Thursday 26 April 2012

MIM Graduates Programme (Part II) - Citer sedih


Actually aku ni kira beruntung ..
Meskipun aku takde gf yang supportaik , tapi aku ada member yang sangat supportive..
Bukan setakat member aku, mak dan adik dia pon support kot ..
Meh tengok sikit


Ok..
Last day kursus,
Kami dikehendaki melakukan public sleeping ..
But it's not public skeeping
Eh!  public speaking laaaa ngek!
Tu la awok dah pesan,
Betapa pentingnya English Education .

I'm shy +  nervous la bila time nak g berceramah kat depan
Ada member dapat tajuk yang sempoi seperti family
Tapi ada gak yang susah macam Johan dapat..

Btw, bila aku ?

Tajuk : If you have a chance to live another week. Choose someone and what you want to tell him/her ..



Adoi.. ni yang dah nak bermula drama melayu arahan Rosyam Nor ni..
1st skali dalam otak aku, just nak buat something yang santai-santai jer ..
Itu yang merepek kata menghidap kanser tahap ke 17 la ..
Tapi, bila fokus balik pada tajuk asal (sbb takde idea n spontan) ,
Terus mood aku bertukar kot ..
TERcerita pasal kisah cinta yang tak kesampaian ~

Seriously, tak rancang pon nak cakap pasal benda ni
Sebab hati aku ni ada satu je , dah terluka pon .
So, bila aku cerita pasal tu balik, sakitlah kembali..
Tapi takpelah :)

Saya suka pada awak,Dan ....Saya tahu awak juga sukakan saya ,Tapi saya terlambat meluahkan perasaan saya ,Dan ...Awak dah ada boyfrieng...Takpe ..Saya tak kisah sekiranya tak dapat meluahkan pada awak..Sebab saya tak nak serabutkan perhubungan awk ..Cuma saya ada something nak kasi tau..

SAYA SAYANG PADA AWAK ..
Andai awak berada di tempat saya ..Ada 1 minggu utk hidup lagi,Dan menghidap kanser tahap ke 17,Saya sanggup gantikan diri ini .
Asalkan saya tahu awak gembira !


Lebih kurang beginilah cerita asal & skrip rekaan aku ..
Time tu otak aku kosong ... aku pon tak tau nak cakap ape.. melayang ...
Ketika itulah nampak Ms. Irene dah pegang loceng Itik untuk menandakan masa dah cukup 2 minit..

Bilik Balkis 4 yang mulanya hingar bingar bising dengan bunyi kenderaan yang lalu lalang kini bertukar menjadi suram, ibarat funfair yang tak fun ..

Then, aku dapat beberapa feedback ..........

Umai #Sumpahtakkelakar
Shaky #TQ .. ayat kamu pon touching .. terharu i..
Liza #Apekehe ada gambar air mata lagi tuu :-)
Lain-lain #tak tau siapa korang..tapi tQ tauu!!!-) 


Dan ...
Ini pula daripada Juri Yang tidak bias ~
Sawleraaaa Sameon

Orang tengah sebak takkan nak suara kuat2 plak!!! eee jahat


Then ...Rini ialah Peserta public sleeping selepas aku..
Kali ini, beliau bukan sahaja membuat public sleeping, malahan beliau juga turut membuat pementasan teater ..

Tengah dia bercerita, tiba-tiba .....
Menangis ....(ah berag ni)
Dalam hati aku berkata " mesti dia citer dari pengalaman dia juga "
Sampaikan tiba-tiba je ada mamat jual tisu datang ulurkan tisu kat dia ..

Tiba-tiba dengar Rini cakap  " RINI NANGIS SEBAB CERITA ASLAN "
Dalam hati aku cakap " nak cover laaaa tuu "
Apekehe plak nangis pasal citer aku..
Esok tu Umai suruh aku tengok kat twitter
Cehhh kira Umai la pencetus aku untuk tweet2 ni
Then nampak tweet rini




Huih ~ pendengar setia ni ..
Bagus adik ni..
Kalau aku ada company, nak amik pekerja gini ..
Dengar kata orang .. amik berat lagi tu yg sampai nangis2..


