Monday, 23 May 2011

Egokah apabila sukar menunjukkan perasaan sebenar?

Bagi korang , korang suka orang yang suka menunjukkan perasaan dia ataupun yg menyembunyikan perasaan diorang ? Sometimes , kalau terlalu menunjukkan perasaan kita pon, nanti orang tengok pon macam meluat ..then bila menyembunyikan pula, nampak jer macam cool ala² pakwe dalam cite Korea .. tapi last² melepas ..

Tak salah kalau kau nak tunjukkan perasan tu, tapi janganlah melampau². Sampai lupa pada batas²nya .. Terutamanya bila tengok budak perempuan yang tergedik² usyar budak laki .. Nama je beragama Islam tapi tak tahu malu. Malu tanda iman. kalau tak malu maka tak ........ Tak tahulah kan, sebab kita ini hidup ni mesti ada rasa malu .. dengan adanya rasa malu, akan lahirnya maruah dan penghormatan.

Yang aku takleh blah bile sorang member girl aku cakap aku ni ego .. ex-roomate aku lagi lah . dia clash ngan awek, nangis² sampai bengkak mata, aku gak pujuk dia kat tepi hutan uum kol 2,3  pagi..  bila aku lak clash, dia lak suh aku nangis kat dia.. argggghhh mana boleh... orang tertentu jer leh dengar aku nangis. hehhehe ... tidak ku terima kata² mereka☻ yelah .. sebab aku fikir ada beberapa perkara aku perlu amik kira bila nak bagitau tentang perasaan ni .. bukan boleh main redah jer .. asal rasa sedih je nak nangis terus, asal suka sikit cakap terus suka .. tapi diri sendiri tak tau betul ker suka, n suka yang macam mana .. kadang² suka biasa-biasa jer.. maklumla .. mata ni dah terpandang yang tu jer kan ...

Pada aku kalau aku suka kat someone , biarlah orang tu wat aku rasa senang .. Bila suka dia, aku tak berubah jadi orang lain dan still jadi diri aku ..kalau berubah jadi lebih baik tu lebih bagus arr kan .. Sebab aku lagi suka la "perasaan bersahaja" dan tidak terlalu formal or yg terlalu serius. sebab aku lagi suka bergurau dari serius . bergurau tu bukan maksud main²kan hati orang la .. tapi maksud aku mengusik orang jer.. aku lagi suka, kalau aku suka orang tu then dia tu kelihatan macam member aku .. sonok gile camtu ... Tapi walaupun camtu , aku tetap risau la kalau aku tunjukkan perasaan sebenar aku pada orang .. kalau dia terima oklah ..kalau dia tolak , maybe jadi segan² kat dia .. then takut gak jadi renggang .. hooO mmg banyak kena ambil kira .. sebab tu aku lagi suka ambil pendekatan tunggu dan lihat jer ☻

Saturday, 21 May 2011

Malu vs Tak Malu...

" Malu adalah sebahagian daripada Iman " . Biasa dengar perkataan ni tapi tak pernah pulak kita cuba faham dan mengerti . Malu ni ada yang positif dan ada yang negatif. Tapi kalau pada waktu sekarang, perasaan malu ni adalah cenderung kepada perkara yang negatif. Kalau kita sedar, banyak kebaikan akan timbul bila seseorang itu mempunyai sifat pemalu. So ni yg aku lihat dari kaca mata aku(walaupun aku tak pakai spek)

1st , kita lihat kepada girl la yg tak bertudung, baju n suar sendat macam ape ntah tu kan . Pengalaman aku ada member² bagitahu yg pakwe dia suruh tukar style dress-up .. dari pakai baju kurung kepada yg ranggi sikit. Aku cakap kau fikirlah, kalau dia sayang kau,takkan la dia nk suh kau buka tudung n 'open house' lak . Laki ni, dia suka seksi² jer.. Jernih je pandangan mata bila pandang pompuan seksi . Jangan kata budak² muda .. Orang tua pon sama je .. Orang² tua jantan yg tahap monopause dan expired tu pon sama sebokk laaa nak tengok. Kadang² aku nampak orang tua pandang camtu, rasa malu sangat .. nak² time g jogging..amoi² lak pakai seluar pendek yg macam snowcap jer, si Chua, Mutusamy ni relax jer .. tapi si Pak Mamat(bukan nama sebenar) lak yg tak terhingga pandang amoi tu dengan muka yg penuh khusyuk. Adoii aii ... Ok berbalik pada perempuan seksi tu , kalau kau ingat ada pepatah "habis madu sepah dibuang"  .  Kamu tahu ke sepah tu ape? bukan bujang sepah .. bujang sepah boleh wat orang ketawa ..tapi bila perempuan dah dimasukkan dalam kategori sepah tu, paham² la .. harga sama standard je ngan ikan kembung je .. dan lelaki ni pulak , kalau nak awek memang nak yg top (kira yg kaki clubbing lagi dia suka + dgn yg otak open.. so leh lah slalu wat 'open house' utk dia) jer ... tapi bila nak kawin .. nak ker dia cari pompuan macam tu? SORRY to say .. memang takde .. laki jahat mana pon , tak sembahyang ,tak mengaji , buta huruf ker .. paling cikai dia nak peremuan tu mesti baik atau lebih hebat sikit dari dia..takkan dia nak yg lagi rendah IQ dari dia .. dan pada akhir zaman , kuasa memilih perempuan pulak semakin berkurang. maksud aku nisbah perempuan dan lelaki semakin jelas ketara. tu sebabnya ada girl yg sanggup bertumbuk berebut pakwe :-)) .punyalah gaduh tak ingat dunia sampai lebam² ,last² laki tu kawin ngan pompuan lain .. huuUUuu sedey gile☻ ..

