Friday, 29 July 2011

Harimau dah ditelan Singa ...

Arrr .. ini yang wat darah naik ni ...
So entri ni mesti agak emosional ah ..dan pastinya orang Malaysia pon camtu ..
sampai tetido dalam keadaan moOdy smalam ... :-)) 

Well ,
dan keputusannya harimau tak dapat sapu singa ..
game tu gak, game paling sengal penah aku tengok ..
taulah nak lengahkan masa , tapi biarlah dengan cara yg berstyle ..
semalam tu rasanya bukan bola sepak kot .. tapi rasanya macam ada dalam gelanggang silat .. gasaknyer nak sakit ... eh orang bersilat pon takde asik injured ..

Game smalam gak agak boring yang mana masalah pada pertahanan lah ..
pastu pengadil lak berapa kali ntah dah offside tapi tak angkat bendera ..
then lain² macam pemain sepak bola tapi tak naik .. peghhh itu lagi sakit jiwa ..
tapi apepon perlawanan tak menarik kecuali lah aksi penjaga gol Malaysia berapa kali selamatkan percubaan skuad Singapore ..

And then , bila aku tengok dalam 10 minit terakhir barulah nampak Malaysia ada wat serang dan nampak rancak .. patut camtulah caranya dari awal , even kalah pon puas hati ....

Ni yang bodohnya pada penyokong pulak pasal laser tu ... mmg takde tamadun betul orang yg main laser tu..wat malu Malaysia je ..orang yg tembak laser tu mesti keturunan dia asal dari indon. Sedara dia sana main laser, dia pon main gak .. Kalau kalah pon biarlah dengan cara yang bergaya .. tak perlulah guna taktik kotor .. buat malu nama negara je ...

Then aku gak geram lah dengan pengulas sukan ni .. membebel ntah ape² . pastu bias plak tu .. nampak beno tak profesionalnya .. aku emosi gak sebab aku tak jadi pengulas sukan. .yang kau tu emosi tapi gatal² jadik pengulas sukan .. pastu membebel jer .. bila kalah kondem sana sini .. surat khabar pon jangan cakap la ... hakk tuihh! 

Apepon .. cuba lagi 2018 ..

Monday, 25 July 2011

TO MY A++ FRIEND

HuRmm . kali ni cerita pasal cara sembang pulak ..maksud aku cara berinteraksi dalam Facebook , Ym atau lain² lah . Seriously, bahasa aku ni agak kasar² lah kalau korang baca .. tapi sebenarnya aku lagi suka guna style yg agak sempoi  yang mana tak perlulah nak terlalu formal .. Sebab untuk orang yang aku tak rapat, aku mesti akan bercakap dengan lebih baik agar tak berlaku salah faham. Tapi kalau korang ni yang aku agak rapat dan hampir tiap² hari sembang, takkan la aku nak formal² lg . Sasterawan Negara pon leh bunuh diri kalau camtu.


Mungkin gak la sebab aku orang Melaka, jadi da terbiasa camni .. tapi aku pon tengok orang negeri lain, contoh : Kelantan dengan 'nate beruknya' .. orang Pahang dengan 'gampangnya' dan org Kedah dengan  'anak Haramnya' . So, memang kita sedia maklum memang ada style tersendiri dalam kita berkomunikasi . Cuba tanya pada member² yang cakap camtu, betul ker niat dia nak cakap orang tu beruk ataupun anak haram? mesti kau pon tahu jawapannnya.

Pada aku itu tak menjadi masalah apepon nak cakap apa, yang penting kita tahu dengan siapa kita bercakap . Orang lain yang dengar tu memang boleh judge kau, tapi dia bukan tahu pon seakrab mana hubungan kau dengan kawan tu kan . Selagi tak mengganggu emosi dia kira Ok la tu .

Then , aku juga TAK MAHU JADI ORANG LAIN dengan mengubah cara yg aku rasa paling selesa .. Kalau aku ubah gak, nanti kena lak dengar lagu " Tilu - Ku Bukan Aku ". Then aku terjumpa lak satu pantun kot yg dipost kat fb dari Bro As Lam yg berbunyi begini :


Mengapa harus berpura untuk memiliki...
belajarlah menjadi diri sendiri...
adakah takut tidak diterima...
sampai bila harus berpura untuk jadi sempurna...
atau bakal dimalukan kerana sifat PURA-PURA...

