Wednesday 22 June 2011

Interview on 20th June ~

SaLam .. ya .. kali ini ada pening juga kepala memikirkan pasal interview kerja .. Actually, company tu ialah company anak kepada mak angkat aku .. tempatnya ialah berdekatan dengan Desa Waterpark , KL .. Company ni buat business security service la . Aku pon sebenarnya tertanya² dalam hati ni "yeke aku nak kerja KL " . Tapi bila mak angkat aku suruh pergi contact Abg Lan , aku tryla juga .. then tiada masalah la .. dia suruh aku datang interview ..

Gila gak la kan arini call , esok dia suruh datang .. aku tak prepare apa² .. pagi nak bertolak time tu gak la aku baru kemas baju .. then esoknya pon aku redah la ke KL naik motor .. gila la gak kan sebab aku seriously tak tau juga jalan KL ni .. boleh la aku redah dari Melaka ke KL dalam sejam setengah .

1st masa interview tu , HR dia agak OK . kira dengan dia perbualan dan interview tu agak lancar , aku pon tak rasa pening dan serabut kepala .. tapi bila datang lagi sorang , aku pon sure pangkat apa tapi maybe org besar gak la kan , aku jadi confused kaw² punyer . 1st yg wat aku confused gile² dia tanya nak dok Melaka ker KL .. aku seriously fikir nak gak try lepak KL sebab bosan gak lama duduk melaka . Then bila Abg Lan pon ada bunyi yg dia cakap nak cari orang kat Melaka .. dan HR ni cam memang beria² nak hantar aku ke Melaka, aku rasa rugi la.. sebab dia cakap kalau duduk Melaka, takde peluang dah nak up. Klu aku terima gak, maknanya aku memang orang yg takde wawasan laa. Kat bawah ni kira sedikit sebanyak la yg buat aku rasa cam blurrrrr n hot jer.

HR 1 : awk duduk Bhg. Operation Manager ..
HR 2 : awk duduk Bhg. Logistic .. sebabnya kalau awk duduk kat operation      manager, awk kene handle gangster2(pakgat2) .. saya tengok muka awak, saya rasa awak BUDAK BAIK & nanti mereka buli awak , mereka semua gangster.. semuanya askar2 dan gangster20x bla bla bla .. gangster10x..
Aku : kak nak saya pukul orang ke? saya muka tak gangster, tapi saya biasa gak laa 'kawan' saya gangster ..
 Isk².. bila  fikir balik patut aku nyanyikan lagu Malique Too Phat kat HR ni ..

naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau
turun bukit pucat dengar tiga miaww
kucing bawa tidur rimau bawa igau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau
tolak pintu gua tiga kerat tenaga
kosong tak dijaga sampai datang tiga naga
ingat nak berlaga tapi tak kan boleh menang
menang dengan otak tak mesti dengan pedang

-----------------------------------------------------------------------------------

And then , aku tanya so macam mana dengan interview ni .. dia cakap takpelah kalau nak masuk esok pon boleh .. tapi takkan la aku nak masuk kerja esok gak .. Ada banyak gak benda aku kena settlekan dulu . Then dia cakap akan call esok untuk kasi tau la camne .. but takde pon .maybe blom lg kot sbb diorang pon tak tau nak decide position utk aku utk dok KL . Aku bukan demand pon ... aku bkn blaja smpi SPm je .. salary aku tulis minta RM 1300 je .. bukan apa , aku tak mau la demand sangat dan tak mahu la Abang Lan fikir aku try amik kesempatan sebab aku ni anak angkat mak dia. Pada aku cukup la kalau ada kerja dan gajinya juga berbaloi .. but kalau korang fikir duduk KL dengan RM1300.. korang nak x?

Sunday 19 June 2011

Kemalangan ~~

Petang smalam dalam pukul 7 kot aku baru balik dari kebun .. tetiba masa nak sampai depan rumah aku, tengok banyak giler kereta ..pk umah member aku ni buat kenduri .. tengok² da ada budak tido atas jalan ... seriously aku tak boleh la tengok video excident since aku tengok gambar arwah member aku.. start tu memang mcm fobia jer klu video exciden ..

