Thursday, 6 December 2012

Bila Takde Kerja ...

Company tempat aku kerja ni , bukan calang-calang la ..
Anak syarikat kerajaan negeri ...
Projek pon juta-juta ..
Kira company untung dan takkan rugi lah


Tapi sedihnya ...
Tugas dan kerja aku pon bleh bertukar-tukar ..


Bila pekerja cukup , inilah kerja aku ..
 
Tapi bila tak cukup pekerja ... Ini pulak la kerja aku ...




So, start dari sekarang baru aku faham ..
Betapa sakitnya,penatnya bila kerja bahagian menjaga kebersihan ..
Setakat ulat-ulat ni .. hari-hari hadap ..
Hari-hari cuci jamban ..
Tapi takpe, aku percaya akan sampai rezeki itu suatu hari nanti ..

Tapi, aku juga dah buktikan pada diorang ..
Walaupun aku belajar tinggi sikit jer,
Tapi aku bukan gedik-gedik tak boleh buat kerja tu ...
Dan aku bukan demand ..


p/s : Lebih best sorang-sorang kerja dalam hutan

Friday, 23 November 2012

Muhammad Atif' Videos




Taman Botanikal Hutan Rekreasi Ayer Keroh

Hi ..
Sebelum ini aku hanya pernah jogging area Taman Botanikal Ayer Keroh, Melaka
Tapi sekarang aku kerja dan diletakkan kat area situ ..
Btw, sakit jiwa jugalah..
Sebabnya " terlalu sunyii "
Tak sama dengan kepala aku yang suka hingar-bingar

Btw, ini la tempatnya ..



Sekiranya ada sakit jantung , darah tinggi dan darah gemuruh, anda digalakkan untuk naik Titian Silara ini :D


Dan, sebenarnya banyak juga kemudahan dan pembangunan yang ada dekat area situ ..
Sampaikan rasa semakin kurang hutannya ..
Tapi enviroment kawasan ini sangat sesuai untuk beriadah ..


Dan untuk kaki runner juga,
Taman Botanikal Ayer Keroh ni juga, sangat best untuk buat LSD ...
Inilah tempat bagi aku buat LSD bersama rakan-rakan bila ada event 21k ke atas :-)


Wednesday, 21 November 2012

Larian Kitar Semula

Larian kitar semula 2012..
1st time join dan kebanyakan rakan runners tak join sebab dah tahu ianya pasti akan bermula LAMBAT
Dapat aturcara majlis tulis 7.30 pagi ..
Tapi ... start lari pukul 9.05 pagi ..
Bayangkanlah .. tak pernah aku start jogging pukul 9 ..
Selalunya pon tamat jogging pukul 8.45 pagi.
Hanya sekali je pukul 9 still lari .. Masa lari 30km pacesatters :-))

Memang cuaca pon dah panas,
Hati pon boleh tahan panas...
Tapi tak kisahlah .
Apapun enjoy pada hari itu bersama rakan-rakan ..


Dah nama pon larian sampah, kenalah bergambar dengan tong sampah ..:-)
Ok, there have another kerja gila yang aku dan Huri buat untuk kali ini ...


 Yeah .. pakai kain pelikat sudah :-)
 Sebab niat pon nak suka-suka, so buat jelah style fun run :)
 Serius susah giler nak lari.
 Lepastu bila kain dah basah, lagi lah berat :-))
 Tapi, bro sebelah aku ni hebat kot.. dapat medal lg.. no 18
 Kami dapat memotong geng-geng pakai tee Powerman lagi .. huhuhu




Walaupun lari dalam panas, tapi takpelah.. suka-suka.. enjoy :D


Monday, 29 October 2012

Pacesetters 30KM Back to Basic (3rd marathon)

Actually ni bukan competition/race ..
But i take it as a competition to challenge myself ..
Saje nak kasi cantik turutan maraton yg aku joinn
Dan akhirnya lengkap mengikut susunan


1st - 16.8km Adidas King Of The Road

2nd - 21km  Putrajaya Night Run
3rd - 30km Pacesetters Back to Basic


Dan ternyata kita boleh lakukannya sekiranya betul-betul ada target :D
Walaupun sakit tak terkata nak memanjat Bukit Tungku , Hartamas dan Jalan Duta



Mak aih senyum kot lari 30k . 

