Showing posts with label muhasabah. Show all posts
Showing posts with label muhasabah. Show all posts

Saturday, 7 January 2012

Isteri Tak Kisah Kalau ....



Eh ! ni apehal lak gambar manusia berambut cendawan ni?
Dan apehal lak payung sepah-sepah kat blog aku ni?
Kalau payung Pink takpelah jugak..
Ni warna emas .. seganlah nak bawak jalan pergi Pavi ~ tak uptodate lah!

Petang tadi kebetulan mood jogging aku slow sikit,
Jadi aku banyak relaxlah.
Lepastu jumpe plak geng pakcik-pakcik ni,
Join sekaki la borak-borak dengan diorang.

Masa aku datang, ada 3 orang pakcik ni sedang borak,
Tema soalan SPM yang bincangkan mereka ialah ...
 " buka cawangan lagi 1 "

Alkisahnya, sorang pakcik ni ..
Umur dalam lingkungan kubur kata mari, rumah kata pergi ..
Jadi, dia minta pendapat rakan-rakan .

Katanya, ISTERI DIA TAK KISAH  kalau nak kawin lagi..
Dalam kepala aku fikir, mesti isteri dia nak dapatkan payung kat atas tu.
Untunglerrrrrr pakcik.....
 " BAIKNYA ORANG PEREMPUAN " 



Cuba pulak si isteri yang cakap pada suami,
" Bang, ayang 'rasa' macam nak kawin lagi satu la " ..
Tak laki tu senyum n serta-merta ceraikan isteri (sebab boleh terus jadi bujang) .
Ataupun, pada hari itu si isteri boleh merasa air tangan suami ..
Time sayang, suami kasi cop halal , tapi bila marah, suami kasi cop bodyglove kat muka isteri tu.
" Jadi ,wan nak pesan pada cik dan puan-puan di rumah agar jangan mencuba resipi di atas yer "

Tapi ...
Bila sebut pasal nak kahwin lagi satu,
Ada laki yang kena tidur atas lantai,
Ada juga tak boleh tidur sebilik , meskipun bilik air ..
Dan paling extreme, isteri bertukar profesion menjadi tok mudim . *sia-sia je walaupun suami nak buka 4 cawangan*
Semuanya gara-gara sebut pasal kahwin lagi satu.


Kebetulan, Encik Ram ketua bagi team senamrobik kat Stadium Tun Fatimah,
Jadi, banyaklah kawan perempuan untuk dijadikan calon.
Dan cadangan yang Encik Ram ni kasi terbaekkk je ..
Kira apa yang dicakap tu macam dah kire jadik la tu .

Demm .. aku budak bawah umur dah layan skali cite kawin.
Dalam gelak² dan saling bertukar-tukar tips,
Tiba-tiba datang isteri kepada si pakcik yang nak kawin lagi satu ni ..

Ceh~ suami automatik control air muka dan terus tukar topic ,
Isteri dia datang, hulurkan handset kepada suami dia suruh dengar ..
Glupppp ...
Terus pakcik nak kawin lagi satu ni cakap "Eh ni suara Encik Ram ni"
KAMI terdiam ...

Kali ni isteri dia pulak bercakap *dengan muka sedih yang dicover-cover bagai tak sedih*

" I hear all your conversation "
" nak tambah cawangan ? "
" tak cukup kuat? "

bla bla bla .. memang masak ler orang tua tu kene bebel ..

*lalu si isteri berlalu pergi sambil hujan renyai-renyai turun di dalam hati*

Terus sang suami terdiam ..
Kami pula tergelak ..
Adoi ..
Katanya " Isteri Tak Kisah ... "

Saturday, 22 October 2011

Jenis-jenis manusia

Mana topeng yang korang pakai setiap hari?

