Showing posts with label confused. Show all posts
Showing posts with label confused. Show all posts

Sunday, 27 November 2011

Followers Box Dimansuhkan

Assalamualaikum ...
Bertitik-tolak daripada posting lepas mengenai Blog Follower VS Blog Reader , post kali ini ada la kaitan sikit dengan blog followers iaitu mengenai followers widget ...
Sejak semalam aku ada baca mengenai widget ni akan dimansuhkan dan digantikan dengan Goole Plus .  
Aku pon tak pasti sama ada ini betul-betul ataupun cobaan. 

Apepon, bila cerita begini tersebar, ia secara tak langsung menunjukkan bilangan blog follower yang ramai tu bukan penting sangat pon. 
Tersenyum aku dibuatnya sebab post aku sebelum ni yang tak sokong langsung blog followers sebab ramai sangat yang folllow membabi buta. Mana taknyer, kenal blogger tu dah tentu tak, baca penulisan dia pon tak .. komen pon tak .. main ikut je .. kang kene culik sapa nak jawab?  

TQ korang sebab follow aku.:-)

Walaupun aku tak sokong  blog followers semata-mata, tak bermakna aku tak suka function blog followers ni.
Bila ada benda tu, kira nampak la juga ada orang melawat blog aku.
Takdelah nampak blog aku macam tak pernah ada orang melawat.


(p/s : Kalau widget ni dibuang, rugi gak aku . Semalam aku dapat lebih daripada 25 orang followers tanpa perlu sibuk blogwalking pon . keh3.)

Wednesday, 23 November 2011

~ Update Blog



Aku sebenarnya dah lama bercadang untuk renovate blog ni.. huhuh ..
Untuk hari ni, aku tambah la satu tab untuk sesiapa yang nak tinggalkan url blog diorang untuk aku follow ..
Tapi mana cukup beb .. banyak lagi kena ubah untuk blog ni ..


Tapi masalah yang hadapi ada seperti berikut (ceh macam ayat exam plak) ...


1 - aku takmau la guna template orang , tapi tak pandai la pulak buat sendiri :-) .. baca coding skit je paham
2 - aku ni buta wara sebab aku mmg tak pandai giler nak main colour untuk kasi blog nampak cantik , kemas teratur ;-)
3 - bila tukar template , apa yang aku setting seperti facebook comment pon hilang .. aku lemah betul nak setting balik sebab makan masa gak walaupun seminit :-))


So, inilah blog aku yang tengah berserabut . Gelap , suram tak ceria langsung .. tapi aku suka giler kot pada warna hitam ... jadi perlukan masa untuk ubah balik blog ni kasi nampak lagi baik ..

Wednesday, 22 June 2011

Interview on 20th June ~

SaLam .. ya .. kali ini ada pening juga kepala memikirkan pasal interview kerja .. Actually, company tu ialah company anak kepada mak angkat aku .. tempatnya ialah berdekatan dengan Desa Waterpark , KL .. Company ni buat business security service la . Aku pon sebenarnya tertanya² dalam hati ni "yeke aku nak kerja KL " . Tapi bila mak angkat aku suruh pergi contact Abg Lan , aku tryla juga .. then tiada masalah la .. dia suruh aku datang interview ..

Gila gak la kan arini call , esok dia suruh datang .. aku tak prepare apa² .. pagi nak bertolak time tu gak la aku baru kemas baju .. then esoknya pon aku redah la ke KL naik motor .. gila la gak kan sebab aku seriously tak tau juga jalan KL ni .. boleh la aku redah dari Melaka ke KL dalam sejam setengah .

1st masa interview tu , HR dia agak OK . kira dengan dia perbualan dan interview tu agak lancar , aku pon tak rasa pening dan serabut kepala .. tapi bila datang lagi sorang , aku pon sure pangkat apa tapi maybe org besar gak la kan , aku jadi confused kaw² punyer . 1st yg wat aku confused gile² dia tanya nak dok Melaka ker KL .. aku seriously fikir nak gak try lepak KL sebab bosan gak lama duduk melaka . Then bila Abg Lan pon ada bunyi yg dia cakap nak cari orang kat Melaka .. dan HR ni cam memang beria² nak hantar aku ke Melaka, aku rasa rugi la.. sebab dia cakap kalau duduk Melaka, takde peluang dah nak up. Klu aku terima gak, maknanya aku memang orang yg takde wawasan laa. Kat bawah ni kira sedikit sebanyak la yg buat aku rasa cam blurrrrr n hot jer.