Ketika perjalanan, tiba-tiba ada SANTA CLAUS  potong aku dari belakang ..
Lama kami fight-fight dan adegan potong memotong berlaku..
Huhuhu..
Then, kami berhenti and take picture sekejap :D


Ha ni la Santa Claus yang dimaksudkan :D
lol uncle oliver
HuhU.. salute to him ..
kerana semangat beliau ..
Sakit-sakit jugak la nak mengejar dan dikejar uncle oliver.

Lastly, benda paling ditunggu ...

Ape lagi, kalau bukan finisher tee...
But, little bit frust laa..
Kenapa 30km tu tulisannya kecil bonar kan ...
Tak macam vest/baju finisher 30km dulu ..
Sedih :-(

NEXT RUN --> 42.195KM ( tak register PIBM sebab 3/4month ago, aku agak takut bila dengar nk lari 42k .. )

Putrajaya Night Marathon 2012 (2nd marathon)

My 2nd marathon ..
and i ran 21km (20/9/2012)



With Malacca Skyhawk Marathon members
My 1st FINISHER tee:-)



NEXT RUN --> (3rd marathon : 30KM PACESETTERS BACK TO BASIC)

Tuesday, 11 September 2012

Adidas King Of The Road 2012

Salam / Hi..
Baru tamat AKOTR2012


Then ni gambar semasa larian

Orang dah nak start lari 16.8K aku boleh amik gambar lagi tu ..





For more pics, visit http://www.flickr.com/photos/akotr2012/page1


NEXT : PUTRAJAYA NIGHT RUN 2012


Thursday, 26 April 2012

MIM Graduates Programme (Part II) - Citer sedih


Actually aku ni kira beruntung ..
Meskipun aku takde gf yang supportaik , tapi aku ada member yang sangat supportive..
Bukan setakat member aku, mak dan adik dia pon support kot ..
Meh tengok sikit


Ok..
Last day kursus,
Kami dikehendaki melakukan public sleeping ..
But it's not public skeeping
Eh!  public speaking laaaa ngek!
Tu la awok dah pesan,
Betapa pentingnya English Education .

I'm shy +  nervous la bila time nak g berceramah kat depan
Ada member dapat tajuk yang sempoi seperti family
Tapi ada gak yang susah macam Johan dapat..

Btw, bila aku ?

Tajuk : If you have a chance to live another week. Choose someone and what you want to tell him/her ..



Adoi.. ni yang dah nak bermula drama melayu arahan Rosyam Nor ni..
1st skali dalam otak aku, just nak buat something yang santai-santai jer ..
Itu yang merepek kata menghidap kanser tahap ke 17 la ..
Tapi, bila fokus balik pada tajuk asal (sbb takde idea n spontan) ,
Terus mood aku bertukar kot ..
TERcerita pasal kisah cinta yang tak kesampaian ~

Seriously, tak rancang pon nak cakap pasal benda ni
Sebab hati aku ni ada satu je , dah terluka pon .
So, bila aku cerita pasal tu balik, sakitlah kembali..
Tapi takpelah :)

Saya suka pada awak,Dan ....Saya tahu awak juga sukakan saya ,Tapi saya terlambat meluahkan perasaan saya ,Dan ...Awak dah ada boyfrieng...Takpe ..Saya tak kisah sekiranya tak dapat meluahkan pada awak..Sebab saya tak nak serabutkan perhubungan awk ..Cuma saya ada something nak kasi tau..

SAYA SAYANG PADA AWAK ..
Andai awak berada di tempat saya ..Ada 1 minggu utk hidup lagi,Dan menghidap kanser tahap ke 17,Saya sanggup gantikan diri ini .
Asalkan saya tahu awak gembira !