Masa kerja cikgu aritu pon, aku tengok exciden paling ngeri .. sebab masa balik dari sekolah, tengok ada org exciden.. terbaring atas jalan ... so fikir nak berhenti la tengok² apa boleh dibantu..sebab time tu betul² kejadian baru berlaku.. tetiba...bila aku sampai je aku da kira berhenti sblah dia... tengok kaki dia putus then kaki bahagian buku lali ke bawah still berpijak atas stand motor.. huhuhu gile ahh.. tetiba.... org yg aku sangka dah 'arwah' tu angkat tangan minta tolong. Terperanjat gile aku sampai aku terus pecut motor.. huuu gile ahh... kejamm..

Tapi, disebabkan semalam aku tengok kesian gila budak tu da baring atas jalan dengan darah da penuh, datang la kat dia, bagi semangat dan suh istighfar banyak².. time tu aku tengok peha dia pon da terpusing .. ngeri gila .. tak taulah macam mana nak bayangkan ... tak dapat diungkapkan dengan kata².


Then ni arr gambar accident smalam yg aku sempat follow-up petang smalam .. 1 buah kereta .. 2 buah motor..  (Gambar budak yg accident tu tak perlu lah kot korang tengok , kang ada gak yg tak lalu makan...)









                                      AND THE LAST PIC
sempat posing erk

agak kelam dan gelap laaa gambar..siot jer ... tangan da penuh darah  . sempat lagi posing .. but ape yg aku senyum sebab ... rasa aku berjaya gak kot buang perasaan takut .. yela..bila da pegang kepala budak tu, rasa darah yg panas keluar meleleh atas tangan kita.. arrrr tau la rasa camne.. then paling aku takut ialah masa nak angkat budak yg kakinya tu telah patah dan terpusing... risau gile.. time tu aku try jelah gak angkat.. menjerit arr budak tu... mmg sakit gilee dan aku yg tengok pon leh bayangkan laa kesakitan diluar daripada yg selalu kita rasa.. huu.. apepon... aku harap sangat budak tu tak ape2 sebab aku tengok mata dia pon da layu je sebab banyak sangat darah keluar dari kepala kan ... anyway... tu jelah ..

P/S : KORANG KALAU RIDE MOTOR TU PAKAI HELMET...

Saturday 18 June 2011

[Important] - Gosip hot mengenai status Mohd Aslan ♥♥♥

aSSaLamualaikum ..LoL ... ape la skarang ni spekulasi banyak sangat.. terbaru n tak de la bape baru , yg korang tengok aku dukung baby tu .. ramai wish n ada yg tanya kenapa tak jemput mereka dtg ke perkahwinan aku ... ini sekaligus membuatkan nama, populariti , serta status single bujang aku tercalar gara² gambar tersebut .. banyak pihak yg cuba untuk membuat tanggapan negatif terhadap gambar tersebut . ini sekaligus membuatkan aku terpaksa membuat update blog ni .. 1st skali ... kawin mendenyer... calon pon takda lagi  . Pikir nak kawin tu semudah A, B , C ker.. terus leh kawin je.. beli ikan kat pasar pon susah tau..kene check insang dia, mata dia . paru² dan juga tahap kesihatan dia.. Berikut adalah sebahagian daripada kata² semangat dan surat² yg ditulis oleh peminat kepada saya ..



Komen² dari mereka ini sedikit sebanyak telah menggugat dan juga membuatkan kehidupan saya sebagai seorang penganggur menjadi kucar-kacir. Disebabkan itu juga, ia menyebabkan ramai fan club saya berhimpun di depan pagar rumah untuk meminta saya memberi penjelasan dan tidak kurang yg meminta agar dilakukan sidang media.. Ini sedikit sebanyak mengangggu kehidupan saya dan yang paling memilukan, banyak majikan tidak menerima saya bekerja disebabkan kekecewaan mereka terhadap saya ..hahahah (dush dush ape laa aku merepek)

Actually tu anak buah aku la .. namanya Muhammad Atif .. baru 2 bulan camtu umur dia ...  Atif ni juga anak buah aku yang pertama laa ... hehe .. sonok gile bila atif ada kat rumah .. semua orang hurung dia jer ... then sini ada arr bape pic dia yg aku suka ..


Lahir² je da pandai posing depan kamera

Tuye²(kura-kura) terbang
gulung lidah eeeh




Dengan penjelasan ini, diharapkan saya dapat membersihkan nama dan status Bujang Yang Masih Single&Available kepada anda . huhuhuhu

P/S : KEPADA YG SINGLE LG TU, ANDA MASIH ADA PELUANG ..♥♥♥

Friday 17 June 2011

Poker yang Puaka

Huuu ...seriously aku tak reti pon main ape² jenis game yg melibatkan card ni ... tapi start last year masa g UUM untuk hantar report praktikal la , aku blajar main poker dari budak² durjana ni.. huhuhu .. mula² pening kepala ntaha pe² budak ni main.. camne leh menang .. tak faham langsung step dia .. pastu lama kelamaan .. leh la.. kata dapat gak la chips tu lebih dari Usop (bukan nama sebenar) .. hahahhahah ..