Nombor 1 : Orang yang rasa hidup dia sentiasa susah dan sedih. Mereka lebih emo dan fikir macam².   Kadang² kita jadi serba salah bila nak bercakap dengan dia. Bagi kawan kepada orang yang macam ni, kenalah pandai pilih perkataan yang sesuai dan cara bercakap kena betul agar tak buatkan dia salah faham. Tapi bagi orang macam ni, kenalah pandai bawa diri juga. Tak boleh terlalu ikutkan perasaan dan menunjukkan diri tengah ada masalah. Kadang² masalah tu tak besar dan tak penting pon. Tapi dia yg menjadikan benda itu bermasalah. Bagi orang macam ni, ingat²lah berat mana masalah pon , byk² ingat pada DIA. Kita tak boleh terlalu sedih bila hadapi kesusahan kerana mungkin selepas itu akan datangnya perkara-perkara yang menggembirakan dalam hidup korang.

Nombor 2 : Orang yang rasa hidup dia sentiasa senang dan gembira. Hidup enjoy sentiasa and gelak jer kan .. Orang camni pon nampak seronok jer. Bagi orang macam ni pula, tak bolehlah terlalu gembira takut² nanti diri tu tak ready untuk menghadapi kesusahan. Gembiranya hidup dia sampai kadang² orang pelik bila tengok dia sentiasa happy go jer , apa rahsianya . Tapi jangan lak korang fikir orang happy go ni takde masalah. Mesti ada masalah punya, tapi pandai manage masalah dia. TAPI .. ada juga orang yang happy ni, sebenarnya dia simpan lebih banyak beban kat kepala dia daripada orang lain. Orang yang buat orang lain gembira tu selalu hidupnya lebih sedih daripada orang lain. Bagi orang macam ni, dia akan rasa gembira kalau dapat buat orang ketawa dan gembira. Kepada korang yang ada kawan² camni, hargailah dia sebab dia orang yang akan selalu menceriakan kau.

Nombor 3 : Orang yang hidupnya mendatar je. Ni orang kata macam takde perasaan pon ada. Relax jer dan muka dia tak boleh ekspresikan apa² perasaan. Yang nampak sikit riak muka dia kalau time tengah bingung. Mungkin sbb dia tak tau apa nak buat bila dah bingung, jadi muka pon jadi pelik . Bab marah ke, gembira ke, dia cool jer. Kadang² orang hidup mendatar ni sempoi gak kan . Dia tak serabut kepala fikir macam² dan idup macam biasa.. Hidup dia ibarat keretapi atas landasan . Ikut je landasan tu tak payah nak lap kiri kanan macam motor.


KORANG PULAK TERLETAK PADA KATEGORI YANG MANA?

Tuesday, 11 October 2011

Para Pencari Tuhan


Ini kira cerita sinetron Indonesia yang paling aku suka la ..
Aku start layan cerita ni time bulan puasa ..di TV AL-Hijrah .. time tu season 1 .. cerita ni pon ada tema dia .. macam bulan puasa haritu , cerita dia pon berkisar tentang puasa . Then..pejam celik sekarang ni cerita ni dah sampai Season 5  ..
Tapi apepon cerita ni memang style sebab dia banyak memberi pengajaran sambil menyindir golongan yang tertentu .. sebab watak² tambahan dalam cerita ini kebanyakannya mempunyai masalah tersendiri dan akan sering timbul konflik . Dan paling best cerita ni dapat menyampaikan banyak mesej dan sangat berkesan untuk para penonton ..  
Antara watak dalam cerita ni tak jauh beza dengan cerita Kiamat Sudah Dekat ..

Orang penting cerita ni  :

Bang Jack - Deddy Mizwar
AYA - Zaskia Adya Mecca
Azzam - Agus Kuncoro

Btw .. try dulu layan cerita ni .. seronok ~

Thursday, 14 July 2011

Respect a.k.a Hormat

                                            Aku tak minta korang respect aku 

Aku percaya respect ni bukan datang secara paksa tetapi dijana melalui perasaan rendah diri . Maksudnya ianya dijana apabila orang melihat kita dengan rasa rendah diri, ketika itulah datangnya perasaan hormat orang kepada kita. Ia selalunya akan bertahan lama sehingalah berlaku satu peristiwa yang mungkin akan mencalarkan sedikit perasaan hormat tu. Dan pada aku, bukan muda je kena hormat yg tua..yang tua pon kene hormat yang muda. Tapi pada aku, cara aku hormat budak yang lagi muda daripada aku ialah dengan menjadi rakan kepada diorang . Kata orang pon "kamcing" ..