Lebih kurang beginilah cerita asal & skrip rekaan aku ..
Time tu otak aku kosong ... aku pon tak tau nak cakap ape.. melayang ...
Ketika itulah nampak Ms. Irene dah pegang loceng Itik untuk menandakan masa dah cukup 2 minit..

Bilik Balkis 4 yang mulanya hingar bingar bising dengan bunyi kenderaan yang lalu lalang kini bertukar menjadi suram, ibarat funfair yang tak fun ..

Then, aku dapat beberapa feedback ..........

Umai #Sumpahtakkelakar
Shaky #TQ .. ayat kamu pon touching .. terharu i..
Liza #Apekehe ada gambar air mata lagi tuu :-)
Lain-lain #tak tau siapa korang..tapi tQ tauu!!!-) 


Dan ...
Ini pula daripada Juri Yang tidak bias ~
Sawleraaaa Sameon

Orang tengah sebak takkan nak suara kuat2 plak!!! eee jahat


Then ...Rini ialah Peserta public sleeping selepas aku..
Kali ini, beliau bukan sahaja membuat public sleeping, malahan beliau juga turut membuat pementasan teater ..

Tengah dia bercerita, tiba-tiba .....
Menangis ....(ah berag ni)
Dalam hati aku berkata " mesti dia citer dari pengalaman dia juga "
Sampaikan tiba-tiba je ada mamat jual tisu datang ulurkan tisu kat dia ..

Tiba-tiba dengar Rini cakap  " RINI NANGIS SEBAB CERITA ASLAN "
Dalam hati aku cakap " nak cover laaaa tuu "
Apekehe plak nangis pasal citer aku..
Esok tu Umai suruh aku tengok kat twitter
Cehhh kira Umai la pencetus aku untuk tweet2 ni
Then nampak tweet rini




Huih ~ pendengar setia ni ..
Bagus adik ni..
Kalau aku ada company, nak amik pekerja gini ..
Dengar kata orang .. amik berat lagi tu yg sampai nangis2..


############# END OF MIM CLASS ####################

CINTA SAMPAI, BERBALAS TIDAK

Bercerita pasal cinta , aku dah malas dahhh ..
Sebab?
Mari kita explore pengalaman sedey akuu ..
1st ex aku ..
Kami break lepas 4 tahun kawan ..
Alasan : laki tu kerja technician n dah establish ..
So, aku tak boleh nak lawan dah laaa sbb aku jobless(padahal tengah study baru sem 3)..

2nd girl  : She's only my friend ..
Satu kepala, gila gila
We know each other for 1 more years ..
Tak pernah beritahu yang aku suka pada dia..
Tapi ada sekali tu terlepas cakap ..
And sangat terperanjat yang dia cakap " Kenapalah awak lambat cakap dengan saya "
Sebab aku rasa dia takkan pandang kat aku pon

But now, dia ada bf ..
So, tarik diri adalah jalan yg terbaik..
Tapi, confius juga aku..
Dia selalu ajak aku keluar ..
Aku ok aje kalau dia rasa nak keluar ..
Tapi, setiap kali janji untuk keluar ..
Janji deal itu berakhir hanya tinggal deal..

Dengan dia je aku dah deal 3 kali untuk jumpa ..
1st time , beria-ia la nak jumpa..
Minta confirmkan sebelum pukul 4 sama ada jadi ke tak ..
Disebabkan aku taknak dia menunggu, aku gerak dulu..
Dah sampai kot kat sini ;




Tetiba ...
Nak dekat pukul 6 baru reply msg ..
Itu pon reply perkataan " X " (#sumpahtakkelakar)

2nd deal utk keluar ..
Plan tengok TITANIC 3D beb ..
Terbaek punya, tengok movie sambil pakai cemin mata kot..suwit laaaa
Macam biasalah, confirmation date dia langgar ..
3/4 ari kemudian baru contact kata dia ada masalah..
Dan dia tanya " amboi garang .. marah ke? " (#untunglar aku ni tak reti marah)
P/S : saya faham 1 mesej bersamaan dengan rm50 atau 1min call = rm100 ..

