Sunday, 9 October 2011

Tajuk : Umur Persaraan Dinaikkan .. Tak Nak Ker Apply Untuk Lambatkan Mati?

Cuba bayangkan kalau umur 60 tahun masih bekerja?
mereka ni bukan super senior .. tapi super duper muper senior .
dan menjadi masalah kepada orang Melayu yang tinggi adab kesopanan dan budi bahasa ..

In these case, sikap professional biasanya hilang ditelan oleh rasa hormat. Mana taknya, diorang tu pangkat Tok Anjang kot, takkan la nak suruh buat kerja berat2, kang sakit susah lak.. pastu disalah erti dan dianggap kurang ajau pon ada ... macam2 lah .. Aku tak boleh bayangkan umur 60 tahun masih boleh bekerja dgn baik. Silap2 angkat fail pon tak larat . Last2 junior la yang kena . Bukan tak boleh membantu tapi dalam dunia pekerjaan, setiap orang ada tugas hakiki dia dan bila orang lain lakukan tugas tu, memang masalah la .. Pastu jadi plak gaji haram.

Bila super duper muper senior dah kerja LEBIH LAMA daripada pegawai dia, yang mana akan berlakulah kes seperti ini (tak semua akan buat begini, tapi kebanyakannya akan berlaku camni) :

i. " Boss, pejabat ni belom ada lagi saya dah ada dah kerja sini lah" (mcm apak dia yg sewa tanah utk wat pejabat kat situ)

ii - "Kau budak baru, jadi try buat kerja ni . nanti aku pencen kau boleh takeover tempat aku " (konon2 dia tu professional dan takde orang boleh gantikan tempat dia)

iii.- "Boss , saya nak pergi ambil cucu balik sekolah @ nak pergi hospital check kencing manis darah tinggi .." (WAH.. LEMAK kau tak naik plak?)

iv- " Celaka tol boss ni , dia tahu arah je, bukan dia yang kena buat, aku gak kena.. dia dok dalam bilik tu main facebook jer keje " .. member sejawatan pon ape lagi, heboh la gtau member dia kena marah .. orang yg sama jawatan dengan dia selalunya pasti akan cenderung backup pada kawan dia ..

v. " Kau tu baru lagi, belajar dari buku, cara kau tunjuk tadi salah  , tengok macam aku, belajar dari pengalaman ..salin nota pakai arang sampai hitam muka.. " (peghhh mcm iklan Breeze .. biar terkena kotoran demi pengalaman) 

Sememangnya pada aku, kalau letak umur persaraan sampai 1000 tahun pon, tak ada "pekerja bawahan" yang nak kerja seumur hidup dia. tapi kalau korang perhati betul2, siapa yang dapat benefit yang lebih daripada benda ni? pekerja bawahan bukannya ada pangkat besar pon, bukannya boleh muktamadkan keputusan pon , tapi diorang bekerja hanya untuk gaji .kalau nak kejar pangkat pon, takkan la diorang dari gred 17 leh kerja 60tahun boleh naik sampai ke gred 41 ke (tanpa degree) .. Tapi diorang ni pulak, beria-ia la nak naikkan umur persaraan.

Pastu sembang kat tv kata "umur persaraan 60 tahun tak beri effect pada peluang pekerjaan golongan muda"

Then nak sentuh pasal pengalaman la, selalunya pegawai2 besar akan diberi banyak jawatan .. dalam organisasi ataupun lain2. Alasannya " si polan ni berpengalaman luas" ..

Jawapan aku " memang la luas dol kerja dari zaman batu takkan tak luas pengalaman.. tapi masalah  pada yang muda ni .. nak kerja semua kena ada pengalaman.. mana nak ada pengalaman sbb yang tua2 ada atas taknak blah2.. yg pertengahan pon tak naik, yang bawahan lagi tak naik la .."


Kalau ada 1000 orang kat atas KLCC, 1000 orang ke 'berani' terjun ke bawah?


Walaupun membuat terjunan bungee (dgn safety equipment) , tak semua orang sanggup nak buat begitu dengan pelbagai sebab dan alasan :-)



biG dAy , aFteR 1 yEars wAiTinG

Ni kira topik yg hot ar pada kawan2 yang baru konvo , tak kira mana2 U di Malaysia, Itali , German, Kanada ataupun Somalia ..
tapi pasal konvo ni, akhirnya selesai juga masalah pada transkrip ataupun ijazah lepas dah menerima ijazah pada 2/10/ aritu .. btw .. thanks to all my friend ..  paling tak boleh lupa pada Wang@Khairul Ridzwan sbb 'menyapot' aku karaoke, makan2 dan tumpangkan aku balik sampai ke Ipoh ... huhuhuh ...