Ok . Bab tudung pula .. kadang² masyarakat ni sengal gak .. ada penah aku tengok orang cakap " baik tak payah pakai tudung kalau asik mengumpat " .. Selalu kite sokong pernyataan tu .. Tapi bila fikir balik , kita kena lihat hukum memakai tudung dan juga hukum mengumpat . Allah menyuruh wanita memakai tudung dan melarang kita mengumpat. Dosa tak pakai tudung lain , dosa mengumpat pula lain . Kalau orang cakap baik bukak je tudung  kalau mengumpat , dia dah dapat 2 pakej dosa . Perumpamaan dia aku penah tengok kat Al-Kuliyyah TV3 pasal peranan orang kaya yg suka bantu orang . Mereka suka bersedekah, tapi dalam masa yang sama tak bersolat , berpuasa dan melakukan perkara yang Allah suruh. Jawapannya..Kalau mereka boleh membantu orang, kenapa mereka ni tak boleh bantu diri mereka? Mereka nak bina jambatan akhirat .. tapi tiangnya tiada . tiang tu dari diri sendiri lah maksudnya ...

Aspek percakapan aku tak kisah sangat kalau laki nak cakap ape .. sebab aku tak expect sangat budak laki cakap style sopan takut nanti jadi camni "assalamualaikum ..maaf yer akmal(nama timangan), kiki(nama tertuduh) nak ke tandas sebentar. hope abang tunggu kiki di tepi tu.. jangan tinggal kiki yer.. .PROMISE tauuu! " . yg selalu laa dengar bdk laki cakap perkataan "BABI" .. then ada yg mengadu kawan dia mencarut. aku gelak jer dan cakap "babi tu binatang lah" .. saja bakar darah kan.. heheheh . tapi aku agak kurang seronok bila dengar perempuan cakap benda camtu .. memang la aku akui aku ni kepala gila² . tapi bila perempuan cakap benda yg tak seharusnya diungkapkan mereka, kan jadi cam pelik n rasa cam kasar gile². Try korang yg perempuan fikir, laki ni suka ke kalau dengar suara perempuan kasar² . Dahlah laki suka cakap kasar .. takkan la gf pon nak sama camtu.. Jadi tak seronok. Sebab manusia ni lumrah dia akan pilih yang berlawanan dengan diri dia.. kalau pilih yang sama jer, akan jadi la perempuan bercinta ngan perempuan .. laki bercinta ngan lelaki. So kalau ada isteri tu mulut macam petir , suami tu mulut macam siput jer (bukan siput yg haram tu ler)  ..

Perasaan malu yg dikategorikan sebagai negatif ni lebih kepada mereka yang lemah dalam kebolehan berucap , ataupun dipanggil besuara.  Ingat lagi masa sekolah dulu , cikgu tanya "dalam mulut kamu tu ada emas ker?" . Mungkin disebabkan rasa gugup, cemas , rendah diri dan lain² . Kadang² mereka malas untuk bersuara tetapi idea yang ada di dalam kepala mereka adalah jauh lebih baik daripada mereka yg kuat pot pet pot pet tu .. Benda ni aku pon kena sebab aku pon agak segan nak bercakap di khalayak ramai kerana malas menjadi perhatian orang .. tapi bila aku jadi guru ganti kat SMK Air Molek .. huuUuU .. aku belajar sendiri macam mana nak hadapi keadaan camtu .. agak susah juga .. tapi amat menyeronokkan .. Kadang² aku lagi suka orang yang pemalu nak bercakap ni daripada mereka yg pandai bercakap. Mungkin disebabkan mereka ni tak diajar seperti mana kita diajar dahulu . :-))