3rd deal ..
Kali ni aku pula saja ajak keluar ..
Kebetulan time tu aku bosan gile time tengah kursus MIM jugak ..
Semuanya berjalan dengan lancar jee ..
Tiba-tiba.. bila aku baru nak bersiap..
Tet tettt ... mesej masuk
"Salam, **** rasa tak dapat keluar hari ini. hurm "
(#sumpahtakkelakar + #untunglar .. knp tak cakap je tahun depan baru boleh keluar)
Yeahh! terbaik utk kali ke 3 :-)

But aku still maafkan dia ...
Sebab tu aku still stay KL ..
Tapi, selepas 3x apa yang berlaku ni ..
Aku tak marahkan kau..
Just aku fikir semuanya salah aku
Sebab biarkan perkara ini berlaku ...

So, ianya berakhir dengan kesedihan .. bertepatan dengan tema public sleeping aku..


########### END OF CINTA SAMPAI BERBALAS TIDAK #############



PUBLIC SPEAKING VS REAL LIFE ...

Berbalik kepada tajuk public sleeping aku..


If you have a chance to live another week. Choose someone and what you want to tell him/her ..
Aku asyik bermain-main la dengan perkataan tu ...
Nak dijadikan citer,

1st skali tangan patung Sakuragi Hanamichi yang ada kat kunci motor aku tu tercabut,
Demm.. petanda tak baik...
Camne nak main bakSETball kalau tangan sbelah takde?

Malam Esoknyer pula aku ride motor pergi Kajang ..
Nak terpelosok bawah kete kenari ..
Lagi seram siot .. Taknak la aku eksiden-eksiden..
Biarlah mati dalam keadaan solat ke, berzanji ke , marhaban ke.. mudarabah ke..ataupun Munakahat

Latest, pagi esoknya pula, aku tertido dalam pukul 10-10.30 pagi..
Seram siot tido siang..
Aku mimpi yang aku ni dikuburkan ....(tapi idup lagi) , but aku boleh tengok atas ..
Nampak alam kat luar, tapi tak boleh keluar sebab dihempap dengan batu dan tanah..
Seram giler kot.......

#### SUMPAH CUAK ####

Moral of this story :
1. Kepala pening sebab cerita bercampur-campur .. sumpah ahmad idham ataupun mamat khalid muntah kuning nak arahkan drama berpandukan novel aku ni
2. Mesti asertif !
3. Apa-apa jelah yang kau suka!

Bye~

#Bapakpanjanggilerakubuangmasataipbendani ......

end of luahan hati dari mohdaslanalias


Wednesday, 25 April 2012

MIM Graduates Programme (Part 1)

Yauu .
Lama tak update , bizi sangat teman ni !
Tapi untuk cerita pasal MIM ni, aku nak buat 2 post ..
So, harap-harap MIM akan bayar Royalti la ..

Btw, thanks Rizalzzzz sebab PAKSA aku join program MIM Graduates Programme dari 9-22 April 2012
Thanks juga pada kerajaan Selangor sebab ada buat program macam ni
p/s : kat melaka sibuk berparti je .. 

Sebenarnya aku sendiri pon tak penah dengar ape menatang MIM ni ...
Lepas dipaksa join atau dijoinkan program yang dianjurkan MIMpi ni, aku pon pergilah..
Penat kot ride moto dari Melaka ke KL
Then bila dah pergi, Alhamdulillah la.. banyak yang aku belajar..
Sumpah tak kelakar kalau aku cakap otak aku baru tumbuh lepas TERjoin program ni ..