Dari Zynga ke Poker Mafia

Dulu main gak ler zynga ni.. tapi tak sonok sebab kedekut sangat ler chips... so bertukar main poker mafia.. then paling sonok kene lak lottery..bukan skali tapi 2kali... 2kali so dpt chips 12b ... byk gile... so bila da banyak ..jadi boring lak nak main...masuk table org...kasi raise sampai penat... org pon jadi cuak jer nak follow... hahaha ..padahal card tah pape jer..

Walaupun boring, tapi ari² gak main benda ni.. dia da gantikan game MYBRUTE yg slalu aku main .. kira game ni sedikit sebanyak wat aku leka gak laa dok adap pc ..

Saturday 11 June 2011

Kerja , Kabel & Rezeki ...

Part ni paling sonok :-) sbb aku da bape bulan menganggur ni .. sonok gile dok umah dengan poket kosong :-) . Walaupun poket ni kering je, tapi takde la aku rasa susah hati sangat .. sebab aku memang percaya perkara berkaitan rezeki  ni,  perlu sabar ... huhuh .. paling seronok laa aku siap apply kat Securiforce .. yg pakgat tu laa .. tapi bahagian control cctv , pergi office diorang smart² dengan kemeja dan bertali leher .. isi punya isi borang .. akak yg pungut borang tu tanya aku "Betul ker dik awak nak keje kat sini? gaji dia kecik .. kau lak ngan ijazah sume ni " . Aku dengan confirm n confidentnnya menjawab "eh takde hal punya kak" .. hehehe .. Okla tu.. konon² tak memilih kerja laa kata orang .. sekali masa aku nak blah, tengok laa sorang mamat g interview (kebetulan pada aritu ada interview) ... hahahahahaha.. aku gelakkan diri aku .. tengok mamat tu pakai tshirt .. bangle  pastu rambut spike . Dalam ati aku cakap " LU KENABEB " .. sebab ape? sebab orang sume pandang aku semacam jer.. keh2.. mesti dia ingat CEO baru :-)) .. tapi takpela kan ... walaupun takde kerja lagi .. aku tetap masih boleh bersabar ..

Then dalam kerja satu lagi tak berkenan teman tengok ialah pakai kabel ataupun "orang yang membantu orang dengan cara yang salah" . Tak dinafikan kabel ni memang penting .. yelah... ia digunakan untuk menyambungkan arus elektrik untuk kegunaan kita.. tapi dalam konteks yg teman citer ni, ni kabel durjana ni.. Dulu otak aku pon pikir lah juga nak apply kerja dengan bantuan kabel . Lepas tu , teringat kat sorang member yg sanggup la jadi kerani biasa sebab dia cakap tak suka la nak guna kabel. Mungkin disebabkan tu la aku ni start la tak ske kabel. Sebab² aku fikir kenapa tak perlu kabel ialah disebabkan rezeki tu milik Allah. Tapi dari aspek teknikalnya, aku fikir kenapa mesti aku guna kabel . Kenapa mesti masuk dalam golongan orang yang dianggap salah guna kuasa ? Aku penat kot masuk kelas Integriti masa sem 5 tapi last² aku pon langgar benda ni ..

Aku ada gak borak ngan member kampung aku pasal nak apply kerja kat Syarikat $&%#% Negeri tercinta yg permai lagi banyak hutang ni .. Dia cakap tak payah ler kau apply lan , kalau kau taik kabel , kerja kau tarik kabel, baru kau apply kerja kat situ ..Pastu aku bayangkan la.. taik kabel camne siot ... yang tarik kabel lak camne.. pastu aku terjumpa pic kat bawah ni .. mungkin ker camni? Hah .. korang bayang sendiri laaa erkk~


Akhir kata , apalah erti rezeki , status dan pangkat yang kita dapat bukan dengan cara yang betul. Nak bangga dengan titik peluh sendiri pon takboleh gak .. malahan akan dipertikaikan oleh orang jer ..