HR 1 : awk duduk Bhg. Operation Manager ..
HR 2 : awk duduk Bhg. Logistic .. sebabnya kalau awk duduk kat operation      manager, awk kene handle gangster2(pakgat2) .. saya tengok muka awak, saya rasa awak BUDAK BAIK & nanti mereka buli awak , mereka semua gangster.. semuanya askar2 dan gangster20x bla bla bla .. gangster10x..
Aku : kak nak saya pukul orang ke? saya muka tak gangster, tapi saya biasa gak laa 'kawan' saya gangster ..
 Isk².. bila  fikir balik patut aku nyanyikan lagu Malique Too Phat kat HR ni ..

naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau
turun bukit pucat dengar tiga miaww
kucing bawa tidur rimau bawa igau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau
tolak pintu gua tiga kerat tenaga
kosong tak dijaga sampai datang tiga naga
ingat nak berlaga tapi tak kan boleh menang
menang dengan otak tak mesti dengan pedang

-----------------------------------------------------------------------------------

And then , aku tanya so macam mana dengan interview ni .. dia cakap takpelah kalau nak masuk esok pon boleh .. tapi takkan la aku nak masuk kerja esok gak .. Ada banyak gak benda aku kena settlekan dulu . Then dia cakap akan call esok untuk kasi tau la camne .. but takde pon .maybe blom lg kot sbb diorang pon tak tau nak decide position utk aku utk dok KL . Aku bukan demand pon ... aku bkn blaja smpi SPm je .. salary aku tulis minta RM 1300 je .. bukan apa , aku tak mau la demand sangat dan tak mahu la Abang Lan fikir aku try amik kesempatan sebab aku ni anak angkat mak dia. Pada aku cukup la kalau ada kerja dan gajinya juga berbaloi .. but kalau korang fikir duduk KL dengan RM1300.. korang nak x?

Monday, 23 May 2011

Egokah apabila sukar menunjukkan perasaan sebenar?

Bagi korang , korang suka orang yang suka menunjukkan perasaan dia ataupun yg menyembunyikan perasaan diorang ? Sometimes , kalau terlalu menunjukkan perasaan kita pon, nanti orang tengok pon macam meluat ..then bila menyembunyikan pula, nampak jer macam cool ala² pakwe dalam cite Korea .. tapi last² melepas ..

Tak salah kalau kau nak tunjukkan perasan tu, tapi janganlah melampau². Sampai lupa pada batas²nya .. Terutamanya bila tengok budak perempuan yang tergedik² usyar budak laki .. Nama je beragama Islam tapi tak tahu malu. Malu tanda iman. kalau tak malu maka tak ........ Tak tahulah kan, sebab kita ini hidup ni mesti ada rasa malu .. dengan adanya rasa malu, akan lahirnya maruah dan penghormatan.

Yang aku takleh blah bile sorang member girl aku cakap aku ni ego .. ex-roomate aku lagi lah . dia clash ngan awek, nangis² sampai bengkak mata, aku gak pujuk dia kat tepi hutan uum kol 2,3  pagi..  bila aku lak clash, dia lak suh aku nangis kat dia.. argggghhh mana boleh... orang tertentu jer leh dengar aku nangis. hehhehe ... tidak ku terima kata² mereka☻ yelah .. sebab aku fikir ada beberapa perkara aku perlu amik kira bila nak bagitau tentang perasaan ni .. bukan boleh main redah jer .. asal rasa sedih je nak nangis terus, asal suka sikit cakap terus suka .. tapi diri sendiri tak tau betul ker suka, n suka yang macam mana .. kadang² suka biasa-biasa jer.. maklumla .. mata ni dah terpandang yang tu jer kan ...

Pada aku kalau aku suka kat someone , biarlah orang tu wat aku rasa senang .. Bila suka dia, aku tak berubah jadi orang lain dan still jadi diri aku ..kalau berubah jadi lebih baik tu lebih bagus arr kan .. Sebab aku lagi suka la "perasaan bersahaja" dan tidak terlalu formal or yg terlalu serius. sebab aku lagi suka bergurau dari serius . bergurau tu bukan maksud main²kan hati orang la .. tapi maksud aku mengusik orang jer.. aku lagi suka, kalau aku suka orang tu then dia tu kelihatan macam member aku .. sonok gile camtu ... Tapi walaupun camtu , aku tetap risau la kalau aku tunjukkan perasaan sebenar aku pada orang .. kalau dia terima oklah ..kalau dia tolak , maybe jadi segan² kat dia .. then takut gak jadi renggang .. hooO mmg banyak kena ambil kira .. sebab tu aku lagi suka ambil pendekatan tunggu dan lihat jer ☻