Saturday, 18 February 2012

Birthday Almie & Siti Aishah




Wednesday, 15 February 2012

New LiFe ..

Assalamualaikum Wbt ..
Lately, busy giler kerja diplus-plus dengan tiada mood untuk berinternet , aku pon jarang online ..
Rutin harian aku iaitu berjogging pon terganggu disebabkan dah start bekerja ..
Tapi macam biasa, kerja kontrak² je .. tak lama pon ..
Jadilah untuk anak bini makan kira ok lah tu :-)

Muka cikgu yang suci ..

Sekarang ni aku jadi cikgu di SMK Infant Jesus Convent di Melaka ..
Sekul budak pempuan tuu ....
Awek bersepah :-) cakap je nak Melayu, Cina, India, Serani pon ada sehh ...
Apepon seronok juga di sekolah tu walaupun cikgu lelaki Melayu ada la 5 orang ( semua da 40+)


Pengalaman yang paling tak seronok bila aku masuk form 3 ..
Ada sorang minah ni, dia masuk lambat .. so tak taulah aku ni bukan jenis serius..
So, nak dijadikan cerita ... dia tetiba emosional bila aku mengata kelas dia tak OK.
Sampai bertekak dengan dia .. So start daripada tu, asal siapa degil je aku ugut nak demerit ..
Dan-dan time tu jugak budak ni jadi baik.

Anak-anak buah :-)

So, bila dah bekerja ni.. jadual jadi pack ..
Letih giler...
Tapi aku try juga spend time untuk jogging ..
Sesekali free, boleh la nak blogging juga .. 
Tapi seriously macam tak sempat jer..
So, update benda yang berkisar dengan life seharian jelah untuk release stress :-)

Bila duduk sekolah yang penuh dengan perempuan..
Teruk jugak aku kene usik ..
Soalan basic , "ada awek"
Gasaknyer itu soalan untuk aku ..
Awek takde , mencari pon tak .. 
Aku ni ...
Hanya menunggu saje mana yang sudi ... :-)


Wednesday, 1 February 2012

Jatuh Hati Pada Kawan Baik


Jatuh hati pada kawan baik sendiri kadang kala sesuatu yang tidak dapat dielak. Mungkin kerana cara layanannya terhadap anda berbeza dan dia mempunyai ciri-ciri yang diidamkan serta sentiasa ada di samping di saat memerlukan perhatian.

Namun, untuk meluahkan rasa hati mungkin agak sukar kerana bimbang menjejaskan hubungan persahabatan sedia ada dan anda sendiri sarat dengan rasa malu.

Lebih teruk jika luahan hati tiada sambutan kerana dia hanya menganggap anda sebagai rakan biasa. Sedangkan hati anda sentiasa tertanya-tanya, sukakah dia pada anda?



Usah tertanya-tanya lagi, berikut beberapa panduan untuk mengenal pasti sama ada lelaki yang anda idamkan itu mempunyai perasaan yang sama.


* Si dia gelisah bila bersama anda.
Lelaki yang sukakan seseorang wanita akan berasa gelisah atau sering kali rasa tidak kena dan gelabah apabila berdepan dengan gadis yang dia sukai. Lihatlah ciri-ciri itu, mungkin anda perasan dengan ciri-ciri yang ada pada si dia.


* Perhatikan gerak-gerinya.
Adakah dia selalu cuba merenung anda? Senyum pada anda? Gemar memandang anda biarpun ketika jauh? Memuji anda atau sering memulakan perbualan dan selalu berdiri berdekatan anda biarpun dia berusaha untuk mengelakkan agar anda tidak terperasan dengan perbuatannya itu.


* Sentuhan
Si dia suka menyentuh anda (bukan gangguan seksual) namun perilaku yang sejujurnya. Dia mungkin menepuk lembut bahu anda atau geselan tidak sengaja yang boleh menyemarakkan perasaan anda dan sebagainya. Lelaki yang sukakan anda akan mencari peluang untuk menyentuh anda dengan niat yang baik.


* Si dia suka telefon anda
Ini memang terang-terang menunjukkan si dia menyukai anda apabila dia selalu menelefon anda biarpun bertanyakan soalan yang remeh. Kadang kala ketika dia berkata dia terlepas cakap sebenarnya dia suka bercakap dengan anda ataupun dia menipu 'tersalah dail' pada hal dia sebenarnya ingin berbicara dengan anda.


* Sanggup berkorban
Si dia berbuat apa sahaja demi anda. Pinjamkan duit, belikan sesuatu untuk anda atau apa sahaja tanpa perlu anda bersusah-payah memikirkan untuk meminta bantuan daripada rakan-rakan lain.


* Cemburu
Ini memang sah si dia sukakan anda apabila dia terasa cemburu ketika anda bercerita mengenai rakan lelaki lain. Ini bermakna dia tidak mahu ada orang lain selain dia dalam hati anda.


* Senang memperkenalkan anda kepada rakan atau keluarganya
Si dia tidak akan malu memperkenalkan anda kepada rakan-rakan dan keluarganya, biarpun ketika memperkenalkan itu dia akan menyebut anda sebagai hanya rakan tetapi cara dia memperkenalkan diri anda pasti berlainan dan anda akan tahu kelainan caranya itu.


* Suka ambil tahu
Dia sentiasa mengambil tahu mengenai diri anda, keluarga anda , kegemaran anda dan mungkin tarikh hari jadi anda. Itu maknanya dia berminat hendak mengetahui segalanya tentang anda.


Ref : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0131&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_01.htm , 31/01/2012