Wednesday, 30 November 2011

Panggilan Misteri

Puihh .. tension betul aku kalau citer pasal telefon / handphone ni ..
Sejak beberapa bulan lalu, hidup aku asyik dihantui oleh satu nombor yang tidak dikenali ..

Bayangkanlah, SETIAP BULAN dia akan call ..
Masalahnya, setiap kali dia call aku tak sempat angkat sebab time busy ...
Ataupun time aku angkat call , dia pulak letak ..

Jenis aku ni pulak, kalau ada nombor pelik-pelik mesti aku save agar aku tahu dia penah call aku ...

Then tiba-tiba satu hari tu aku dapat angkat call dia


*** Tut tut *** tut tut .. siak ah handphone tak boleh pakai tone Selena Gomez 


Aku pon angkat laa.. sambil menjawab "Assalamualaikum" dengan suara macho-macho alang dengan harapan awek la yang call aku, secara tak langsung boleh eratkan silaturahim sesama insan ..

Sekali dia terus cakap " Bila kau nak balik kampung ni? lama benar kau tak balik "  ....

Aduh .. suara macam Atok aku , tapi atok aku dah lama dah kembali ke rahmatullah ..
Time tu, kepala otak aku blur kejap. mana taknya .. aku pon duduk kat kampung ..so nak balik kampung mana lagi? nak kata bini punya kampung, kawin pon tak lagi ..

Nak jadikan aku tension, pakcik ni macam tak percaya yang aku bukan anak dia ...

Puas aku terangkan pada pakcik tu yang dia salah nombor . Tapi dia takmo dengar ..
Sampai aku terpaksa minta dia pass kan phone dia pada bini dia..

Aku : Makcik, pakcik ni selalu sangat salah call saya makcik ... saya tengah busy ni bla bla bla *** konon-konon busy padahal da tension cakap dengan pakcik yang sountrouble sikit ni .

Makcik : Oh yeke? maaf yer nak. pakcik tu nak sangat cakap dengan anak dia.

Aku : Cik minta la anak atau cik dailkan nombor anak acik tu, jadi takdelah silap-silap call lagi.
Makcik : Ok. lain kali makcik dailkan .. maaf sangat-sangat yer... bla bla bla...


Then aku pon letakkan telefon dengan harapan pakcik tu tak silap call lagi ...



                                                 ---- TAMAT ----



Dan pagi tadi waktu aku tengah tido ....

 *** TUT TUT *** TUT TUT ***
*** TUT TUT *** TUT TUT ***
*** TUT TUT *** TUT TUT ***

dalam hati aku "eh pakcik ni memang takbulih buat apo ah"

Lupa pulak nak tunjuk phone aku ...




Monday, 28 November 2011

My New Belog Design

Assalamualaikum ...
Sekarang kalau boleh nak minta pendapat kawan-kawan mengenai apa yang perlu aku ubah tambah buang ape-ape function kat blog aku.
Sebabnya ?

Dan kalau nak tau, dulu blog aku gelap je beb ...
dan ada header yang tak kemas langsung sebab aku memang bukan orang seni ..

header hitam, gitar hitam , kot hitam . blog aku penuh dengan hitam

Aku ni memang tak pandai bab susun-susun ...
then, takmo la blog aku ni nampak serabut dan kelam ...
SO, DORA ... I NEED YOUR HELP.

Pulau Besar , Melaka

Makam Sultan Ariffin (gambar lama)


Pulau Besar adalah merupakan sebuah tempat yang banyak dikaitkan dengan kisah mistik dan lagendanya. Ianya merupakan satu tempat yang bersejarah khususnya dengan kisah awal penyebaran Agama Islam dinusantara. Ianya menjadi daya tarikan pelancong dalam dan luar negara. Kini, Kerajaan Negeri Melaka sedang membina sebuah muzium yang memaparkan kisah-kisah awal dan lagenda Pulau Besar. Muzium Pulau Besar ini dijangka akan dibuka pada penghujung tahun ini. Perbadanan Muzium Negeri Melaka (PERZIM )juga telah mengambil alih dan membaik pulih beberapa buah makam di pulau ini. 



