Saturday, 21 May 2011

Malu vs Tak Malu...

" Malu adalah sebahagian daripada Iman " . Biasa dengar perkataan ni tapi tak pernah pulak kita cuba faham dan mengerti . Malu ni ada yang positif dan ada yang negatif. Tapi kalau pada waktu sekarang, perasaan malu ni adalah cenderung kepada perkara yang negatif. Kalau kita sedar, banyak kebaikan akan timbul bila seseorang itu mempunyai sifat pemalu. So ni yg aku lihat dari kaca mata aku(walaupun aku tak pakai spek)

1st , kita lihat kepada girl la yg tak bertudung, baju n suar sendat macam ape ntah tu kan . Pengalaman aku ada member² bagitahu yg pakwe dia suruh tukar style dress-up .. dari pakai baju kurung kepada yg ranggi sikit. Aku cakap kau fikirlah, kalau dia sayang kau,takkan la dia nk suh kau buka tudung n 'open house' lak . Laki ni, dia suka seksi² jer.. Jernih je pandangan mata bila pandang pompuan seksi . Jangan kata budak² muda .. Orang tua pon sama je .. Orang² tua jantan yg tahap monopause dan expired tu pon sama sebokk laaa nak tengok. Kadang² aku nampak orang tua pandang camtu, rasa malu sangat .. nak² time g jogging..amoi² lak pakai seluar pendek yg macam snowcap jer, si Chua, Mutusamy ni relax jer .. tapi si Pak Mamat(bukan nama sebenar) lak yg tak terhingga pandang amoi tu dengan muka yg penuh khusyuk. Adoii aii ... Ok berbalik pada perempuan seksi tu , kalau kau ingat ada pepatah "habis madu sepah dibuang"  .  Kamu tahu ke sepah tu ape? bukan bujang sepah .. bujang sepah boleh wat orang ketawa ..tapi bila perempuan dah dimasukkan dalam kategori sepah tu, paham² la .. harga sama standard je ngan ikan kembung je .. dan lelaki ni pulak , kalau nak awek memang nak yg top (kira yg kaki clubbing lagi dia suka + dgn yg otak open.. so leh lah slalu wat 'open house' utk dia) jer ... tapi bila nak kawin .. nak ker dia cari pompuan macam tu? SORRY to say .. memang takde .. laki jahat mana pon , tak sembahyang ,tak mengaji , buta huruf ker .. paling cikai dia nak peremuan tu mesti baik atau lebih hebat sikit dari dia..takkan dia nak yg lagi rendah IQ dari dia .. dan pada akhir zaman , kuasa memilih perempuan pulak semakin berkurang. maksud aku nisbah perempuan dan lelaki semakin jelas ketara. tu sebabnya ada girl yg sanggup bertumbuk berebut pakwe :-)) .punyalah gaduh tak ingat dunia sampai lebam² ,last² laki tu kawin ngan pompuan lain .. huuUUuu sedey gile☻ ..

Ok . Bab tudung pula .. kadang² masyarakat ni sengal gak .. ada penah aku tengok orang cakap " baik tak payah pakai tudung kalau asik mengumpat " .. Selalu kite sokong pernyataan tu .. Tapi bila fikir balik , kita kena lihat hukum memakai tudung dan juga hukum mengumpat . Allah menyuruh wanita memakai tudung dan melarang kita mengumpat. Dosa tak pakai tudung lain , dosa mengumpat pula lain . Kalau orang cakap baik bukak je tudung  kalau mengumpat , dia dah dapat 2 pakej dosa . Perumpamaan dia aku penah tengok kat Al-Kuliyyah TV3 pasal peranan orang kaya yg suka bantu orang . Mereka suka bersedekah, tapi dalam masa yang sama tak bersolat , berpuasa dan melakukan perkara yang Allah suruh. Jawapannya..Kalau mereka boleh membantu orang, kenapa mereka ni tak boleh bantu diri mereka? Mereka nak bina jambatan akhirat .. tapi tiangnya tiada . tiang tu dari diri sendiri lah maksudnya ...

Aspek percakapan aku tak kisah sangat kalau laki nak cakap ape .. sebab aku tak expect sangat budak laki cakap style sopan takut nanti jadi camni "assalamualaikum ..maaf yer akmal(nama timangan), kiki(nama tertuduh) nak ke tandas sebentar. hope abang tunggu kiki di tepi tu.. jangan tinggal kiki yer.. .PROMISE tauuu! " . yg selalu laa dengar bdk laki cakap perkataan "BABI" .. then ada yg mengadu kawan dia mencarut. aku gelak jer dan cakap "babi tu binatang lah" .. saja bakar darah kan.. heheheh . tapi aku agak kurang seronok bila dengar perempuan cakap benda camtu .. memang la aku akui aku ni kepala gila² . tapi bila perempuan cakap benda yg tak seharusnya diungkapkan mereka, kan jadi cam pelik n rasa cam kasar gile². Try korang yg perempuan fikir, laki ni suka ke kalau dengar suara perempuan kasar² . Dahlah laki suka cakap kasar .. takkan la gf pon nak sama camtu.. Jadi tak seronok. Sebab manusia ni lumrah dia akan pilih yang berlawanan dengan diri dia.. kalau pilih yang sama jer, akan jadi la perempuan bercinta ngan perempuan .. laki bercinta ngan lelaki. So kalau ada isteri tu mulut macam petir , suami tu mulut macam siput jer (bukan siput yg haram tu ler)  ..

Perasaan malu yg dikategorikan sebagai negatif ni lebih kepada mereka yang lemah dalam kebolehan berucap , ataupun dipanggil besuara.  Ingat lagi masa sekolah dulu , cikgu tanya "dalam mulut kamu tu ada emas ker?" . Mungkin disebabkan rasa gugup, cemas , rendah diri dan lain² . Kadang² mereka malas untuk bersuara tetapi idea yang ada di dalam kepala mereka adalah jauh lebih baik daripada mereka yg kuat pot pet pot pet tu .. Benda ni aku pon kena sebab aku pon agak segan nak bercakap di khalayak ramai kerana malas menjadi perhatian orang .. tapi bila aku jadi guru ganti kat SMK Air Molek .. huuUuU .. aku belajar sendiri macam mana nak hadapi keadaan camtu .. agak susah juga .. tapi amat menyeronokkan .. Kadang² aku lagi suka orang yang pemalu nak bercakap ni daripada mereka yg pandai bercakap. Mungkin disebabkan mereka ni tak diajar seperti mana kita diajar dahulu . :-))

0 comments: