS Transnasional yang berhenti kat bustop UKM.
iii. dihantar ke UUM Sintok
iv. tambahan versi cerita yang korang penah dengar

Nak dijadikan cerita, ada orang yang mengaku penah bawak salah sebuah daripada bas tersebut ..
Dia mengatakan bas tu berat dan macam tak boleh nak jalan. 
Memang aku percaya doh sebab bas takde kaki 
Sebab tu tak boleh jalan. 

 " Tah-tah orang yang mengaku driver bas tu sebenarnya pencacai taik ke apetah " . 

Oops.. teremosi plak .. Maaf .. aku ni mengalahkan Uncle Seekers plak
Apepon layan la dulu video ni beb ~


Dah tengok habis video ni?
Ape perasaan anda? 
Kalau lepasni ada orang cakap Ustaz Haron Din buang jin atau nak buang jin lagi ..
Baik kau siap sedia untuk tarik selimut ........
Dan belit kat muka orang yang cerita tu sambil jentik buku lali dia .. 
Sengal betul lah aku ditipu hidup² selama 24 tahun.

Aku dulu study UUM tak abis kot. 
Siap extend 5 sem sebab takut jin tu kacau aku. (padahal repeat paper Titas
Seriously aku pernah masuk hutan Sintok pukul 2/3 pagi ikut kawan² dengan niat untuk mencari hantu . Selamatlah tuan guru memang tak pernah hantar ke situ, so alhamdulillah takde lah jumpa :-)

Apepon aku tak sangka,
Cerita yg dikhabarkan kepada kita sejak turun-temurun ..
Ibarat sajian istana di zaman silam.. (slogan iklan Adabi ni)
sebenarnya cerita bohong..

Tapi takpe ..
Kau bawak bersabar ..
Pergi depan cermin..
dan kata ...
WAKENABEBel


Sunday, 13 November 2011

Bangunan Merah ( Stadhuys ) & Melaka River Cruise

Sempena kedatangan Dayat ke Melaka untuk menghilangkan kegagalan otaknya berfunsi dengan baik, aku pon plan la satu benda untuk buatkan dia gembira .. Maklumlah aku ni kan pakar motivasti untuk dia .. ampeh !!!
so kami g jalan2 di Stadhuys dan Melaka River Cruise dan berlagak la macam pelancong sambil bawak kamera untuk amik gambar ..

1st time jalan² sambil bergambar kat area sini

Aku saje amik gambar dia berlatarbelakangkan jam agar dia hargai masa

Sini laa Melaka River Cruise



Nak jugak ke?
Ni apetah nama dia ..
Dataran Quayside
Kincir Air Zaman Kesultanan Melayu Melaka
Dah seronok kan ?

Tak Habis Lagi ... bersambung lak sesi kedua .... KAROKkkk


Tak habis nyanyi lagi dah abis record video .. sebabnya bateri habislah .. rugi ! kalau tak boleh antar kat Warner Music ke , Sony BMG ..takpelah .. mungkin rezeki kami untuk jadi artis takde ..:-))

Saturday, 8 October 2011

Berseronok (Part II )

Assalamualaikum ..
warghhh bulan ni boleh dikira sebagai bulan keseronokan ...
sepanjang ari adalah untuk enjoy ..
maklumler dok uum , jumpe member2 ...
ni plak jumpa dgn junior2 ... adik2 .. peghhhhh sempoi .. lepas karaoke, kali ni diorang plan something utk aku .. so kami pon pergi ke Air Terjun Lata Bayu kat area Kulim camtu arrr ... 
Boleh tahan seronok ...
Ni antara pic yg sempat la kitaorang ambil dan mungkin gambar terakhir utk aku lepak dengan mereka semua ~





pehhh.. siap boleh mandi air terjun lagi .. padahal esok pagi kol 7 nak g konvo .. tido malam tu lak kol 3 bangun kol 6.. mmg dalam dewan Mas tu aku tido jelah ...hehe btw seronok gile ahhh ..


 credit to Dayat , Ijat , Zul (utk makanan dan paling penting ni) , Maman dan Faris ~

Saturday, 1 October 2011

bErSeROnoK (karok)

Setelah 1 tahun juga aku tak ke Kedah (UUM) , akhirnya kali ni aku pergi juga untuk konvo . then macam biasa la, sampai di sana kalau dah jumpa orang aku 'cayang' mesti laa seronok giler2 .. Thanks to dayat dan ijat sbb tumpangkan aku tido kat bilik korang walaupun atas lantai jer :-)) .

Dan rasanya tak lengkap kot kalau jumpa 'cayang' ni tak pegi karaoke .. Sebab diorang ni mmg geng karaoke yg paling syok .. walaupun suara kami tak sesedap awie atau amy search, tapi bolehlaaaa kan utk enjoy2 sebab dah lama gila tak karaoke . sampaikan lagu yg biasa nyanyi pon dah tak boleh nak tarik ... malu je .. btw credit to Maman sebab tolong record video karaoke (walaupun apa yg kau record takcantik.haha) .. memang tak layak masuk AF tapi standard suara kami semerdu deruman enjin kereta pemandu F1 Ferrari iaitu Ronaldinho   ..

And ni gambar .. utk tatapan dan kenangan percintaan kami . kembong beb ~ 


cam siak je .. konon2 sayang ler tu
ijat , aku , apit , maman , dayat

budak gumok

Then ni lak kan video, kot2 ada produser BMG ke ,SONY ke yang dengar dan berminat,boleh hubungi kami ..  tak dapat sony atau bmg ..dapat UniUtama.FM(radio uum) siarkan suara kami pon jadik ar ...
Tajuk Lagu : DIA ALAMI PANAS CINTA
Penyanyi Asal : Fotograf


Tajuk Lagu : GURUH
Penyanyi Asal : Awie & Amy Search


Sekian ~