Aku merupakan salah seorang yang boleh dikira sebagai sukarelawan yang bertugas menjaga kubur panjang di Pulau Besar ini. Kira bekerja di bawah MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA lah .. Rata-rata pengunjung yang datang ke pulau ini bukan sekadar mereka yang beragama Islam malahan dari pelbagai lapisan masyarakat termasuk Cina dan India juga selalu menziarahi tempat ini. Pernah tak korang melihat orang Cina atau India datang berdoa ke kubur orang Islam ? Di pulau ini, korang boleh lihat bermacam bangsa yang datang dan bukan setakat pengunjung dari Malaysia, malahan dari Indonesia, Singapore, India, Pakistan dan bermacam-macam lagi yang datang semata-mata untuk menziarahi makam Sultanul Ariffin Sheikh Ismail.

Sultanul Ariffin Sheikh Ismail

Nama sebenar Sultanul Aarifeen ialah Sheikh Ismail Abdul Qadir (qaddasallahu sirrahu). Beliau adalah keturunan yang ke 18 Rasullullah (S.A.W) dari nasab keturunan Saidina Hassan (r.a). Beliau juga adalah merupakan cicit kepada Sultanul Aulia Sheikh Abdul Qadir Jailani. Sultanul Ariffin adalah nama yang digelarkan oleh orang ramai terhadap Sheikh Ismail Abdul Qadir. Gelaran tersebut membawa maksud 'Penghulu Orang-Orang Yang Arif'. Sheikh Ismail Abdul Qadir telah dilahirkan pada 17 Rabiul Awal tahun 867H di Baghdad. Bapanya bernama Sheikh Abdul Qadir dan ibunya bernama As Sayyidah Fatimah.
Beliau mempunyai ilmu yang tinggi dalam islam. Menurut riwayat sewaktu beliau ke Madinah menziarah makam Nabi, beliau telah didatangi satu suara yang menyuruh beliau mengembangkan ilmu Islam di kepulauan Jawa. Sebagai seorang yang taat kepada agama beliau menunaikannya dan beliau telah mengembara dan akhirnya tiba di Pulau Besar bersama-sama dengan 43 orang ahli dalam kumpulannya. Di antara orang yang penting dalam kumpulan itu ialah gurunya Sheikh Yusuf Siddiq dan saudaranya Sheikh Ibrahim Abdul Qadir.
Di Pulau Besar ilmunya telah berkembang luas dan beliau mempunyai pengikut yang sangat ramai. Sultanul Ariffin telah meninggal dunia pada 17 Rabiul Awal tahun 925H ketika beliau berusia 58 tahun. Selain dari beliau, di situ juga termakam antara 41 hingga 43 orang pengikut-pengikut beliau yang lain. Beliau mempunyai seorang anak lelaki dan 2 orang anak perempuan.
Sehingga kini makam Sultanul Ariffin terus menjadi tumpuan dan diziarahi oleh orang ramai.


Makam Sultan Ariffin (gambar baru)


Pengalaman 

Sepanjang pengalaman aku bekerja membuka dan menutup pintu makam ini, berbagai pengalaman yang aku lalui. Paling ketara yang aku lihat adalah perkara yang berkaitan dengan KHURAFAT . Mana tidaknya , kebanyakan orang yang datang ke sini ada nazar masing-masing. Tak kurang juga yang menurun ilmu . Kalau yang meminta nombor ekor pon ada juga . Yang mencuri pasir kubur untuk dijadikan ubat pon ada . Yang masuk kawasan makam sehingga taknak keluar pon ada .. yang nak sembahyang menghadap kubur pon ada juga. Ini baru sebahagian perkara pelik yang aku lalui sepanjang bekerja kat sini . Asalkan mereka dapat lakukan mereka nak lakukan, apepon mereka sanggup. Tapi, apa yang paling menyedihkan ialah kebanyakan khurafat ini berlaku di kalangan orang-orang Islam. Apabila ditegur, mereka mempertikaikan kita . Tahulah mereka belajar agama tinggi . tapi kalau dah sampai sembah kubur ape kes ? Sometimes aku jadi fobia nak tegur mereka-mereka yang kelihatan seperti orang-orang alim. Kerja sebagai penjaga makam ini sememangnya mencabar kerana aku akan berhadapan dengan orang yang mempunyai ilmu yang tinggi , orang yang fanatik terhadap amalan khurafat dan ilmu perbomohan. Silap-silap hari bulan , dengan aku sekali dibuaatnya.