Friday 10 June 2011

Makin dikejar makin menjauh

Tadi time dengar khutbah sembahyang jumaat, tetiba je kan terfikir macam2 .. kira berkaitan dengan hal dulu , apa yg berlaku , penah berlaku  pernah dilakukan ... adoiii rasa cam sayu je hati ni .. tapi bagusnya bila camni, aku lebih beringat sikit .. pastu lak tengok lagi Imam Muda .. yg pasal pesalah yg bakal dijtauhi hukuman mati .. try bayangkan kita da tahu yg tak bape lama lagi nak mati ... sapa tak takut .. mati ni bukan penamat kepada segalanya.. kira macam orang bunuh diri, pada dia penamat kepada kesengsaraan yg ditanggung.. sebenarnya tak pun . sebabnya ialah adanya "kehidupan selepas mati" .. time tu aku terfikir gak apa sangat la dikejar2 hal kat dunia ni . padahal nak idup selama2nya kat akhirat nnt .. bukan la cakap cam best/ baik.. tapi  idup ni memerlukan kita untuk muhasabah diri ..

Dari apa yg aku kejar masa kat U , kenal dia .. beria-ia je mengejar2 benda yg Allah telah takdirkan .. tapi last2.. aku abis belajar , satu benda pon aku takder .. pointer pon biasa2 jer.. takde laa dapat 1st class .. ntah .. kira takde apepon yg aku dapat dari apa yg aku kejar ... cuma yg aku dapat ... satu jer .. iaitu kepentingan kita untuk selalu muhasabah diri ....:-)

Thursday 9 June 2011

Mybrute ++ mUXXu

Selalu main mybrute jer ...  da sampai level 75 dah pon .. tetiba ada plak mybrute muxxu ... so baru test buat account .. tryla main .. pk best ler sangat... arr.. rasa lagi slow ada la ..klu mybrute saje leh guna winautomation / actionaz script utk autoclick . kalau muxxu ni rasanya lagi susah kot nak guna script/tools utk lawankan brute . tapi ada gak la kebaikan muxxu ni .. contoh gambar pon lagi smart ... then aku ske... leh comment kat setiap fight.. so klu menang leh laa menganjing sikit... heheh ..


tapi ada gak banyak benda aku tak faham lagi tentang game ni .. rasa cam tak bape nak minat je..nk train manual lak tu .. lambat la levelling ...

Wednesday 8 June 2011

Borak dengan ex-student (tOpiC : tak sabar² nak jadi laki orang)

Malam semalam ler.. aku borak laa dengan sorang bdk ni... my ex student ...tapi nama perlu dirahsiakan laa... bukan utk mengata tapi untuk korang lerr yg baca ni fikir ... bdk ni privmsg aku minta pendapat laa pasal hal berkaitan kekeluargaan.. He he .. aku ni single lagi .. tapi takpela try gak laa tolong² kasi pendapat. Rasa cam takleh tahan nak gelak bila baca status dia kat fb apabila ada sorang mamat ni cakap ngan girl niyg berbunyi gini  “ laki mana leh sabar bila tengok awek sendiri layan laki lain” .. keh3.. terus aku ketawa besar .. mende laaa.. try la fikir (bagi fomfuan n bagi laki gak)


                                             msti budak tu sedih cenggini :-))

1st - apa hak kau nak larang² gf/bf berkawan ngan lelaki lain ....konon2 laa caring … takmo kasi buah hati layan orang len … konon² jeles laa tu .. duit hantaran pon tak kasi lagi .. jadi bila² je boleh kena rampas .. bak kata pepatah " kapal terbang pon boleh kena rampas. inikan lagi awek orang " .  heboh nak kongkong anak orang laaa .. tak sabau benau nak jadik bapak .. 
2nd - bab permission utk buat sesuatu .. mak bapak n family kau pon tak de larang kau kawan ngan sapa² .. klu ada, kau kena akur la .. tapi sapa plak korang ni siap leh halang kau dari berkawan .. takde sapa .. biasa la adat berkapel sekarang banyak yang jadi cam pampers ... da boring , bye² .. aku paling suka bab untuk mendapatkan permission utk keluar jalan² . kakakak ..kalau mak bapak tak izinkan , kau redah gak ... tapi kalau kapel kau tak benarkan , hoo .. taat . serupa isteri / suami solehahahahah .. konon² nak ler jadi yg paling taat .. kira da jalankan tanggungjawab dengan sempurna laa .
3rd - beria-ia laa nak jaga kehormatan kapel - kadang² tengok salah sorang laa daripada kapel ni beria-ia  je kongkong kapel dia agar tak dituduh berlaku curang/berkhalwat yang boleh mengundang cite² yg  hot . keh3... "untung" la korang blom akad nikah lagi ada "orang luar" nak jaga kehormatan kau .. secara tak langsung menurunkan harga  "saham"  kau di mata lelaki / perempuan lain yang kenal kau apabila kau dicop sebagai "HAK MILIK PERSENDIRIAN" ataupun "NOT FOR SALE"

