Monday 25 July 2011

TO MY A++ FRIEND

HuRmm . kali ni cerita pasal cara sembang pulak ..maksud aku cara berinteraksi dalam Facebook , Ym atau lain² lah . Seriously, bahasa aku ni agak kasar² lah kalau korang baca .. tapi sebenarnya aku lagi suka guna style yg agak sempoi  yang mana tak perlulah nak terlalu formal .. Sebab untuk orang yang aku tak rapat, aku mesti akan bercakap dengan lebih baik agar tak berlaku salah faham. Tapi kalau korang ni yang aku agak rapat dan hampir tiap² hari sembang, takkan la aku nak formal² lg . Sasterawan Negara pon leh bunuh diri kalau camtu.


Mungkin gak la sebab aku orang Melaka, jadi da terbiasa camni .. tapi aku pon tengok orang negeri lain, contoh : Kelantan dengan 'nate beruknya' .. orang Pahang dengan 'gampangnya' dan org Kedah dengan  'anak Haramnya' . So, memang kita sedia maklum memang ada style tersendiri dalam kita berkomunikasi . Cuba tanya pada member² yang cakap camtu, betul ker niat dia nak cakap orang tu beruk ataupun anak haram? mesti kau pon tahu jawapannnya.

Pada aku itu tak menjadi masalah apepon nak cakap apa, yang penting kita tahu dengan siapa kita bercakap . Orang lain yang dengar tu memang boleh judge kau, tapi dia bukan tahu pon seakrab mana hubungan kau dengan kawan tu kan . Selagi tak mengganggu emosi dia kira Ok la tu .

Then , aku juga TAK MAHU JADI ORANG LAIN dengan mengubah cara yg aku rasa paling selesa .. Kalau aku ubah gak, nanti kena lak dengar lagu " Tilu - Ku Bukan Aku ". Then aku terjumpa lak satu pantun kot yg dipost kat fb dari Bro As Lam yg berbunyi begini :


Mengapa harus berpura untuk memiliki...
belajarlah menjadi diri sendiri...
adakah takut tidak diterima...
sampai bila harus berpura untuk jadi sempurna...
atau bakal dimalukan kerana sifat PURA-PURA...

So, terus-terang .. inilah cara aku .. Even kalau nak tackle orang pon , better jadi diri sendiri lah . Apa nak jadi, jadilah .. nak atau tak itu masalah dia .  Kadang-kadang orang tengok cara cakap kasar itu bukan bergurau .. tapi kalau kita lihat cara gurauan yang kasar tu lah yang buatkan kita jadi lebih friendly. Kalau dengan aku , lebih baik kau bercakap kasar daripada kau berdiam diri ataupun kau bercakap sinis . Sebab kalau berdiam , ape masalah yang timbul pon kau takkan tahu dan takkan dapat selesaikan . Then kalau sinis tu, maknanya lebih kepada rasa tak puas hati tapi taknak suarakannya. Tapi dalam masa yang sama, masalah tetap tak selesai kerana tak dapat puaskan ati semua pihak . So lebih baik cara kasar dan berterus terang . Jadi takdelah tertanya-tanya dan confuse ...




" tak semestinya orang bercakap keras ini takde budi bahasa "


NOTE TO MY A++ FRIEND  :

1 - kalau aku 'selalu' borak/comment dengan kau, maknanya kau tu dah masuk dalam kategori A++. kira VVVIp laa senang cite.

2 - kalau aku cakap nampak kasar dan gile² dengan kau , maknanya aku SUKA dan SENANG dengan kau dan juga boleh terima kau dalam  hidup ni... 

3 - kalau kau tak rasa macam apa yang apa yang aku kata kat atas no 2, kau try tengok balik no 1 .. maksud aku, aku takkan layan korang kalau aku rasa tak senang hati dengan kau.. dan jugak takde chemistry utk jadi terus jadi kawan rapat aku .

4 - Aku rasa korang pon tahu gila-gila aku, jahat-jahat aku... kawan tetap no 1 .




P/S : PADA ORANG YANG SALAH FAHAM TU .. MAAF YER.. MUNGKIN ANDA TAK TAHU ANDA TU MY A++ FRIEND WALAUPUN ANDA DAPAT B+


10 comments:

Anonymous said...

huhuhuh...kalau nk becakap kasar tu..xleh la kat sume owg.,..kene ikot situasi n pd sape nk bercakap tu tau..coz da yg leh terima..n ade yg xleh terima..uhuhuh

Anonymous said...

arghhh, persetankan suma tu..mmg ko tu bob...ade jer yg xpuas aty...hahahha....

aSLaN said...

wanie : mmgla tapi orang ni pon patut dah faham sebab kawan ngan dia bukan 1 ari pon tapi dah bertahun ..btw .. kasar2 saya dgn dia pon takde sampai mencarut or ape .. agak sopan lagi..maybe kutuk kot tak tahan ..

anonymous ni cam aku kenal jer..terjang skali baru tau ..

Anonymous said...

nate beruk.... bnde ko mencarut nie... gampang betul..
okeh, "Cuba tanya pada member² yang cakap camtu, betul ker niat dia nak cakap orang tu beruk ataupun anak haram? mesti kau pon tahu jawapannnya." kakaka

aSLaN said...

hahahaha tanak aku ... lalalalallalalalaa.. asal kau kawan ngan aku .aku tau la perangai kau mesti lagi teruk dari aku :-))

Nazatulwanis said...

toin toin ... luaran x semestinya mencerminkan siapa kita, walau hakikatnya mmg btl pn.. hoho .. sekasar2 mana pn ssorg..dlm hati ttp ada kolam renang ^_^

aSLaN said...

hahahha kolam renang?
huhuhu ada2 jer kan cik mawar ni.. :-)
sokong ape cik mawar cakap...
well kita pnya pendapat slalu je sama ...huhuhu

Anonymous said...

setuju ngan cik chipsmore tu . :D

aSLaN said...

yerla cik nifi..
dengan kamu, saya cakap baik2 n lembut2 yer...
isteri kan, kene la kasi yg terbaik:-)

Anonymous said...

Baikkkkkk. Haha :D