Saturday 22 October 2011

Jenis-jenis manusia

Mana topeng yang korang pakai setiap hari?

Nombor 1 : Orang yang rasa hidup dia sentiasa susah dan sedih. Mereka lebih emo dan fikir macam².   Kadang² kita jadi serba salah bila nak bercakap dengan dia. Bagi kawan kepada orang yang macam ni, kenalah pandai pilih perkataan yang sesuai dan cara bercakap kena betul agar tak buatkan dia salah faham. Tapi bagi orang macam ni, kenalah pandai bawa diri juga. Tak boleh terlalu ikutkan perasaan dan menunjukkan diri tengah ada masalah. Kadang² masalah tu tak besar dan tak penting pon. Tapi dia yg menjadikan benda itu bermasalah. Bagi orang macam ni, ingat²lah berat mana masalah pon , byk² ingat pada DIA. Kita tak boleh terlalu sedih bila hadapi kesusahan kerana mungkin selepas itu akan datangnya perkara-perkara yang menggembirakan dalam hidup korang.

Nombor 2 : Orang yang rasa hidup dia sentiasa senang dan gembira. Hidup enjoy sentiasa and gelak jer kan .. Orang camni pon nampak seronok jer. Bagi orang macam ni pula, tak bolehlah terlalu gembira takut² nanti diri tu tak ready untuk menghadapi kesusahan. Gembiranya hidup dia sampai kadang² orang pelik bila tengok dia sentiasa happy go jer , apa rahsianya . Tapi jangan lak korang fikir orang happy go ni takde masalah. Mesti ada masalah punya, tapi pandai manage masalah dia. TAPI .. ada juga orang yang happy ni, sebenarnya dia simpan lebih banyak beban kat kepala dia daripada orang lain. Orang yang buat orang lain gembira tu selalu hidupnya lebih sedih daripada orang lain. Bagi orang macam ni, dia akan rasa gembira kalau dapat buat orang ketawa dan gembira. Kepada korang yang ada kawan² camni, hargailah dia sebab dia orang yang akan selalu menceriakan kau.

Nombor 3 : Orang yang hidupnya mendatar je. Ni orang kata macam takde perasaan pon ada. Relax jer dan muka dia tak boleh ekspresikan apa² perasaan. Yang nampak sikit riak muka dia kalau time tengah bingung. Mungkin sbb dia tak tau apa nak buat bila dah bingung, jadi muka pon jadi pelik . Bab marah ke, gembira ke, dia cool jer. Kadang² orang hidup mendatar ni sempoi gak kan . Dia tak serabut kepala fikir macam² dan idup macam biasa.. Hidup dia ibarat keretapi atas landasan . Ikut je landasan tu tak payah nak lap kiri kanan macam motor.


KORANG PULAK TERLETAK PADA KATEGORI YANG MANA?

4 comments:

Unknown said...

kadang-kadang boleh jadi macam nom 1 kadg2 jadi macam nom 3.. tapi biasanya nom 3.tapikan.. (*argh sudah banyak tapi2nya.. hahaha) lebih banyak rasanya yg nom 1 dri 3

aSLaN said...

kenapa sllu sedih plak??

Unknown said...

em.. i dont know sir.. hati mcm tisu..so kalau nak ckp kena tapis2.. mcm gitulah

aSLaN said...

kenapa? isk3..
jgn pk sedih je
sedangkan byk lagi benda awk patut sedih tau..
kat palestin tu,
bdk2 kecik nangis sbb ilang mak ayah
kite ni, idup senang..takkan la asik sedih jer..