Masa 1st day class, aku masuk bilik dlu.
Tetiba ada mat saleh dalam room hotel aku...
Siap tolong bukakan pintu lagi (coz aku tak reti swap card kad kredit kat pintu)
Dalam kepala aku dah terfikir ;

" Gile ah, program ni hebat betul sampai omputeh pon join , ntah dari U mana la omputeh ni datang"

Rupenye, omputeh tu boleh kecek ganu ..(blur kejap)
Dush dush .. sumpah tak kelakar, itulah cara perkenalan aku dengan Johan

Ok, setiap perkara yg kita lakukan mesti ada kebaikan..
Dan disebabkan ada kebaikan , tak dinafikan ada juga keburukan..
Adoi bahasa tinggi aku guna..
Sebenarnya, nak gitau ...
Banyak perkara aku baru belajar kat sini
Contohnya

Perkara Baik 


+ trainer ajar bahasa Omputeh yang diMalaysiakan iaitu : DOUBLE INVITATION ...
+ dapat ilmu
+ cara buat resume
+ communication skills.. dan lain-lain la yang tak dapat dituliskan satu persatu..
+ mandi kat swimming pool free ..sllu berkubang je kat lopak air depan rumah..itu pon tunggu hujan baru ada air...
+ makan 5x sehari, semayang je sllu tak ckup 5x sehari


PERKARA NEGATIF YANG  MERUNTUHKAN AKHLAK  AKU
+ Belajar linguistik pelik dari Umai iaitu :    Untunglar .......
Seharian aku guna utk tweet ....
hmm..untunglah da start main twitter ..


Tak habis takat itu yer tuan tuan dan puan-puan ,
Umai juga mempengaruhi aku dengan mengajar aku perkara negatif kedua ...
Sumpah Tak Kelakar ... 
Penggunaan ayat ini sangat kompleks dan seringkali menganggu perasaan mangsa.
Sampaikan aku tak boleh nak tumpukan perhatian ketika belajar disebabkan kata-kata puitis Umai tu.

Oklah..dah banyak merepek ..
So, awok nak letak gambor pulok!

TAK UNTUNG!!! Frust!

Bangunan Pihak Musuh

Hasil daripada Ir. SAWL , Ir. Syafiq dan Ir. Fa .. I'M JUST THE OBSERVER :-)
Eh Cha! lu apahai? apa buat dalam ini belog? 
Yang paling KIRI tu lahh KETUA kepada segala masalah , tengah ni pembantu tadbir dia.. yg kanan skali dia punya cashier
btw, LAWA juga aku bila bergambar dengan korang yang kacak ni kan

                                     

Gymnastrada? Gymrama atau Gymnasium? atau GMI ?
# untunglah kaki ke atas kepala ke bawah ..
Kalau kat rumah, selalu buat dalam mesin basuh sebab tu lah tempat berair yang paling dalam
Saya Menang MotoOoOoooO
Ni la yang aku dapat ! cuma sekeping kertas !
Tapi disebaliknya, ilmu yang membuak-buak dalam kepala..
Mencurah-curah ke ladang gandum dan jadilah ...
Apollo Roka



                                                        ### END OF PART 1 ### 


p/s : sapa kata boleh komen kalau takde gmail? pakai je nama ANONYMOUS  , terus boleh komen



Thursday, 22 March 2012

Everything about Infant Jesus Convent


Akhirnya .. tamat sudah tempoh kerja aku di IJC ..
Seriously, banyak yang aku dapat di situ
1st skali .. aku bukan saja jadi cikgu yang mengajar , malah aku juga belajar daripada diorang ..
Belajar English , belajar cara untuk handle perempuan ..
Maklumlah , kalau sekolah ada student lelaki, marah je boleh la hentam sorang .

Tapi sekolah ni student semuanya  perempuan, 
Jadi tak boleh ada bodycontact (dah macam bolasepak dah) ,
Juga tak boleh cakap lebih-lebih .. kalau tak memang parents mengadu lah ..
Ada sekali tu, aku TERmarah seorang pelajar sebab bising .. 
Menangis terus .. (ceh takut juga dia dengan aslan yang comel ni )
Tapi .. aku pon cuak juga time tu, 
Tapi berbekalkan wajah yg tak berapa hensem dan keyakinan diri , 
Aku gagahkan juga hati ini untuk belagak macho dan tak takut..

Belum lagi cerita pasal aku bertekak dengan pelajar,
Seriously, memang bertekak tapi langsung takde perasaan marah ..
Rasa funny giler .. sebab aku ni masuk je kepala dengan mana-mana student, 
Tapi dia plak boleh tak puas hati dengan aku.
Spoil :-)

Pastu, satu contoh yang terbaik aku dapat dari student ..
Yang boleh dikatakan tak pernah aku jumpa..
Try tengok gambar bawah ni

P/S : patutlah anak Cina ramai yang berjaya .. rajin betul Yan Lin!