############# END OF MIM CLASS ####################

CINTA SAMPAI, BERBALAS TIDAK

Bercerita pasal cinta , aku dah malas dahhh ..
Sebab?
Mari kita explore pengalaman sedey akuu ..
1st ex aku ..
Kami break lepas 4 tahun kawan ..
Alasan : laki tu kerja technician n dah establish ..
So, aku tak boleh nak lawan dah laaa sbb aku jobless(padahal tengah study baru sem 3)..

2nd girl  : She's only my friend ..
Satu kepala, gila gila
We know each other for 1 more years ..
Tak pernah beritahu yang aku suka pada dia..
Tapi ada sekali tu terlepas cakap ..
And sangat terperanjat yang dia cakap " Kenapalah awak lambat cakap dengan saya "
Sebab aku rasa dia takkan pandang kat aku pon

But now, dia ada bf ..
So, tarik diri adalah jalan yg terbaik..
Tapi, confius juga aku..
Dia selalu ajak aku keluar ..
Aku ok aje kalau dia rasa nak keluar ..
Tapi, setiap kali janji untuk keluar ..
Janji deal itu berakhir hanya tinggal deal..

Dengan dia je aku dah deal 3 kali untuk jumpa ..
1st time , beria-ia la nak jumpa..
Minta confirmkan sebelum pukul 4 sama ada jadi ke tak ..
Disebabkan aku taknak dia menunggu, aku gerak dulu..
Dah sampai kot kat sini ;




Tetiba ...
Nak dekat pukul 6 baru reply msg ..
Itu pon reply perkataan " X " (#sumpahtakkelakar)

2nd deal utk keluar ..
Plan tengok TITANIC 3D beb ..
Terbaek punya, tengok movie sambil pakai cemin mata kot..suwit laaaa
Macam biasalah, confirmation date dia langgar ..
3/4 ari kemudian baru contact kata dia ada masalah..
Dan dia tanya " amboi garang .. marah ke? " (#untunglar aku ni tak reti marah)
P/S : saya faham 1 mesej bersamaan dengan rm50 atau 1min call = rm100 ..

3rd deal ..
Kali ni aku pula saja ajak keluar ..
Kebetulan time tu aku bosan gile time tengah kursus MIM jugak ..
Semuanya berjalan dengan lancar jee ..
Tiba-tiba.. bila aku baru nak bersiap..
Tet tettt ... mesej masuk
"Salam, **** rasa tak dapat keluar hari ini. hurm "
(#sumpahtakkelakar + #untunglar .. knp tak cakap je tahun depan baru boleh keluar)
Yeahh! terbaik utk kali ke 3 :-)

But aku still maafkan dia ...
Sebab tu aku still stay KL ..
Tapi, selepas 3x apa yang berlaku ni ..
Aku tak marahkan kau..
Just aku fikir semuanya salah aku
Sebab biarkan perkara ini berlaku ...

So, ianya berakhir dengan kesedihan .. bertepatan dengan tema public sleeping aku..


########### END OF CINTA SAMPAI BERBALAS TIDAK #############



PUBLIC SPEAKING VS REAL LIFE ...

Berbalik kepada tajuk public sleeping aku..


If you have a chance to live another week. Choose someone and what you want to tell him/her ..
Aku asyik bermain-main la dengan perkataan tu ...
Nak dijadikan citer,

1st skali tangan patung Sakuragi Hanamichi yang ada kat kunci motor aku tu tercabut,
Demm.. petanda tak baik...
Camne nak main bakSETball kalau tangan sbelah takde?

Malam Esoknyer pula aku ride motor pergi Kajang ..
Nak terpelosok bawah kete kenari ..
Lagi seram siot .. Taknak la aku eksiden-eksiden..
Biarlah mati dalam keadaan solat ke, berzanji ke , marhaban ke.. mudarabah ke..ataupun Munakahat

Latest, pagi esoknya pula, aku tertido dalam pukul 10-10.30 pagi..
Seram siot tido siang..
Aku mimpi yang aku ni dikuburkan ....(tapi idup lagi) , but aku boleh tengok atas ..
Nampak alam kat luar, tapi tak boleh keluar sebab dihempap dengan batu dan tanah..
Seram giler kot.......

#### SUMPAH CUAK ####

Moral of this story :
1. Kepala pening sebab cerita bercampur-campur .. sumpah ahmad idham ataupun mamat khalid muntah kuning nak arahkan drama berpandukan novel aku ni
2. Mesti asertif !
3. Apa-apa jelah yang kau suka!

