Monday, 28 November 2011

Pulau Besar , Melaka

Makam Sultan Ariffin (gambar lama)


Pulau Besar adalah merupakan sebuah tempat yang banyak dikaitkan dengan kisah mistik dan lagendanya. Ianya merupakan satu tempat yang bersejarah khususnya dengan kisah awal penyebaran Agama Islam dinusantara. Ianya menjadi daya tarikan pelancong dalam dan luar negara. Kini, Kerajaan Negeri Melaka sedang membina sebuah muzium yang memaparkan kisah-kisah awal dan lagenda Pulau Besar. Muzium Pulau Besar ini dijangka akan dibuka pada penghujung tahun ini. Perbadanan Muzium Negeri Melaka (PERZIM )juga telah mengambil alih dan membaik pulih beberapa buah makam di pulau ini. 



Aku merupakan salah seorang yang boleh dikira sebagai sukarelawan yang bertugas menjaga kubur panjang di Pulau Besar ini. Kira bekerja di bawah MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA lah .. Rata-rata pengunjung yang datang ke pulau ini bukan sekadar mereka yang beragama Islam malahan dari pelbagai lapisan masyarakat termasuk Cina dan India juga selalu menziarahi tempat ini. Pernah tak korang melihat orang Cina atau India datang berdoa ke kubur orang Islam ? Di pulau ini, korang boleh lihat bermacam bangsa yang datang dan bukan setakat pengunjung dari Malaysia, malahan dari Indonesia, Singapore, India, Pakistan dan bermacam-macam lagi yang datang semata-mata untuk menziarahi makam Sultanul Ariffin Sheikh Ismail.

Sultanul Ariffin Sheikh Ismail

Nama sebenar Sultanul Aarifeen ialah Sheikh Ismail Abdul Qadir (qaddasallahu sirrahu). Beliau adalah keturunan yang ke 18 Rasullullah (S.A.W) dari nasab keturunan Saidina Hassan (r.a). Beliau juga adalah merupakan cicit kepada Sultanul Aulia Sheikh Abdul Qadir Jailani. Sultanul Ariffin adalah nama yang digelarkan oleh orang ramai terhadap Sheikh Ismail Abdul Qadir. Gelaran tersebut membawa maksud 'Penghulu Orang-Orang Yang Arif'. Sheikh Ismail Abdul Qadir telah dilahirkan pada 17 Rabiul Awal tahun 867H di Baghdad. Bapanya bernama Sheikh Abdul Qadir dan ibunya bernama As Sayyidah Fatimah.
Beliau mempunyai ilmu yang tinggi dalam islam. Menurut riwayat sewaktu beliau ke Madinah menziarah makam Nabi, beliau telah didatangi satu suara yang menyuruh beliau mengembangkan ilmu Islam di kepulauan Jawa. Sebagai seorang yang taat kepada agama beliau menunaikannya dan beliau telah mengembara dan akhirnya tiba di Pulau Besar bersama-sama dengan 43 orang ahli dalam kumpulannya. Di antara orang yang penting dalam kumpulan itu ialah gurunya Sheikh Yusuf Siddiq dan saudaranya Sheikh Ibrahim Abdul Qadir.
Di Pulau Besar ilmunya telah berkembang luas dan beliau mempunyai pengikut yang sangat ramai. Sultanul Ariffin telah meninggal dunia pada 17 Rabiul Awal tahun 925H ketika beliau berusia 58 tahun. Selain dari beliau, di situ juga termakam antara 41 hingga 43 orang pengikut-pengikut beliau yang lain. Beliau mempunyai seorang anak lelaki dan 2 orang anak perempuan.
Sehingga kini makam Sultanul Ariffin terus menjadi tumpuan dan diziarahi oleh orang ramai.


Makam Sultan Ariffin (gambar baru)


Pengalaman 

Sepanjang pengalaman aku bekerja membuka dan menutup pintu makam ini, berbagai pengalaman yang aku lalui. Paling ketara yang aku lihat adalah perkara yang berkaitan dengan KHURAFAT . Mana tidaknya , kebanyakan orang yang datang ke sini ada nazar masing-masing. Tak kurang juga yang menurun ilmu . Kalau yang meminta nombor ekor pon ada juga . Yang mencuri pasir kubur untuk dijadikan ubat pon ada . Yang masuk kawasan makam sehingga taknak keluar pon ada .. yang nak sembahyang menghadap kubur pon ada juga. Ini baru sebahagian perkara pelik yang aku lalui sepanjang bekerja kat sini . Asalkan mereka dapat lakukan mereka nak lakukan, apepon mereka sanggup. Tapi, apa yang paling menyedihkan ialah kebanyakan khurafat ini berlaku di kalangan orang-orang Islam. Apabila ditegur, mereka mempertikaikan kita . Tahulah mereka belajar agama tinggi . tapi kalau dah sampai sembah kubur ape kes ? Sometimes aku jadi fobia nak tegur mereka-mereka yang kelihatan seperti orang-orang alim. Kerja sebagai penjaga makam ini sememangnya mencabar kerana aku akan berhadapan dengan orang yang mempunyai ilmu yang tinggi , orang yang fanatik terhadap amalan khurafat dan ilmu perbomohan. Silap-silap hari bulan , dengan aku sekali dibuaatnya.

Kemuncak kepada kesabaran aku berlaku pada petang tadi sekitar pukul 4 apabila aku diarahkan mengunci pintu makam dan tiba-tiba datangnya puak-puak yang mempunyai ketua yang digelar 'SYEIKH' memohon agar aku membenarkan mereka masuk ke dalam. Sedangkan pada ketika itu aku harus prepare untuk solat Asar . Aku berikan mereka peluang untuk menziarahi makam tersebut namun seperti yang dijangka, mereka tak mahu keluar . 

Dan apabila aku berkali-kali memohon mereka keluar dengan menyentuh bahu salah seorang daripada pengunjung tu, terus dia macam tak sedarkan diri dan nak serang aku. Wahhh.. time tu terkejut juga aku . Tapi aku memang dah tahu kerja aku kat situ adalah untuk BERTEKAK dan bersedia untuk BERTUMBUK sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini . Namun, orang tu tetap tak mahu mengikut arahan dan membuatkan aku naik angin laa .. Then, tetiba member aku lak jeritkan dia dan dia terus terperanjat dan tak jadi serang aku. Sempat juga orang tu cakap " YOU SYAITON " pada aku . Pehhh geram beb..Ikutkan hati aku nak gak lepuk . Tapi kebetulan kawan-kawan dia ada kat situ minta maaf sebab kawannya itu terlalu taksub bila dapat masuk menziarahi makam ini .. 


Apepon, inilah cerita aku .. inilah kerja aku .. :-) 



3 comments:

zareliqa afiqa said...

weee~ jadi sukarelawan eh? kitew ni nama jek orang melaka.tp pulau besar ni pun lum pegi lagi.kalau pulau langkawi tu ada lar.heee :D

mR.aSLaN said...

@zareliqa afiqa ha`ah lebih kurang begitulah :-) heee.. aler pulau besar bkn ada pemandangan yg indah2 pon..tu yg awk tak p tu..hhuhuhuh

Nana Leina said...

berapa lama jd volunteer kat situ? sana xpenah smpai lngsung.. xtahu pulak wujud..hohohoh