Showing posts with label Tak Tahu Nak Buat Apa. Show all posts
Showing posts with label Tak Tahu Nak Buat Apa. Show all posts

Friday, 27 January 2012

Tiada Mood Untuk Blogging

Semenjak dua menjak ni, ramai tanya kenapa jarang nampak aku blogwalking ..
Aku akui, sekarang ni rasa dah 'letih' untuk blogging ..
Kalau nak kata tiada topik untuk ditulis, tak juga..
Sebabnya, dalam draf masih banyak lagi entry yang aku dah tulis tapi tak dipulbishkan .

Sejujurnya, mood blogging aku dah pupus ..
Cha, miera dan puteri kasih antara mereka yang tanya kenapa ..
Aku pon tak pasti ..
Sesekali aku cuba juga cari mood untuk hadap pc ni dengan lebih lama untuk bw dan borak²..
Tapi dah tak boleh ..

Bukan sibuk jaga bini pon ..
Awek apetah lagi ..
Mungkin sebab aku letih ..
Sebab aku jogging 1 hari 5 kali .

Sesekali rasanya nak drop je blog ni ..
Tapi .. sayang rasanya ..
Tahu kenapa?


Faham tak maksud gambar ni?
Orang pergi ke google dan taip "MR ASLAN" ..
Pelik kot .. ni orang nak stalk aku ker atau peminat :-)
Kalau orang pergi google dan taip Najwa Latiff tu aku tak heran laa ..
Tapi dia find mr aslan .

Mungkin orang yangg google ni ialah orang yang dekat dengan aku ..
Ataupun yang mengenali aku ..
Dia sayang aku, tapi malu-malu kot..
Tak sangka aku ada peminat ...(dush dush tumbuk dahi skali sebab perasan)
Tapi sedey ah, nama peminat tapi tak ingat URL blog aku :-(
Tapi apepon terharu sangat dia sudi google nama aku ..

Apepon, just nak beritahu ...
Mungkin mood saya berubah disebabkan 1 perkara ..
HMm ..

Tolonglah ...

" Jangan buat perkara yang menyebabkan saya rasa diri ini menganggu anda .."


Sunday, 22 January 2012

### KELU , KAKU ###

Perasaan aku sekarang bercampur-baur ..
Tiada apa yang dapat digambarkan tentang apa yang aku rasa sekarang ni.
Kenapalah aku lambat?
Last sekali rugi ...

Tapi aku bukanlah jenis orang,
Yang hanya tahu puaskan kehendak hati sendiri ..
Namun apa yang perlu someone tahu ..
Aku tak mahu engkau merintih ..

Cukuplah bagi aku ..
Asal kau gembira ..
Akhirnya aku juga kan bahagia ..
Aku tak pernah marah , cuma aku sedih ..

Apepon biarlah aku camni,
Daripada melihat someone pening memikirkan apa yang terbaik ..
Kataku sebagai orang yang terakhir ..
I love you always :-)


Friday, 20 January 2012

Friday, 13 January 2012

Trouble Night

Malam ni, aku takde ape nak buat  ..
Dah ler plan nak lepak, tetiba member aku kata tak jadi ..
Then, bila usyar-usyar pemandangan malam  ..
Aku dapat tengok wayang free dari sebuah kereta depan rumah aku ..

Ini yang buat darah abang lan mendidih ni ..
Berani betul honeymoon dalam kereta ..
Depan rumah aku pulak ..
Pikir bapak aku buat sewa bilik ker depan rumah ..

Terus laaa aku naik HONDA ex5 aku tu..
Dan block kereta dia..
Sampai-sampai je terus aku ketuk tingkap .. dah macam penguatkuasa JAIM dah.
Tengok-tengok ada couple Cina tengah berlakon opera..
Tapi kali ni dalam kereta jer..
Budget tak cukup, penonton takde .
So training dalam kereta jelah

Dah suruh keluar kereta tapi takmo ,
Lepas tu dengan selamber je nak cabut lari ..
Aku ni plak baik hati ...
Berbekalkan helmet dan kekeringan hati ,
Aku hempuk kereta dia sekuat ati ..


P/S : rasanya aku dah cipta masalah lagi..

wait ... 'they' will come and catch you.