So, terus-terang .. inilah cara aku .. Even kalau nak tackle orang pon , better jadi diri sendiri lah . Apa nak jadi, jadilah .. nak atau tak itu masalah dia .  Kadang-kadang orang tengok cara cakap kasar itu bukan bergurau .. tapi kalau kita lihat cara gurauan yang kasar tu lah yang buatkan kita jadi lebih friendly. Kalau dengan aku , lebih baik kau bercakap kasar daripada kau berdiam diri ataupun kau bercakap sinis . Sebab kalau berdiam , ape masalah yang timbul pon kau takkan tahu dan takkan dapat selesaikan . Then kalau sinis tu, maknanya lebih kepada rasa tak puas hati tapi taknak suarakannya. Tapi dalam masa yang sama, masalah tetap tak selesai kerana tak dapat puaskan ati semua pihak . So lebih baik cara kasar dan berterus terang . Jadi takdelah tertanya-tanya dan confuse ...




" tak semestinya orang bercakap keras ini takde budi bahasa "


NOTE TO MY A++ FRIEND  :

1 - kalau aku 'selalu' borak/comment dengan kau, maknanya kau tu dah masuk dalam kategori A++. kira VVVIp laa senang cite.

2 - kalau aku cakap nampak kasar dan gile² dengan kau , maknanya aku SUKA dan SENANG dengan kau dan juga boleh terima kau dalam  hidup ni... 

3 - kalau kau tak rasa macam apa yang apa yang aku kata kat atas no 2, kau try tengok balik no 1 .. maksud aku, aku takkan layan korang kalau aku rasa tak senang hati dengan kau.. dan jugak takde chemistry utk jadi terus jadi kawan rapat aku .

4 - Aku rasa korang pon tahu gila-gila aku, jahat-jahat aku... kawan tetap no 1 .




P/S : PADA ORANG YANG SALAH FAHAM TU .. MAAF YER.. MUNGKIN ANDA TAK TAHU ANDA TU MY A++ FRIEND WALAUPUN ANDA DAPAT B+


Thursday, 14 July 2011

Respect a.k.a Hormat

                                            Aku tak minta korang respect aku 

Aku percaya respect ni bukan datang secara paksa tetapi dijana melalui perasaan rendah diri . Maksudnya ianya dijana apabila orang melihat kita dengan rasa rendah diri, ketika itulah datangnya perasaan hormat orang kepada kita. Ia selalunya akan bertahan lama sehingalah berlaku satu peristiwa yang mungkin akan mencalarkan sedikit perasaan hormat tu. Dan pada aku, bukan muda je kena hormat yg tua..yang tua pon kene hormat yang muda. Tapi pada aku, cara aku hormat budak yang lagi muda daripada aku ialah dengan menjadi rakan kepada diorang . Kata orang pon "kamcing" ..

Then , biasalah setiap orang ada angin(mood) dia .. tapi kita perlu ingat, jangan sesekali kita hilang hormat kepada orang disebabkan kegagalan kita untuk mengawal emosi kita. Bukannya apa, setiap orang ada egonya, bahkan mungkin lebih besar lagi daripada yang kamu ada .. Bak kata pepatah " terlajak perahu boleh diundur , terlajak kata badan binasa" . Atas sebab tu lah aku buat post ni ..

Kalau ikutkan, aku pon kurang ajar gak.. tapi kurang ajar aku takde la sampai tahap apa yg aku lalui harini .. budak yang aku pernah ajar, bahasakan diri dia "aku" n bla bla bla  . hmm..OMG.. kurma itu memang manis .. tapi sayangnya ayat dia tu tak manis.. mmg kurang sopan sangat². Bukannya aku nak buruk² dia, tapi sekadar kasi dia rasa itu akibat dia kene tanggung apabila dia tak mampu kawal emosi . Niat aku bukanlah nak malukan sapa² dan aku pon tak perlulah postkan setiap kata² dia. Cuma aku agak terperanjat la camni punya orang pon ada. Kalau lelaki aku tak kisah lagi kau nak kurang ajar ke, terlingkup ker.. ape ker... Ini perempuan .. tu yang aku agak emosional ni ..

Adakah aku yang salah? aku marah dia utk dia sedar sikit .. sebab dia budak lagi . Kalau orang dah buat masalah dengan aku, seriously aku mmg malas amik port dah .. tapi pk kan kau ada cakap maaf..  saya maafkan awak .. apa saya kata tu bukan dari ati saya pon..


P/S : - Kalau kau tengok aku kasar kat kau, tu tanda aku boleh rapat dan kamcing dengan kau ... tapi kalau kau tengok aku borak secara formal dengan kau, maknanya kita ni takde kimia .