Kemuncak kepada kesabaran aku berlaku pada petang tadi sekitar pukul 4 apabila aku diarahkan mengunci pintu makam dan tiba-tiba datangnya puak-puak yang mempunyai ketua yang digelar 'SYEIKH' memohon agar aku membenarkan mereka masuk ke dalam. Sedangkan pada ketika itu aku harus prepare untuk solat Asar . Aku berikan mereka peluang untuk menziarahi makam tersebut namun seperti yang dijangka, mereka tak mahu keluar . 

Dan apabila aku berkali-kali memohon mereka keluar dengan menyentuh bahu salah seorang daripada pengunjung tu, terus dia macam tak sedarkan diri dan nak serang aku. Wahhh.. time tu terkejut juga aku . Tapi aku memang dah tahu kerja aku kat situ adalah untuk BERTEKAK dan bersedia untuk BERTUMBUK sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini . Namun, orang tu tetap tak mahu mengikut arahan dan membuatkan aku naik angin laa .. Then, tetiba member aku lak jeritkan dia dan dia terus terperanjat dan tak jadi serang aku. Sempat juga orang tu cakap " YOU SYAITON " pada aku . Pehhh geram beb..Ikutkan hati aku nak gak lepuk . Tapi kebetulan kawan-kawan dia ada kat situ minta maaf sebab kawannya itu terlalu taksub bila dapat masuk menziarahi makam ini .. 


Apepon, inilah cerita aku .. inilah kerja aku .. :-) 



Sunday, 27 November 2011

Followers Box Dimansuhkan

Assalamualaikum ...
Bertitik-tolak daripada posting lepas mengenai Blog Follower VS Blog Reader , post kali ini ada la kaitan sikit dengan blog followers iaitu mengenai followers widget ...
Sejak semalam aku ada baca mengenai widget ni akan dimansuhkan dan digantikan dengan Goole Plus .  
Aku pon tak pasti sama ada ini betul-betul ataupun cobaan. 

Apepon, bila cerita begini tersebar, ia secara tak langsung menunjukkan bilangan blog follower yang ramai tu bukan penting sangat pon. 
Tersenyum aku dibuatnya sebab post aku sebelum ni yang tak sokong langsung blog followers sebab ramai sangat yang folllow membabi buta. Mana taknyer, kenal blogger tu dah tentu tak, baca penulisan dia pon tak .. komen pon tak .. main ikut je .. kang kene culik sapa nak jawab?  

TQ korang sebab follow aku.:-)

Walaupun aku tak sokong  blog followers semata-mata, tak bermakna aku tak suka function blog followers ni.
Bila ada benda tu, kira nampak la juga ada orang melawat blog aku.
Takdelah nampak blog aku macam tak pernah ada orang melawat.


(p/s : Kalau widget ni dibuang, rugi gak aku . Semalam aku dapat lebih daripada 25 orang followers tanpa perlu sibuk blogwalking pon . keh3.)

Friday, 25 November 2011

Blog Followers VS Blog Readers


Assalamualaikum ...
Actually, tajuk ini dah lama aku tulis namun tak pernah dipublishkan .
Namun, aku publishkan setelah membaca kat blog Zareliqa . 
Tujuan aku bukan nak masuk contest tapi saje-saje nak share apa yang aku fikir.

Kali ni nak cerita pasal pandangan aku mengenai blogging.
Ia berkaitan dengan elemen penting yang membuatkan blogger seronok untuk terus berblogging..
Elemen yang aku maksudkan ini ialah blog follower dan blog reader.
Seriously, aku tak pernah pon buat blogwalking untuk mendapatkan follower tetapi hanya akan blogwalking sekiranya terdapat blogwalking yang 'matang' dengan memberikan komen terhadap posting aku.
Dari aspek blog follower, aku gunakan prinsip sekiranya korang follow aku, aku PASTI akan follow kau.  
Dari aspek blog reader pula, sekiranya korang komen post aku .. SEMESTINYA aku juga akan komen post korang. Dari situ aku tahu korang telah membaca post aku.


NAJWA LATIFF


Dan aku blogging ni pon saje suka-suka dan bukan untuk jadi famous guy macam Najwa Latif :-))
Ataupun menjadi famous blogger macam WanCikguMuzik ataupun Fatin Liyana (hanya mengenali beliau setelah membaca di blog wancikgumuzik setelah cikgu ni ada la lepak-lepak kat blog aku setahun sekali) :-) HaHaHahah.