Bye~

#Bapakpanjanggilerakubuangmasataipbendani ......

end of luahan hati dari mohdaslanalias


Wednesday 25 April 2012

MIM Graduates Programme (Part 1)

Yauu .
Lama tak update , bizi sangat teman ni !
Tapi untuk cerita pasal MIM ni, aku nak buat 2 post ..
So, harap-harap MIM akan bayar Royalti la ..

Btw, thanks Rizalzzzz sebab PAKSA aku join program MIM Graduates Programme dari 9-22 April 2012
Thanks juga pada kerajaan Selangor sebab ada buat program macam ni
p/s : kat melaka sibuk berparti je .. 

Sebenarnya aku sendiri pon tak penah dengar ape menatang MIM ni ...
Lepas dipaksa join atau dijoinkan program yang dianjurkan MIMpi ni, aku pon pergilah..
Penat kot ride moto dari Melaka ke KL
Then bila dah pergi, Alhamdulillah la.. banyak yang aku belajar..
Sumpah tak kelakar kalau aku cakap otak aku baru tumbuh lepas TERjoin program ni ..

Masa 1st day class, aku masuk bilik dlu.
Tetiba ada mat saleh dalam room hotel aku...
Siap tolong bukakan pintu lagi (coz aku tak reti swap card kad kredit kat pintu)
Dalam kepala aku dah terfikir ;

" Gile ah, program ni hebat betul sampai omputeh pon join , ntah dari U mana la omputeh ni datang"

Rupenye, omputeh tu boleh kecek ganu ..(blur kejap)
Dush dush .. sumpah tak kelakar, itulah cara perkenalan aku dengan Johan

Ok, setiap perkara yg kita lakukan mesti ada kebaikan..
Dan disebabkan ada kebaikan , tak dinafikan ada juga keburukan..
Adoi bahasa tinggi aku guna..
Sebenarnya, nak gitau ...
Banyak perkara aku baru belajar kat sini
Contohnya

Perkara Baik 


+ trainer ajar bahasa Omputeh yang diMalaysiakan iaitu : DOUBLE INVITATION ...
+ dapat ilmu
+ cara buat resume
+ communication skills.. dan lain-lain la yang tak dapat dituliskan satu persatu..
+ mandi kat swimming pool free ..sllu berkubang je kat lopak air depan rumah..itu pon tunggu hujan baru ada air...
+ makan 5x sehari, semayang je sllu tak ckup 5x sehari


PERKARA NEGATIF YANG  MERUNTUHKAN AKHLAK  AKU
+ Belajar linguistik pelik dari Umai iaitu :    Untunglar .......
Seharian aku guna utk tweet ....
hmm..untunglah da start main twitter ..


Tak habis takat itu yer tuan tuan dan puan-puan ,
Umai juga mempengaruhi aku dengan mengajar aku perkara negatif kedua ...
Sumpah Tak Kelakar ... 
Penggunaan ayat ini sangat kompleks dan seringkali menganggu perasaan mangsa.
Sampaikan aku tak boleh nak tumpukan perhatian ketika belajar disebabkan kata-kata puitis Umai tu.

Oklah..dah banyak merepek ..
So, awok nak letak gambor pulok!

TAK UNTUNG!!! Frust!

Bangunan Pihak Musuh

Hasil daripada Ir. SAWL , Ir. Syafiq dan Ir. Fa .. I'M JUST THE OBSERVER :-)
Eh Cha! lu apahai? apa buat dalam ini belog? 
Yang paling KIRI tu lahh KETUA kepada segala masalah , tengah ni pembantu tadbir dia.. yg kanan skali dia punya cashier
btw, LAWA juga aku bila bergambar dengan korang yang kacak ni kan

                                     

Gymnastrada? Gymrama atau Gymnasium? atau GMI ?
# untunglah kaki ke atas kepala ke bawah ..
Kalau kat rumah, selalu buat dalam mesin basuh sebab tu lah tempat berair yang paling dalam
Saya Menang MotoOoOoooO
Ni la yang aku dapat ! cuma sekeping kertas !
Tapi disebaliknya, ilmu yang membuak-buak dalam kepala..
Mencurah-curah ke ladang gandum dan jadilah ...
Apollo Roka



                                                        ### END OF PART 1 ### 


p/s : sapa kata boleh komen kalau takde gmail? pakai je nama ANONYMOUS  , terus boleh komen