Then , biasalah setiap orang ada angin(mood) dia .. tapi kita perlu ingat, jangan sesekali kita hilang hormat kepada orang disebabkan kegagalan kita untuk mengawal emosi kita. Bukannya apa, setiap orang ada egonya, bahkan mungkin lebih besar lagi daripada yang kamu ada .. Bak kata pepatah " terlajak perahu boleh diundur , terlajak kata badan binasa" . Atas sebab tu lah aku buat post ni ..

Kalau ikutkan, aku pon kurang ajar gak.. tapi kurang ajar aku takde la sampai tahap apa yg aku lalui harini .. budak yang aku pernah ajar, bahasakan diri dia "aku" n bla bla bla  . hmm..OMG.. kurma itu memang manis .. tapi sayangnya ayat dia tu tak manis.. mmg kurang sopan sangat². Bukannya aku nak buruk² dia, tapi sekadar kasi dia rasa itu akibat dia kene tanggung apabila dia tak mampu kawal emosi . Niat aku bukanlah nak malukan sapa² dan aku pon tak perlulah postkan setiap kata² dia. Cuma aku agak terperanjat la camni punya orang pon ada. Kalau lelaki aku tak kisah lagi kau nak kurang ajar ke, terlingkup ker.. ape ker... Ini perempuan .. tu yang aku agak emosional ni ..

Adakah aku yang salah? aku marah dia utk dia sedar sikit .. sebab dia budak lagi . Kalau orang dah buat masalah dengan aku, seriously aku mmg malas amik port dah .. tapi pk kan kau ada cakap maaf..  saya maafkan awak .. apa saya kata tu bukan dari ati saya pon..


P/S : - Kalau kau tengok aku kasar kat kau, tu tanda aku boleh rapat dan kamcing dengan kau ... tapi kalau kau tengok aku borak secara formal dengan kau, maknanya kita ni takde kimia .

Friday, 10 June 2011

Makin dikejar makin menjauh

Tadi time dengar khutbah sembahyang jumaat, tetiba je kan terfikir macam2 .. kira berkaitan dengan hal dulu , apa yg berlaku , penah berlaku  pernah dilakukan ... adoiii rasa cam sayu je hati ni .. tapi bagusnya bila camni, aku lebih beringat sikit .. pastu lak tengok lagi Imam Muda .. yg pasal pesalah yg bakal dijtauhi hukuman mati .. try bayangkan kita da tahu yg tak bape lama lagi nak mati ... sapa tak takut .. mati ni bukan penamat kepada segalanya.. kira macam orang bunuh diri, pada dia penamat kepada kesengsaraan yg ditanggung.. sebenarnya tak pun . sebabnya ialah adanya "kehidupan selepas mati" .. time tu aku terfikir gak apa sangat la dikejar2 hal kat dunia ni . padahal nak idup selama2nya kat akhirat nnt .. bukan la cakap cam best/ baik.. tapi  idup ni memerlukan kita untuk muhasabah diri ..

Dari apa yg aku kejar masa kat U , kenal dia .. beria-ia je mengejar2 benda yg Allah telah takdirkan .. tapi last2.. aku abis belajar , satu benda pon aku takder .. pointer pon biasa2 jer.. takde laa dapat 1st class .. ntah .. kira takde apepon yg aku dapat dari apa yg aku kejar ... cuma yg aku dapat ... satu jer .. iaitu kepentingan kita untuk selalu muhasabah diri ....:-)