-- jangan marah / terasa .. bukan untuk mempersenda tapi untuk membuka mata --  
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

ulasan buku"TENTANG CINTA" oleh Pahrol Mohd Juoi

 

*ANDA TELAH BERSEDIA UNTUK "B'COUPLE" JIKA...
NIAT anda memang untuk BERKAHWIN dgn si dia demi
menjaga agama & akhlak agar sentiasa tpelihara..

*SEBALIKNYA ANDA BELUM BERSEDIA "B'COUPLE" JIKA...
NIAT anda hanya untuk suka-suka atau ingin berseronok-seronok
demi melayani kehendak nafsu & perasaan semata-mata..


*ANDA TELAH BERSEDIA UNTUK "B'COUPLE" JIKA...
sudah punya KEKUATAN & KETAHANAN untuk tidak terlibat
dlm perkara-perkara yg DIHARAMKAN oleh agama seperti
berpegangan tangan & sebagainya..

*SEBALIKNYA ANDA BELUM BERSEDIA UNTUK "B'COUPLE" JIKA...
masih SUKAR mengawal nafsu dan tidak punya keyakinan untuk
MENAHAN DIRI dari perkara-perkara diharamkan agama..


*ANDA TELAH BERSEDIA UNTUK "B'COUPLE" JIKA...
sudah LEPAS ilmu FARDHU AIN dan mempunyai tahap pencapaian akademik
yg baik dalam pengajian anda atau sebaik-baiknya mempunyai
pekerjaan yang tetap..

*SEBALIKNYA ANDA BELUM BERSEDIA UNTUK "B'COUPLE" JIKA...
KANDAS ilmu FARDHU AIN,mengaji quran pun lintang pukang & ada
masalah besar dlm pelajaran,atau anda penganggur yg masih
t'cari-cari pekerjaan..


*ANDA TELAH BERSEDIA UNTUK "B'COUPLE" JIKA...
sudah ISTIQAMAH menjaga SOLAT 5 waktu,PUASA di bulan ramadhan
dan sedang BERUSAHA sedaya upaya menjadi MUSLIM SEBENAR..

*SEBALIKNYA ANDA BELUM BERSEDIA UNTUK "B'COUPLE" JIKA...
mengucap syahadah pun tunggang langgang,solat kadang2,puasa jarang2



Tuesday 7 June 2011

Saturday Evening

Petang Ahad memang tiap2 minggu la tak keluar rumah .. boring .. tak tau nak buat apa tapi ada 2 cerita yang aku takkan miss tiap2 Ahad .. sempoi ....

1. Top Gear


ntv7 kol 4 lebih camtu .. sonok gile kan tengok 3 omputeh ni wat macam² kat kereta ..  kadang² naik gelak tengok perangai diorang .. cam mangkuk jer .. tapi sempoi sangat² .. walaupun aku takde arr minat bab² racing² kereta tapi show camni agak minat .. lagi lak host dia sangat sempoi ...jadi takde laa boring petang² ahad ..

2, Jelajah Joran

Life kat kampung tak sah la kalau tak kaki pancing . ingat lagi masa kecik²  ikut abang ngan kawan² g redah sawah dalam 1.5 km kot .. semata² nak mancing ikan haruan ..  tapi skarang nak mancing , harrr.. tak sonok .. tengok orang mancing pon tak dapat menimbulkan mood aku nak mancing .. so baik mancing kat pasau jelah ..apepun petang² takde keje lepas tengok top gear layan la plak cite ni kat tv3 .. cerita ni seronok .. tapi pengacara dia agak cam pasif je .. mungkin baru berjinak² mancing kan .. keh² .. tak tahan tu masuk mancing dalam hutan pon pakai kemeja lengan panjang serupa nak ke pejabat.. hahah .. last² terjelupuk dalam lumpur.. adesss ... apepon ... leh laa nak tengok cite ni ..




Har... tu jelah .. aku boring² layan arr cite ni .. nak main fesbuk je pon dah bosan .. aku pon da deactivate fb... heheheh ...wsalam ..