Lama jugak kot aku lepak uum,  dalam 11 hari ... niat di hati nak jumpa kawan-kawan .. tapi apakah daya ku kan .. tak ramai dapat jumpa , kawan2 ramai da ada tanggungjawab, isteri, anak2 dan cucu .. gile ahh.. sempoi arr .. aku nak jer tengok dalam kalangan rakan-rakan aku, sapa yang kawin dulu .. huhuhuhuu itu perkara paling seronok dan mendebarkan .. sampai masa, itu bunga wa hantar ...

Tak lupa juga, terima kasih pada family aku laaa .. sebab datang .. nak harapkan keluarga mertua datang, tak bleh diharap .. sbb memang belum ada calon mertua .. so family aku jela yang datang :-))

Btw, kembali pada konvo, klu korang baca blog aku mmg kena ada gambar la.. bukti kot aku dah konvo.. huhuhuh.. poyo sket...

Dari kiri kak ipar , abang, emak , aku, azam, aishah, ayah dan sisikin

at COLGIS


welcome :-)


TV ni kalau buat tengok bola pon best

OutOfControl

mat g ang tunggu aku kuruih .. satgi ang pakai nama bob plak

Dari kiri : epul, aku , atan , zizan .. bawah tu mat o` ji

puas hati sewa jubah siap dapat baring2 atas rumput. 
Boleh tak aku nak ada awek cenggini?


Huh ~ yeah .. ini sahaja yg dapat diupdate untuk masa ini .. terima kepada penaja , penasihat aku utk update blog dan rakan2 yang membaca .. dan klu yg mencemuh tu jangan lupa mintak maaf dengan aku sebelom mati, kalau tak nanti jumpalah kita kat padang mahsyar ;-)

Saturday, 8 October 2011

Berseronok (Part II )

Assalamualaikum ..
warghhh bulan ni boleh dikira sebagai bulan keseronokan ...
sepanjang ari adalah untuk enjoy ..
maklumler dok uum , jumpe member2 ...
ni plak jumpa dgn junior2 ... adik2 .. peghhhhh sempoi .. lepas karaoke, kali ni diorang plan something utk aku .. so kami pon pergi ke Air Terjun Lata Bayu kat area Kulim camtu arrr ... 
Boleh tahan seronok ...
Ni antara pic yg sempat la kitaorang ambil dan mungkin gambar terakhir utk aku lepak dengan mereka semua ~





pehhh.. siap boleh mandi air terjun lagi .. padahal esok pagi kol 7 nak g konvo .. tido malam tu lak kol 3 bangun kol 6.. mmg dalam dewan Mas tu aku tido jelah ...hehe btw seronok gile ahhh ..


 credit to Dayat , Ijat , Zul (utk makanan dan paling penting ni) , Maman dan Faris ~

Saturday, 1 October 2011

bErSeROnoK (karok)

Setelah 1 tahun juga aku tak ke Kedah (UUM) , akhirnya kali ni aku pergi juga untuk konvo . then macam biasa la, sampai di sana kalau dah jumpa orang aku 'cayang' mesti laa seronok giler2 .. Thanks to dayat dan ijat sbb tumpangkan aku tido kat bilik korang walaupun atas lantai jer :-)) .

Dan rasanya tak lengkap kot kalau jumpa 'cayang' ni tak pegi karaoke .. Sebab diorang ni mmg geng karaoke yg paling syok .. walaupun suara kami tak sesedap awie atau amy search, tapi bolehlaaaa kan utk enjoy2 sebab dah lama gila tak karaoke . sampaikan lagu yg biasa nyanyi pon dah tak boleh nak tarik ... malu je .. btw credit to Maman sebab tolong record video karaoke (walaupun apa yg kau record takcantik.haha) .. memang tak layak masuk AF tapi standard suara kami semerdu deruman enjin kereta pemandu F1 Ferrari iaitu Ronaldinho   ..

And ni gambar .. utk tatapan dan kenangan percintaan kami . kembong beb ~ 


cam siak je .. konon2 sayang ler tu
ijat , aku , apit , maman , dayat

budak gumok

Then ni lak kan video, kot2 ada produser BMG ke ,SONY ke yang dengar dan berminat,boleh hubungi kami ..  tak dapat sony atau bmg ..dapat UniUtama.FM(radio uum) siarkan suara kami pon jadik ar ...
Tajuk Lagu : DIA ALAMI PANAS CINTA
Penyanyi Asal : Fotograf


Tajuk Lagu : GURUH
Penyanyi Asal : Awie & Amy Search


Sekian ~