Disebabkan pelajar dah rajin .. guru pon kenalah rajin
So i prove it with this picture :-)
HuhU . tak tido malam tanda semua buku untuk dihantar kepada HEP .


Then .. Bukan itu sajer yang ingin ditonjolkan ...
Kali ni aku tunjukkan kehebatan aku ..


Tengok? Nicole Ann David pon aku ajar ..
Pandai gak budaknyer ...
Tapi , masih ada lagi satu kejutan ...
Nicole Ann David terkenal kat Malaysia je ..
Tapi orang ni, sebut nama je .. satu dunia kenal ...


Nampak?
Anak Batman tau aku ajar ...
Tapi ni abang kepada Batman .. namanya Bateman
Ok dah lah pasal batman tu..

Then, kali ni juga aku tunjukkan kepakaran aku lah erk!
Kali ni memasak ..
Tapi, bukan masak biasa-biasa beb !
Try tengok skit ...




Ni la hasilnya ... peewit ..  :-) 
Rasa macam funny kot ..
Buat chocolate kasi pada orang ..
But i choose to give it to budak poyo .. lalala

Lastly ...
Tak lupa kepada geng-geng tingkatan 3 yang tak berapa centre ;-) ..
Then pada kelas yang saya tak ajar
Walaupun saya tak ajar awak pon awak leh join venture beli hadiah erk?
Siap melibatkan form 1 lagi ..
Hehehe ..
 ..
TQ yer ...
Untuk pengikat perut yang kome belikan saya :-)
Agar saya semakin selim dan diminati



Sumpah terharu :-)


I WILL MISS ALL ABOUT IJC
TQ :-)

Tuesday, 20 March 2012

LARIAN MESRA PDRM 2012

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai larian PDRM pada 24/4/2012 bolehlah print borang ini dan serahkannya selewat-lewatnya pada hari larian.




Wednesday, 15 February 2012

New LiFe ..

Assalamualaikum Wbt ..
Lately, busy giler kerja diplus-plus dengan tiada mood untuk berinternet , aku pon jarang online ..
Rutin harian aku iaitu berjogging pon terganggu disebabkan dah start bekerja ..
Tapi macam biasa, kerja kontrak² je .. tak lama pon ..
Jadilah untuk anak bini makan kira ok lah tu :-)

Muka cikgu yang suci ..

Sekarang ni aku jadi cikgu di SMK Infant Jesus Convent di Melaka ..
Sekul budak pempuan tuu ....
Awek bersepah :-) cakap je nak Melayu, Cina, India, Serani pon ada sehh ...
Apepon seronok juga di sekolah tu walaupun cikgu lelaki Melayu ada la 5 orang ( semua da 40+)


Pengalaman yang paling tak seronok bila aku masuk form 3 ..
Ada sorang minah ni, dia masuk lambat .. so tak taulah aku ni bukan jenis serius..
So, nak dijadikan cerita ... dia tetiba emosional bila aku mengata kelas dia tak OK.
Sampai bertekak dengan dia .. So start daripada tu, asal siapa degil je aku ugut nak demerit ..
Dan-dan time tu jugak budak ni jadi baik.

Anak-anak buah :-)

So, bila dah bekerja ni.. jadual jadi pack ..
Letih giler...
Tapi aku try juga spend time untuk jogging ..
Sesekali free, boleh la nak blogging juga .. 
Tapi seriously macam tak sempat jer..
So, update benda yang berkisar dengan life seharian jelah untuk release stress :-)

Bila duduk sekolah yang penuh dengan perempuan..
Teruk jugak aku kene usik ..
Soalan basic , "ada awek"
Gasaknyer itu soalan untuk aku ..
Awek takde , mencari pon tak .. 
Aku ni ...
Hanya menunggu saje mana yang sudi ... :-)