Saturday 22 October 2011

Pro dan Kontra Mengenai Muammar Gaddafi

Salam ..
Kat sini aku nak postkan mengenai apa arwah ni.
Mungkin ada yang kita tahu dan tidak tahu mengenai arwah ni.
Dan kebanyakan daripada kita banyak diberitahu pasal keburukan dia,
Tapi kebaikan dia memang tidak banyak didengari ..
Tak tahu betul atau tak, tapi try la baca² ..

Muammar Gadaffi



Daripada blog Zulkifli Nordin  
Cuba mike tengok apa yang tidak kenanya dengan Kerajaan Libya dibawah pimpinan Mua'mar Al Qaddafi:

1. Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun Bank masing-masing. Tak payah nak tuntut royalti dah! Ini juga amalan Kerajaan Emirat Arab Bersatu yang memperuntukkan didalam Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya!

2. Cukai pendapatan paling maksimum pun hanya 12%;

3. Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah/ riba';

4. Qaddafi bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Qaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa punya rumah, dan Qaddafi serta anak isterinya masih duduk didalam khemah;

5.Di Libya tidak ada rumah yang dipajak;

6. Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma;

7. Tidak ada bil elektrik di Libya;

8. Pendidikan adalah percuma;

9. Kemudahan perubatan adalah percuma;

10. Tiap pasangan pengantin baru mendapat peruntukkan one-off payment berjumlah 6,000-00 dinar daripada Kerajaan;

11. Harga gas terlalu murah pada nilai 12 cents per liter;

12. Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah;

13. satu sistem pengairan dan saliran yang hebat dibina untuk mengujudkan kawasan pertanian yang membebaskan Libya daripada pergantungan kepada sumber makanan luar;

14. Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding dengan negara Afrika yang lain.

15 Kebanyakan sekim kesihatan umum, pendidikan dan minyak dibawah subsidi kerajaan.

16. Libya mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggi;

17. Kadar celik ilmu adalah 90% (sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Qaddafi terhadap Raja Idris kadar celik-ilmu hanyalah 10%);

18. Kurang daripada 5% penduduk yang kelaparan/ tanpa rumah; satu jumlah yang jauh daripada Amerika Syarikat;

19. Apabila berlaku kenaikan harga makanan, Qaddafi menghapuskan semua cukai atas makanan;

Sebenarnya Qaddafi berjaya membawa rakyat dan negara Libya kepada tahap yang hebat tanpa bergantung dan menjadi hamba kepada tamaddun dan cengkaman Barat dan Yahudi zionis la'natullah. Sebenarnya apa yang dibawa oleh Qaddafi adalah ciri-ciri sebuah negara kebajikan yang berteraskan kepada Islam tanpa tunduk na'am kepada kafir harbi dan musuh-musuh Islam. Qaddafi boleh membuatkan Barat ketar lutut kepada kekuatan ekonomi negaranya!

Malahan Qaddafi mula menuntut Barat supaya membayar pembelian minyak dengan emas. Sudah tentu Amerika Syarikat, Barat dan Yahudi Zionis la'natullah tidak bersetuju kerana mereka tidak mempunyai simpanan emas yang mencukup untuk membayarnya. Malah matawang mereka kini hanyalah cetakan atas kertas sahaja.

 Dan daripada Metro harini :

Gaddafi juga akan diingat sebagai tokoh yang suka melakukan perkara pelik.
Laman sesawang ABCNews.com menyenaraikan tujuh keanehan utama yang dilakukan Gaddafi.

Khemah kalis peluru: Ketika berada di Tripoli, Gaddafi tinggal dalam kubu dilengkapi dengan rangkaian sistem terowong untuk menyelamatkan diri.

Apabila berkunjung ke luar negara, tokoh berdarah Badwi itu membawa bersamanya khemah untuk dipasang di tempat difikirkan sesuai.

Disebabkan set khemah kalis peluru itu terlalu berat, ia terpaksa diangkut menggunakan pesawat berasingan yang mengiringi ke mana saja Gaddafi pergi.

Untuk menghidupkan suasana padang pasir, dia juga menambat seekor dua unta di luar khemahnya.

Pengawal anak dara: Nampaknya pengawal ini tiada ketika mereka sangat diperlukan apabila Gaddafi ditangkap kelmarin, tetapi biasanya tokoh itu dikelilingi 40 anggota terlatih sepanjang masa.Digelar sebagai Amazon, pengawal wanita itu dilaporkan semuanya masih dara dan mereka berikrar mempertahankannya sebelum menyertai pasukan berkenaan.
Dilatih di sebuah pusat latihan wanita, pengawal terbabit dipilih sendiri oleh Gaddafi dan mengenakan mekap, kasut but bertumit tinggi.

Jururawat seksi: Selama sedekad, seorang jururawat Ukraine, Galyna Kolotnytska, sering dilihat berada di sisi Gaddafi.

Digambarkan sebagai mempunyai bentuk badan mengghairahkan, Galyna didakwa seorang daripada pembantu paling dipercayai Gaddafi dan dipercayai menjalin hubungan romantik dengan diktator terbabit.

Sejumlah jururawat Ukraine turut berkhidmat untuk Gaddafi dan mereka memanggilnya dengan gelaran “papa”atau “daddy”.

Jatuh hati kepada Condoleezza Rice: Pada 2007, Gaddafi menggelar bekas Setiausaha Negara AS itu sebagai “wanita kulit hitam Afrika yang dikasihi.”

Ketika Condoleezza melawat Tripoli pada 2008, Gaddafi memberikan pelbagai hadiah bernilai AS$200,000 (RM629,880), termasuk cincin.

Bagaimanapun, minatnya kepada wanita itu hanya terbongkar selepas pemberontak menawan Tripoli.

Antara barangan yang ditemui di situ, satu album mengandungi puluhan gambar Condoleezza.

Takut menaiki pesawat dan lif: Antara alasan Gaddafi gemar membawa bersamanya khemah jika ke tempat lain adalah kerana bimbang terpaksa menggunakan lif untuk menginap di hotel.

Melalui kabel diplomatik yang bocor, Gaddafi juga tidak suka berada di tempat tinggi dan enggan terbang lebih dari lapan jam.

Jika perlu menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Gaddafi akan singgah bermalam di Portugal.

Had maksimum anak tangga yang mahu dinaikinya hanyalah 35 langkah.

Bunga Bunga: Pada 2010, satu daripada aktiviti masa lapang Gaddafi didedahkan melalui laporan pendakwa Itali yang menyiasat salah laku Perdana Menteri Silvio Berlusconi.

Menurut laporan, pelacur berusia 17 tahun yang dilanggan Berlusconi, Karima el-Magroug, mendakwa
Perdana Menteri Itali itu mengaku “menggunakan formula Gaddafi” ketika mereka berfoya-foya.

Pakaian aneh: Ketika pemimpin negara berbaris untuk bergambar bersama, amat mudah mengenali Gaddafi kerana pemilihan pakaiannya yang berbeza daripada yang lain.

Biasanya, Gaddafi mengenakan pakaian khas yang direka hasil gabungan di antara seragam tentera yang diubah suai dengan tradisi Badwi Afrika. - ABC

Ntah . korang baca jelah .. 
Mana betul mana salah pon tak pasti
 

0 comments: