Then dalam kerja satu lagi tak berkenan teman tengok ialah pakai kabel ataupun "orang yang membantu orang dengan cara yang salah" . Tak dinafikan kabel ni memang penting .. yelah... ia digunakan untuk menyambungkan arus elektrik untuk kegunaan kita.. tapi dalam konteks yg teman citer ni, ni kabel durjana ni.. Dulu otak aku pon pikir lah juga nak apply kerja dengan bantuan kabel . Lepas tu , teringat kat sorang member yg sanggup la jadi kerani biasa sebab dia cakap tak suka la nak guna kabel. Mungkin disebabkan tu la aku ni start la tak ske kabel. Sebab² aku fikir kenapa tak perlu kabel ialah disebabkan rezeki tu milik Allah. Tapi dari aspek teknikalnya, aku fikir kenapa mesti aku guna kabel . Kenapa mesti masuk dalam golongan orang yang dianggap salah guna kuasa ? Aku penat kot masuk kelas Integriti masa sem 5 tapi last² aku pon langgar benda ni ..
Aku ada gak borak ngan member kampung aku pasal nak apply kerja kat Syarikat $&%#% Negeri tercinta yg permai lagi banyak hutang ni .. Dia cakap tak payah ler kau apply lan , kalau kau taik kabel , kerja kau tarik kabel, baru kau apply kerja kat situ ..Pastu aku bayangkan la.. taik kabel camne siot ... yang tarik kabel lak camne.. pastu aku terjumpa pic kat bawah ni .. mungkin ker camni? Hah .. korang bayang sendiri laaa erkk~
Akhir kata , apalah erti rezeki , status dan pangkat yang kita dapat bukan dengan cara yang betul. Nak bangga dengan titik peluh sendiri pon takboleh gak .. malahan akan dipertikaikan oleh orang jer ..
0 comments:
Post a Comment