Tidak dapat dinafikan bila blog follower ramai ataupun visitor yang ramai buatkan hati ni seronok je kan. Income pon tinggi dan hati pon girang jer. Namun, blog follower ramai belum tentu lagi menunjukkan mereka akan pandang dan beri perhatian pada blog anda.
Tetapi sekiranya blog reader korang ramai, (dikira melalui berapa banyak Like, atau Comment), ia sekaligus menunjukkan post yang dibuat oleh anda disukai atau menjadi perhatian  blog reader lain.  Takkanlah orang like atau komen posting korang tanpa baca isi kandungan posting tu kan ..

Aku pon selalu baca pro and kontra mengenai blog follower yang ramai ataupun blog reader  ..
Dan kebanyakan daripada mereka lebih suka sekiranya ramai follower.
Pada pemerhatian aku, most of blog follower ni, follow gitu-gitu jer .. tak mengenal atara satu sama lain pon. Silap-silap bila terlanggar bahu pon korang kutuk-kutuk dalam blog, padahal orang yang kau langgar tu blogger yang top gak. Kalau dibandingkan zaman main mIRC , siap buat gathering untuk mengenali antara satu sama lain. 

Pada aku, untuk mendapat blog follower beribu-ribu orang, budak tingkatan 1 pon boleh buat . Hanya pergi di shoutbox blog orang lain dan tulis " i follow " (mcm Salleh Yaakob plak).
Tapi, untuk mendapatkan 100 comment (diyakini betul-betul membaca post korang) Ia SANGAT SUKAR. 

Try fikir, apa guna kalau ramai blog follower sekiranya blog reader takde?
Kau tak rasa sakit hati ke, maigrain ke ataupun sakit-sakit sendi?
Ataupun blog follower ramai, tapi visitor online ada 1 jer ..
Macam syok sendiri je kan ..
Pada aku, biarlah follower tak ramai , namun setiap post ada dapat comment.

Contoh jer .. jangan marah yer tuan blog :-)

Disini aku memang nak kata BLOG READERs adalah lebih penting yang mana sekiranya follower tak ramai, blog anda tetap tidak akan sunyi sekiranya penulisan yang dibuat itu sentiasa dibaca, dikomen dan mendapat respon oleh pengunjung.

Namun untuk mendapat respon dari blog reader, semua ini bergantung kepada blog contain.
Maksudnya, apakah topik yang dibicarakan di dalam sesebuah blog.
Dan macam masa aku sekolah dulu la .... mak aku selalu pesan :
" pergi sekolah tak payah hensem-hensem, janji belajar pandai .. jangan pakai cantik-cantik tapi otak kosong"
Ayat tu memang maksud mendalam kalau dinilai dari mana-mana aspek pon.
Kalaulah aku tak ikut kata-kata mak aku, mesti otak aku takkan berisi.
Yang berisi hanya badan je.. bukan setakat berisi, berlemak, dan ber ape ape lagi lah..
Begitu juga dengan blog, sekiranya isi kandungan pon tak menarik, serupalah macam tin kosong .
Ketuk berbunyi tapi korang nak ker beli susu tapi dapat tin sahaja?

Bagi blogger macam aku yang asyik post topik seperti menulis diari yang mana ia lebih terarah kepada privasi, susah la juga orang nak komen sebab tukang komen pon bukan kenal peribadi kita macam mana. Tapi ia lebih terarah untuk sharing dan bukan untuk memaksa orang membaca dan follow .

Tetapi, ada juga blog yang suka dilawati sebab blog dia cantik :-)
Kalau dibandingkan dengan blog aku, memang jauh beza la kan.
Cuma sekarang ni aku ada gak la kawan yang komen post aku (terima kasih yer sebab tak buat aku kelihatan syok sendiri :-))

Berbalik cerita pasal blog follower VS blog reader.. aku rasa faktor utama yang boleh meramaikan follower adalah melalui post yang menarik. Tak perlu promote kat shoutbox pon tetap boleh dikenali sekiranya orang enjoy membaca posting korang.

Cuma aku tak sokong blogwalking hanya untuk tambah follower sedangkan orang tak penah pon baca blog atau tinggalkan satu komen pada blog kau ..

Sekian :-)

Wednesday, 23 November 2011

~ Update Blog



Aku sebenarnya dah lama bercadang untuk renovate blog ni.. huhuh ..
Untuk hari ni, aku tambah la satu tab untuk sesiapa yang nak tinggalkan url blog diorang untuk aku follow ..
Tapi mana cukup beb .. banyak lagi kena ubah untuk blog ni ..


Tapi masalah yang hadapi ada seperti berikut (ceh macam ayat exam plak) ...


1 - aku takmau la guna template orang , tapi tak pandai la pulak buat sendiri :-) .. baca coding skit je paham
2 - aku ni buta wara sebab aku mmg tak pandai giler nak main colour untuk kasi blog nampak cantik , kemas teratur ;-)
3 - bila tukar template , apa yang aku setting seperti facebook comment pon hilang .. aku lemah betul nak setting balik sebab makan masa gak walaupun seminit :-))


So, inilah blog aku yang tengah berserabut . Gelap , suram tak ceria langsung .. tapi aku suka giler kot pada warna hitam ... jadi perlukan masa untuk ubah balik blog ni kasi nampak lagi baik ..

Tuesday, 22 November 2011

Indonesia Kalah Lagi ( Bolasepak Sukan SEA )




Pehhh..mesti pelik apehal lak tetiba gambar camni..
Bersempena dengan kekalahan garuda, ni la gambar yang terbaik untuk gambarkan kekalah diorang :-))
Btw, apa yang boleh digambarkan dengan Garuda dan Harimau???
Garuda ni, walaupun boleh terbang tinggi, hebat di udara,
Harimau plak, memang pemangsa yang gagah di darat .
Jadi bila garuda turun ke tanah dan , habislah dibaham harimau beb ..
Tulah, da kabau dah... kan dah kene ngappp:-)
HaHaHaHa .. seronok .. puas menjerit malam ni .. kebetulan pula jiran depan rumah ni warga Indonesia .. 

1st goal Indonesia, diorang jerit punya la suka ... kite yang Malaysia ni diam jelah :-)
tapi mujurlah Harimau membuktikan yang mereka juga mampu memburu pemangsa yang 'gagah' di angkasa ;-) kah3.. gelak lagi ... :-)

Apepon jaringan Badrol memang baik ar.. 
Sebab jaringannya memang akan buatkan goal keeper Indonesia frust seumur idup dia kot .. 
Dan tak kurang kepada Fakri yang teruk gile dikritik ... 
HuUuUu .. apepon Malaysia dah menang .. !!!
Kesan daripada tengok bola malam ni, aku dah pening kepala kaw-kaw punya sebab jerit tak henti2 .. 
hUhUhUhUh


Thursday, 17 November 2011

SabaU jelah !

Rekod 9tahun menjadi rider berhemah aku harini tercemar ...
Semuanya disebabkan sorang uncle cina ni yang sesuka hati je cilok tanpa melihat ke kiri dan kanan ..
Akibatnya aku pon bertempur la dengan dia atas jalan ..
Tapi yg perasan sblom eksiden ngan dia tu, aku sempat jerit lagi ... 
Dan sebabkan terperanjat  dengan jeritan aku tu pon dia sempat tekan brek , kalau tak memang kami bertaburan dilenyek kete kot. 

Alhamdulillah ler semuanya selamat, hanya tangan dan kaki aku je sakit sebab terhentak dengan motor dia
Kalau aku tak sembat brek emergency, rasanya ....................................... 

Dan kalau orang yang dah buat salah , cepat² lah angkat tangan atau minta maaf..
Selamatlah tadi, uncle tu cepat minta maaf ..
Kalau tak memang dah kene cium dah .... :-)
Apepon , jangan marah² ..  dugaaan semua tu ...

P/s : Mood : tengah sapu ubat :-))

Jalur Gemilang VERSI Indon ..

Petang tadi, aku sempat la tengok² TV3 Siaran Langsung Sukan SEA XXVI ..
Dan kebetulan masa tengok tu, pengacara pon kata penganjuran oleh Indonesia dikira OK ..dan bukannya nak cari kesalahan tapi pihak penganjur ni memang amnesia aku rasa ....
Sebabnya , PATUTKAH terjadi apabila bendera Malaysia hilang satu jalur ?
Ataupun 1 Jalur yang hilang tu adalah untuk menunjukkan 1 negeri kat Malaysia dah keluar dari Malaysia?
Pelik sungguh ..
Contoh la kalau bendera Malaysia yang hilang 1 jalur akan jadi pelik begini ..


Bendera ni sangat sensitif yang mana ia adalah simbol negara ..
Takkanlah mat indon tu main buat je bendera Malaysia ikut suka dia?
Benda ni nampak kecik je , tapi sebenarnya kesan dia besar ..
Jangan buat loklak  benda camni ...

