Wednesday, 30 November 2011

Panggilan Misteri

Puihh .. tension betul aku kalau citer pasal telefon / handphone ni ..
Sejak beberapa bulan lalu, hidup aku asyik dihantui oleh satu nombor yang tidak dikenali ..

Bayangkanlah, SETIAP BULAN dia akan call ..
Masalahnya, setiap kali dia call aku tak sempat angkat sebab time busy ...
Ataupun time aku angkat call , dia pulak letak ..

Jenis aku ni pulak, kalau ada nombor pelik-pelik mesti aku save agar aku tahu dia penah call aku ...

Then tiba-tiba satu hari tu aku dapat angkat call dia


*** Tut tut *** tut tut .. siak ah handphone tak boleh pakai tone Selena Gomez 


Aku pon angkat laa.. sambil menjawab "Assalamualaikum" dengan suara macho-macho alang dengan harapan awek la yang call aku, secara tak langsung boleh eratkan silaturahim sesama insan ..

Sekali dia terus cakap " Bila kau nak balik kampung ni? lama benar kau tak balik "  ....

Aduh .. suara macam Atok aku , tapi atok aku dah lama dah kembali ke rahmatullah ..
Time tu, kepala otak aku blur kejap. mana taknya .. aku pon duduk kat kampung ..so nak balik kampung mana lagi? nak kata bini punya kampung, kawin pon tak lagi ..

Nak jadikan aku tension, pakcik ni macam tak percaya yang aku bukan anak dia ...

Puas aku terangkan pada pakcik tu yang dia salah nombor . Tapi dia takmo dengar ..
Sampai aku terpaksa minta dia pass kan phone dia pada bini dia..

Aku : Makcik, pakcik ni selalu sangat salah call saya makcik ... saya tengah busy ni bla bla bla *** konon-konon busy padahal da tension cakap dengan pakcik yang sountrouble sikit ni .

Makcik : Oh yeke? maaf yer nak. pakcik tu nak sangat cakap dengan anak dia.

Aku : Cik minta la anak atau cik dailkan nombor anak acik tu, jadi takdelah silap-silap call lagi.
Makcik : Ok. lain kali makcik dailkan .. maaf sangat-sangat yer... bla bla bla...


Then aku pon letakkan telefon dengan harapan pakcik tu tak silap call lagi ...



                                                 ---- TAMAT ----



Dan pagi tadi waktu aku tengah tido ....

 *** TUT TUT *** TUT TUT ***
*** TUT TUT *** TUT TUT ***
*** TUT TUT *** TUT TUT ***

dalam hati aku "eh pakcik ni memang takbulih buat apo ah"

Lupa pulak nak tunjuk phone aku ...




4 comments:

♛RaRa♛ said...

HAHAHA,pak cik tuh peminat aslan lah tuh..kemain ;p

mR.aSLaN said...

aler, pakcik2 minat aslan wat mende..
lain la awek2 yg 4/5 tahun umur atas cik rara peminat aslan.. baru rasa sonok :-)
btw, rara takde kakak ke utk diperkenalkan kepada abg?

♛RaRa♛ said...

adoiii.pakcik tuh berkenan nak wat menantu?haishh mana tahu kan.Muehehe
HAHA kakak?dah kahwennnn dah awal tahun ari tuh.;p

mR.aSLaN said...

ala xnk r..
ank pkcik tu x cun
klu rara pnya akak cun r..
padan r dgn kite yg encem ni