Thursday, 19 May 2011

Kawan & Tikam Belakang

Agak mengecewakan bila seorang rakan yg agak rapat dengan kau , kira kau rasa dia ni boleh diharap
( kira klu kau mati, awek kau+chips² zynga poker kau tu serah pada jagaan dia la) telah buat something yg kau rasa melebih dari batas persahabatan. Ia dengan mudah dipanggil 'tikam belakang' . Dalam hal ni, aku malas nak tegur perbuatan member camtu. Sebab sepatutnya kita sedar, apa yang kita buat, sama ada baik atau buruk akan beri kesan kepada rakan kita. Tapi dia ni, aku tak tahulah apa yang ada dalam akal minda dia. One more thing, aku tak suka berebut² dengan kawan nak² melibatkan hal hati dan perasaan. Apa yg aku suka, tu la dia suka . Aku selalu ingat , klu kawan punya , jangan cuba try test la .. Kalau tak nnt, jadi perang saudara . Aku pon bukan nak perang pon , tapi aku rasa fed-up la. Apa masalah dia, cite kat aku . Tapi last² dia tikam aku. Mmg aku tak mati , tapi ati ni sakit .. Lepas tu dia text fb aku , hp aku , wat serupa takda apa .. o.k fine maybe dia anggap tiada apa berlaku . Bukan nak panjang cerita , tapi TOLONGLAH , cuba respect sedikit rakan tu.. bukan nak suruh sembah dia pakai colok ker ape , cukuplah sekadar kau menyenangkan hatinya .

Bersahabatlah dengan hatimu terlebih dahulu daripada bersahabat dengan orang lain. "

Wednesday, 18 May 2011

Last step to leaving ..

Sekarang rasanya da banyak tahun gak kerja aku menghadap pc jer .. memang rasa jemu laa.. nak² fb .. kalau ada online pon main poker jelah .. takdelah online sebab terkinje² nak borak dengan orang .. and dalam idup aku jarang la aku online sebab orang .. tetapi SELALUNYA, aku akan stop/offline sebab orang  (mcm deactivate acc) .. Ntah .. semak ~ .. lagipon kerja aku online fb pon delete friend jer(tu bagi unwanted @ unimportant @ useless) jarang la nak add friend. Tapi tak bermakna aku ni type of sombong punya olang ...  sebab aku selalu fikir , apa yg aku ada sampai nak sombong² kat orang.. I have nothing pon ..

"kau sama , aku sama . apa lagi yang nak dipertikaikan?"

Tuesday, 17 May 2011

Revolusi chatting dan Friend'ing'

Starting skali aku ingat start bergelumang dengan teknologi ni masa sekolah rendah. Hari² jalan kaki/naik basikal dalam 1km utk main playstation kat kedai uncle tu. sejam bape inggit pon tak ngat dah.tapi time tu takde hal.bulan puasa lagi arr dasyat.. skali main playstation 6jam.kaya uncle tu beb..then pastu main internet ni masa form 4 .. time tu gila main mIRC .. starting masuk server Webchat .. sampai baik la ngan IRC operator .. then bila zaman nak buat duit, masuk server DALnet .. buat drones/bots .. time tu kaya gak la.. bulan² org masuk duit dalam account bank..

then main lak YM .. masa tu dalam form 5.. gile YM sampai pagi malam main YM aje..

lepas tu muncul friendster + myspace .. time tu top giler laa bendatang dua ni.. tapi aku tak layan pon layout² . just simple page jer aku pakai ...

then dalam start 3 tahun lepas mulanya era Facebook(FB)..aku rasa time tu org tak ramai la tahu fb ni ... kira dalam 1/2  tahun lepas aku ada akaun fb baru fb top .. time tu slalu arr dengar org skit² tanya ada akaun fb tak?awalnyer aku tengok fb pon sakit mata..mana taknyer..member² punya member update status pon kau leh tengok..kan semak.. tapi yg semak² tu la skarang paling top sampai melingkup terus lain page. Kadang-kadang pelik la tengok orang addicts sangat ngan fb.. tak faham aku ... paling takleh blah, sikit² update status .. tapi peliknyer time mandi ker berak ker takde la plak dia nak update .. huUu pelik~~

Welcome Aslan

Yeah , now i'm start blogging .. dulu penah pon main blog wat adsense . Tapi sekarang saje² gatal wat blog..
Saje je kan nak up-to-date.. nak top laa katekan ..
Puas gak la belajar pasal blogging ni .. mana nak cari template.. da dapat, pastu besar sangat laa.. aku pon tak faham la blog ni .. susah² bakoooOO jelah blog ni