Orang Malaysia ni cukup bertoleransi kalau dibandingkan dengan Indonesia ..
Kalau diorang, baru dengar khabar angin pasal Malaysia .. dah serbu kedutaan Malaysia, g lempar taik la ..
Tapi kita, walaupun orang buat macam² tapi masih boleh bersabar ..
Apepon setengah jam je lagi yop pasukan bolasepak Malaysia lawan Indon !!
Kite layan BELANDA CELUP !!!

Monday, 14 November 2011

Cemburu pada status FB korang

Kata orang tua² zaman dulu kala ..
Cemburu tu tanda sayang ..
Tapi aku tak rasa pon ..
Sebabnya aku cemburu kot tengok status facebook kawan² ..
Sebabnya ............
Bila tak puas hati, tulis facebook .. marah tulis kat facebook... gembira apetah lagi ..
Bergasak nak update status ...
Dan kalau aku pulak , kala update status, tak berapa minit kemudian mesti remove balik ..
Ntah .. kadang² bila datang kepala gile tu post la ape yg aku fikir ..
Then berapa minit kemudian, baca balik status tu rasa macam bodoh n tak matang lak ..

Ada gak bila update status tu, sembang nak top saje ..
Asik² cerita pasal pakwe atau makwe ..
Padahal sekolah pon tak abis ..
Malulah sikit nak bercerita pasal benda camni dekat umum .. dah ler haram pastu nak bangga² lg .. buduh tol


Bagi mereka yang suka update status facebook untuk tujuan luah perasaan , sila tengok gambar di bawah ni !!!



Apepon memang betul ... facebook sekarang selalu diguna untuk aibkan orang ..
Kalaulah seseorang tu baik, dia takkan mengaibkan orang lain ... Inikan pula ramai boleh membacanya ..
Jadi, kalau korang tengok sesiap suka memburuk²kan orang dengan tujuan nak malukan orang ..
Maka dengan tanpa segan silu kau patut cakap " lu busuk punya olang .. sambil berak boleh makan "

Last skali ...
Terbaek Ustaz Azhar ! .. ustaz mmg uptodate ... :-)


Sunday, 13 November 2011

Bangunan Merah ( Stadhuys ) & Melaka River Cruise

Sempena kedatangan Dayat ke Melaka untuk menghilangkan kegagalan otaknya berfunsi dengan baik, aku pon plan la satu benda untuk buatkan dia gembira .. Maklumlah aku ni kan pakar motivasti untuk dia .. ampeh !!!
so kami g jalan2 di Stadhuys dan Melaka River Cruise dan berlagak la macam pelancong sambil bawak kamera untuk amik gambar ..

1st time jalan² sambil bergambar kat area sini

Aku saje amik gambar dia berlatarbelakangkan jam agar dia hargai masa

Sini laa Melaka River Cruise



Nak jugak ke?
Ni apetah nama dia ..
Dataran Quayside
Kincir Air Zaman Kesultanan Melayu Melaka
Dah seronok kan ?

Tak Habis Lagi ... bersambung lak sesi kedua .... KAROKkkk


Tak habis nyanyi lagi dah abis record video .. sebabnya bateri habislah .. rugi ! kalau tak boleh antar kat Warner Music ke , Sony BMG ..takpelah .. mungkin rezeki kami untuk jadi artis takde ..:-))

Thursday, 10 November 2011

Bila Aku Bosan 1


Jika kita perlu membayar untuk nyawa ini, maka takkan ada seorang pun yang mampu membayaranya,
Jika udara yang dihirup ini mempunyai nilai , maka takkan ada seorang pun yang mampu membelinya,
Dan jika kita tahu bahawa diri ini tidak mampu untuk apapun, mengapa kita sering meminta lebih bahkan tidak layak untuk kita miliki,
Dan bila permintaan itu tidak dipenuhi, mengapa kita sering mencari sesuatu untuk menjawab setiap persoalan yang timbul dihati.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
aku tak tau la ape yg aku tulis,
tapi saje suka² tulis time aku boring²


Monday, 7 November 2011

Aidiladha

Assalamualaikum ..
Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua ..
Btw , raya tahun ni cuma sembelih 3 ekor lembu jer :-)

Asah Pisau

Mangsa



tERbaEk kot sHow aku jatuhkan lembu pakai tangan jer:-)
heheh .. apepon, don't try this at home :-)